Amin Naizar's

Portfolio
Kementerian Pengajian Tinggi.

Assalamualaikum W.T.H.
Ramai lepasan SPM menanyakan  saya tentang manakah pilihan terbaik :
Universiti ataupun matrikulasi (Matrik)?
Secara umumnya saya akan jawab ‘Universiti’.


Matrik Vs Universiti.


Namun, jika anda bertanya kepada saya,
“Manakah yang lebih menguntungkan, sijil matrik atau diploma?”
Tentu saja, jawapan saya sebaliknya.
Tidak dinafikan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi keliru samada hendak memasuki kolej ataupun melangkah ke universiti. Tidak kurang juga, ada antara mereka yang mengambil timbang tara daripada ibu bapa tentang apakah pelaksanaan sebaik- baiknya.
Saya juga pernah mengalami kebuntuan ini. Oleh itu, izinkan saya menjustifikasikan pendapat saya sendiri dalam artikel yang anda tatap kini.

Diploma.
Diploma bergantung pada program ( Course) yang diambil. Ada sesetengahnya 2 tahun setengah, ada pula yang memakan masa kira- kira 3 tahun. Namun, keuntungan yang bakal diperoleh oleh pemegang diploma selepas bergraduasi nanti adalah peluang pekerjaan yang  cerah (bergantung pada kehendak pasaran pekerja). Maklum sajalah, berbeza dengan sijil lepasan matrik, sijil diploma boleh diaplikasikan untuk meraih pekerjaan. Manakala, sijil matrik pula hanya ‘laku’ digunakan sebagai syarat memasuki Universiti.

Risiko:
·         Terlalu ramai lepasan diploma di Malaysia.
·         Perlu mendapatkan pointer paling kurang 3.0 ke atas bagi menyambung ijazah.
·         Bagi peminjam PTPTN, anggaran kasar pinjaman anda adalah sebanyak RM 15000 dan perlu dibayar 6 bulan selepas tamat belajar.
·         Sesiapa mendapat pointer dibawah 2.0 dalam mana- mana semester, PTPTN anda akan digantung selama satu sem.
·         Mendapat tawaran SPA tetapi sedang meminjam PTPTN.
·         Ada sesetengahnya- Terus saja ingin bekerja kerana dirasakan belajar satu bebanan.
·         Ramai yang terleka kerana hanyut dengan masa senggang.
·         Culture- shock.

Kelebihan.
·         Jika pointer jatuh, masih ada masa untuk memperbaikinya.
·         Mendapat banyak pendedahan tentang skop pekerjaan serta pengalaman bekerja ( praktikal).
·         Diajar bagaimana menganjur program dan nilai etiket sosial.
·         UiTM- Memberi pengecualian kredit bagi sesiapa yang mengambil diploma dari UiTM dan menyambungnya di UiTM  juga.

Matrik.

Bagi pelajar Sains, mereka dibekalkan dengan 4 modul berbeza serta pilihan tahun yang pelbagai. Ada diberi 2 tahun, ada pula yang hanya setahun (bergantung pada result SPM anda). Mengikut rakan- rakan matrik, menjadi pelajar  selama satu tahun ( 2 semester) adalah lebih mudah dibandingkan dengan yang 2 tahun. Hal ini kerana, peruntukan masa yang lama menuntut para pelajarnya mengambil test dan ‘ Carrymark’ dalam jangka waktu panjang. Jadi, sesiapa yang merasakan- dia mampu cemerlang dalam semua cabaran tersebut- Silakan.
Namun, bagi mereka yang 4 semester ini, silabus pelajarannya adalah lebih perlahan dibandingkan dengan yang satu tahun tadi.

Risiko.
·         Silabus mantap dan gaya pembelajaran yang pantas.
·         Sijil matrik hanya boleh digunakan untuk menyambung ijazah di mana- mana universiti.
·         Wajib mengambil MuET.
·         Mempunyai pesaing iaitu pelajar Pra- U ( Ting 6) & ASASI.
·         Mengikut statistik baru- baru ini, pelajar yang mendapat pointer 4.0 atau 3.5 ke atas semakin bertambah ( Menunjukkan persaingan dalaman juga meningkat ATAU system pemarkahan semakin longgar)
·         Perlu memperoleh pointer 3.0 dan ke atas bagi meraih program yang dikehendaki ( Jika tidak, besar kemungkinan mendapat ‘course’ lelong).

Kelebihan.
·         Mendapat elaun daripada pihak kerajaan.
·         Senang membiasakan diri dalam suasana Universiti yang lebih banyak masa terluang.
·         Tempoh pembelajaran yang singkat.
·         Kursus dalam ijazah ( untuk diisi dalam UPU) kebiasaanya adalah lebih luas dan bervariasi berbanding diploma ( Cth: Perubatan & Pakar Bedah).
·         Diberi penerapan kemahiran insaniah ( Soft skill).
·         Mengajar erti berdikari.
·         Program kokurikulum menarik.

Apa yang dinyatakan hanyalah sebahagian dari pro dan kontra berkenaan diploma serta matrik. Masih banyak lagi kelebihan masing- masing yang boleh anda ketahui dengan cara bertanya pada mereka yang berkenaan. Nasihat saya, abaikan ura- ura atau cakap negatif dari sesiapa yang tidak tahu menahu tapi hanya pandai berdebat saja. Langkah terbaik adalah ‘ temuduga’ mereka yang mengambil program matrik atau diploma. Tiada yang bagus, kurang  bagus susah ataupun mudah. Semuanya terletak pada diri anda- Orang yang bakal menjadi pelajar Diploma/ matrik sendiri.

Nasihat saya, pilihlah jurusan/ modul yang terbaik agar anda tidak menyesal  dikemudian hari.
Sekian…
Lepasan SPM dihidangkan banyak pilihan:
1.       Diploma.
2.       Matrik.
3.       IB ( International Baccalaureate)
4.       ASASI.
Tanya hati, ukur kemampuan dan kapasiti diri.
Good Luck.
 

Assalamualaikum W. T. H.

           
http://3.bp.blogspot.com/-C2j91rjveW4/TjdYp-R3AgI/AAAAAAAAASU/bQ1voBRA37o/s1600/komik-muslimah-100.jpg
Tajdid Niat.
  Pernah suatu ketika dulu, saya menghadiri program anjuran Unit Kaunseling Universiti. Tajuknya adalah-‘Tajdid Niat’.

Bagi sesiapa yang mempelajari bahasa arab, ‘Tajdid’ boleh didefinisikan sebagai pembaharuan, manakala niat pula adalah pencetus pada sesuatu pekerjaan atau amalan dalam kehidupan. Macam selalu, ‘Jangan diingat apa yang kita lakukan hari ini, hanya berguna pada waktu dan ketika ini- Malah kelebihannya meliputi setiap saat serta detik dalam kehidupan manusia’.


            Selepas beberapa bulan, saya dan rakan-rakan sekursus dikehendaki menjawab ujian ‘Exercise Therapy’ yang kebanyakkannya adalah praktikal- tetapi memerlukan kemampuan kami dalam menterjemahnya dalam bentuk ayat dan kalimah. Kertas ini terdiri dari dua bahagian. Bahagian A- memerlukan masa satu jam untuk disiapkan, manakala kertas B pula menggunakan 45 minit daripada masa peruntukan.

            Walaupun saya belajar agak ‘hard’ pada subjek 3 jam kredit ini. Segala ilmu tersebut tidak mampu digarap dalam bentuk ayat dengan sebaik mungkin. Malah, ada sesetengah soalan yang memang tidak tahu langsung jawapannya. Tidak dinafi, rakan-rakan lain juga turut menyatakan bahawa soalan kali ini agak berbeza dari yang lain.
“Memerlukan konsentrasi yang tinggi dan pembacaan berulang-ulang kali sebelum mampu menafsir persoalan yang diberi”.

            Walaupun ramai antara mereka menyalahkan kertas yang susah. Saya pula, menyalahkan diri dan cuba bertoleransi. Saya bisikkan:

“Tak apa! Benda dah lepas, masih ada lagi peluang untuk tebus ‘Carrymark’ yang 15% nie. Baiklah, bermula hari ini, aku akan lakukan ‘Tajdid Niat’”.
Mengapa tajdid niat?

Sebab segala amalan kita, bermula dari permulaannya,
Bak kata Stephan Covey: “Begins With The End of Mind”.
 Jika baik, Insya Allah-Baik juga keseluruhan nanti. Biar saya kongsikan sedikit ilmu dari program itu:

  • Pembaharuan niat perlu dilakukan berkali-kali-‘Dan bukan hanya sekali’.
  • Niat merupakan motivasi atau pencetus pada tindakan kita seterusnya.
  • Niat tanpa pelaksanaan memang tidak mendatangkan apa-apa. Namun, niat yang diperam lama akan menjadi impian serta mampu dikabul pada masa depan.
  •  Apa yang kita terjemah dalam hidup hanyalah sedikit dibandingkan dengan potensi sebenar. Sebenarnya, ‘Iceburg’ kelihatan gah dan besar. Tetapi, tapak dan lantai dibawahnya berkali ganda lebih hebat dari yang di atas. Begitulah kita, apa yang perlu dicungkil adalah kebolehan yang masih tersimpan di pemikiran bawah sedar. Caranya adalah dengan mencabar diri sendiri.
  • Dalam istillah psikologi, terdapatnya satu perlakuan tabi’i manusia yang digelar ‘Underdog’. Jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik, ‘underdog’ ini akan membisikkan kata-kata negatif. Contohnya, semangat belajar akan hilang apabila ‘Underdog’ mengatakan,- tengoklah Movie dulu- (dan terlajak tak tentu waktu).

            Cukuplah rasanya perkongsian ini, maklumlah kalau terlalu panjang, pembacanya pun kurang.
Hehe..,
Sama-samalah kita ‘bertajdid niat’.


Assalamualaikum W.T.H.
http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2013/10/image1.jpg
PRK= Pilihan Raya Kampus.

Ketika anda membaca tajuk ini, apakah perkara pertama yang terlintas di benak dan sanubari anda?

Pilihan Raya Kecil?
Tidak!

Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan sekarang adalah Pilihan Raya Kampus- Yang turut menggunakan singkatan PRK. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa konsep antara kedua- duanya adalah saling berkait dan hampir menyamai antara satu sama lain.
Pilihan raya memang secara fitrah dicipta untuk mendapatkan suara majoriti dalam sesuatu kawasan atau populasi penduduk. Hal ini sangat penting kerana segala kelancaran serta apa- apa perkara berkaitan kepimpinan dapat direalisasi ketika ini. Mudahnya, boleh saya katakan bahawa- ‘Pilihan Raya Menentukan Pemimpin yang Layak Memerintah Selama Beberapa Waktu’.


Persoalan disini, apakah pentingnya pembentangan manifesto sehari sebelum hari mengundi?

Tidak cukupkah sekadar penampalan poster calon bersama pembaharuan yang ingin diperlakukan apabila memerintah nanti? Atau apakah relevennya pembentangan tersebut kepada para pengundi mereka?

Saya ada jawapannya:

  •  Matlamat & Kejujuran Sebenarnya, betapa jelas visi dan misi seorang pemimpin boleh diketahui apabila dia berucap di khalayak ramai. Jika benar dan jelas matlamatnya, pasti dia mampu menyampaikan dengan terang dan penuh wibawa. Analoginya begini- Jika anda sedang marah, pasti secara automatiknya anda akan mengeluarkan suara marah dan reaksi yang penuh kemarahan. Bagaimana pula dalam keadaan biasa? Mampukah anda melakukan sedemikian?.
    Itulah yang ingin saya sampaikan,
    jika kita ada sesuatu yang ingin diekspresi- pasti kita mampu melakukannya dengan mudah. Jadi, semakin jelas perancangan seseorang sebelum memegang pucuk kepimpinan, semakin lantang kemampuannya untuk berbicara. Maklum sajalah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  •  Kebijaksanaan- Kebiasaannya selepas seseorang calon berucap, dia akan membuka ruang Q&A ataupun sesi soal jawab. Ketika inilah, kita mampu menguji kebijaksanaan mereka. Adakah jawapan berbolak- balik  atau terus lancar menuju ke arah manifesto? Kita boleh menilainya.
  • Huraian Konsep: Kalau di poster atau pamphlet- pamphlet yang diedarkan, kita hanya membaca asas dan beberapa gagasan perubahan yang ingin direalisasi. Contohnya: ‘Menaiktaraf Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan’. Jadi, bagaimana dan di mana bermulanya penaiktarafan itu akan dibentangkan pada malam sebelum pengundian.

    Bukan ini sahaja kepentingan malam manifesto, malah banyak lagi kelebihan yang boleh diekstreks darinya. Peribadi dan perawakan calon yang ingin diundi juga boleh dilihat melalui gaya pembawaan ketika di pentas. Relevan atau tidak manifesto digagaskan, mereka sendiri yang tentukan..,
    Apa yang  penting..,

Andalah jurinya…,
(Jadi jangan lupa mengundi.)
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home