Amin Naizar's

Portfolio

Sebelum Melafaz Akad Sakinah Part 1

1 comment
Assalamualaikum w.t.h dan salam perpadauan kepada semua..

Ikatan 2 Jiwa

Sudah lama rasanya, saya tidak menulis sebarang artikel sepanjang 2 minggu mendatang ini.
Alhamdulillah..
Hari ini, tergerak pula hati untuk berkongsi idea tentang 'Sebelum Melafaz Akad Sakinah'

Sama ada kita sedari atapun tidak, sebenarnya perkahwinan adalah hal yang seringkali bermain- main di benak dan sanubari kita semua. 
Al maklumlah, majoritinya dah besar panjang dan naluri bagi kaum berlainan jenis pastinya datang secara semulajadi.

Bagi yang sedang mengikuti pengajian, kadangkala terfikir juga sama ada nikah dahulu ataupun tamat belajar dahulu?
Yang mana pilihan anda?

Saya melihat kiri dan kanan serta membaca situasi yang terbentang dihadapan mata.
Tidak ramai dari kawan- kawan sekeliling yang telah melakukan perancangan dalam memilih gadis idaman.
Tidak kurang juga, ada yang telah merisik khabar serta berjumpa dengan penjaga si dia.
Sangatlah advance! 
Tahniah diucapkan.

Dalam kita mendepani ( saya juga sebenarnya) dalam hal ini.
Ada beberapa aspek yang perlu dipertimbang bersama:

Nikah

1. Prioriti:
Jujur dikatakan- Tiada istillah 'magic' dalam kehidupan insan, sebagaimana pepatah Arab ada menyebut:
Man Jada, Wa Jada- Siapa Buat, dia dapat.
Kita seharusnya menyedari apakah keutamaan dalam kehidupan dan paling penting apakah persediaan kita dalam mendepani kehidupan sendiri sebelum membina sebuah keluarga.

2. Matlamat:
Ustazah Fatimah Syarhah ada memberi sebuah analogi yang cukup mudah sebagaimana berikut:
" Kita semua sedang berpuasa- dan kita berpuasa untuk menurut perintah Allah
( Bukan kerana tiada rezeki untuk dijamah),. 

Jam ditangan sekarang menunjukkan waktu 11 pagi- kita berbuka jam 7 petang.
Semuanya akan berjalan lancar jika kita melakukan aktiviti lain dan tidak terlalu memikirkan perihal lapar itu.
On the other hand..., 
Cuba pada jam 11 pagi tadi, kita sibuk merenung dalam- dalam makanan di atas meja dan main sedut- sedut straw di dalam bekas minuman
(Nak minum tak boleh- Sedang Berpuasa)
Komfemlah kita akan terliur sendiri dan task puasa menjadi susah disempurnakan.
Maksudnya disini, jika target kita pada umur 25 tahun nanti.
Janganlah terlalu memikirkan berkenaan rumah tangga.
Priority still the priority- Build up yourself 1st.
Jangan test- test okay.

3. Hubungan dengan keluarga:
Jika anda betul- betul ikhlas, bertemulah keluarga dari sebelah sana. Cuba pikat hati ayah dan ibu si dia sebagai menzahirkan penghormatan anda kepada penjaga mereka.

4.Jangan terlalu terburu- buru:
Perjalanan masih panjang dan pelbagai jenis manusia yang akan anda depani nanti.
Lakukan by gradually.
Sikit demi sedikit.
Tidak perlu rasanya berdua- duaan dating di tepi pantai mengadun cinta.
Bak kata seorang penceramah terkenal:

Couple

Ingatlah- Jika madunya diambil pada awal pertemuan, di akhirnya pasti tawar dan tidak semanis sebagaimana permulaan.

5. Bina diri:
Perkahwinan hanyalah gerbang.
Persediaan adalah elemen yg seharusnya diutamakan kerana perjalanan selepas pernikahan amatlah panjang.
Binalah diri supaya kita mampu menjadi yang terbaik bersama- sama si dia nanti.
Janganlah kita bersikap terburu- buru dan paling penting:
Utamakan kewarasan dan bukan selera sendiri.



Sebelum Melafaz Akad Sakinah Part 2

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Anonymous said...

Yeah.. kipidap!!!