Amin Naizar's

Portfolio

Terperangkap Dalam 'Paradoks'

Leave a Comment
Bismillahirrahmanirrahim....



Paradoxes
Mengikut tafsiran dari Kamus Dewan edisi ke- 4, paradoks boleh ditafsirkan sebagai:

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2005:1139) - Paradoks ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.
2. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70) - Paradoks ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu yang kurang meyakinkan walaupun betul pengertiannya.
3. Kamus Puisi, DBP (2005:71) Paradoks ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contoh: "benci tetapi rindu"atau "Dia kesepian di tengah- tengah keramaian"


Walaupun begitu, dalam artikel kali ini, saya ingin menggunakan istillah 'paradoks' sebagai tamsilan serta gantian bagi kata 'ilusi'.

Kalau anda bertanya pada saya.., 
Jujur saya katakan bahawa terperangkap dalam paradoks pemikiran adalah kerugian yang paling besar.
This's a condition where- we- ourselves can't diagnose our own pathology.
Kadangkala, kita sendiri tidak menyedari yg kita terperangkap dengan paradoks ciptaan diri sendiri.

Here some of the i.e:
   Ketika orang lain sedang asyik bermain PES@COC, anda pula sedang sibuk menggarap bahan bacaaan di tangan. 
Dari pemerhatian anda..., 
" Aku sedang lakukan hal yang betul", 
tapi pada realiti adalah tidak sama sekali..
Anda juga sebenarnya sedang membuang masa, jika..
'apa yang dibaca tidak diimplementasi & hanya mati di tahap pembacaan'

ATAU...
Sepatutnya anda membaca bahan lain memandangkan esok adalah test untuk subjek- subjek tertentu.

Membaca adalah hal yang baik, namun jika tidak disusun pada prioriti yang betul..
Ia akan backfired kepada kita sendiri.



Purdah
Contoh seterusnya..,
FACT: Purdah is slightly against the culture in Malaysia.,
Anda mengambil keputusan untuk memakai purdah sebagai milestone bagi memantapkan akhlak, menjaga diri serta berharap agar tidak diganggu oleh mana- mana lelaki buaya.
Ya! Keputusan yang bijak.

Tetapi, ia boleh menjadi paradoks apabila....

' Dalam diam, anda menjadi riak kerana merasakan seolah- olah semua mata memandang anda'
' Berpurdah, namun bertepuk tampar dengan lelaki yang bukan muhrim'
Ditakuti menjadi fitnah kepada wanita hijab yang lain.
Perubahan yang 'dirasakan' ke arah kebaikan lebih pada kehancuran andai tidak diteliti sebaiknya.

Jangan biarkan pemikiran kita dikaburi oleh 'keburukan bertopeng kebaikan'.

Akhirul kalam, selalulah kita retrospeksi diri dalam menjadi lebih baik.

---------------------------------
p/s: Saya menyokong 100% kepada sesiapa yang berpurah.
Contoh diatas adalah sekadar peringatan supaya sentiasa merenung kembali dan menyedari atas dasar apa dan kemana hala setiap hal yang kita lakukan dalam hidup.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: