Amin Naizar's

Portfolio
Kementerian Pengajian Tinggi.

Assalamualaikum W.T.H.
Ramai lepasan SPM menanyakan  saya tentang manakah pilihan terbaik :
Universiti ataupun matrikulasi (Matrik)?
Secara umumnya saya akan jawab ‘Universiti’.


Matrik Vs Universiti.


Namun, jika anda bertanya kepada saya,
“Manakah yang lebih menguntungkan, sijil matrik atau diploma?”
Tentu saja, jawapan saya sebaliknya.
Tidak dinafikan ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi keliru samada hendak memasuki kolej ataupun melangkah ke universiti. Tidak kurang juga, ada antara mereka yang mengambil timbang tara daripada ibu bapa tentang apakah pelaksanaan sebaik- baiknya.
Saya juga pernah mengalami kebuntuan ini. Oleh itu, izinkan saya menjustifikasikan pendapat saya sendiri dalam artikel yang anda tatap kini.

Diploma.
Diploma bergantung pada program ( Course) yang diambil. Ada sesetengahnya 2 tahun setengah, ada pula yang memakan masa kira- kira 3 tahun. Namun, keuntungan yang bakal diperoleh oleh pemegang diploma selepas bergraduasi nanti adalah peluang pekerjaan yang  cerah (bergantung pada kehendak pasaran pekerja). Maklum sajalah, berbeza dengan sijil lepasan matrik, sijil diploma boleh diaplikasikan untuk meraih pekerjaan. Manakala, sijil matrik pula hanya ‘laku’ digunakan sebagai syarat memasuki Universiti.

Risiko:
·         Terlalu ramai lepasan diploma di Malaysia.
·         Perlu mendapatkan pointer paling kurang 3.0 ke atas bagi menyambung ijazah.
·         Bagi peminjam PTPTN, anggaran kasar pinjaman anda adalah sebanyak RM 15000 dan perlu dibayar 6 bulan selepas tamat belajar.
·         Sesiapa mendapat pointer dibawah 2.0 dalam mana- mana semester, PTPTN anda akan digantung selama satu sem.
·         Mendapat tawaran SPA tetapi sedang meminjam PTPTN.
·         Ada sesetengahnya- Terus saja ingin bekerja kerana dirasakan belajar satu bebanan.
·         Ramai yang terleka kerana hanyut dengan masa senggang.
·         Culture- shock.

Kelebihan.
·         Jika pointer jatuh, masih ada masa untuk memperbaikinya.
·         Mendapat banyak pendedahan tentang skop pekerjaan serta pengalaman bekerja ( praktikal).
·         Diajar bagaimana menganjur program dan nilai etiket sosial.
·         UiTM- Memberi pengecualian kredit bagi sesiapa yang mengambil diploma dari UiTM dan menyambungnya di UiTM  juga.

Matrik.

Bagi pelajar Sains, mereka dibekalkan dengan 4 modul berbeza serta pilihan tahun yang pelbagai. Ada diberi 2 tahun, ada pula yang hanya setahun (bergantung pada result SPM anda). Mengikut rakan- rakan matrik, menjadi pelajar  selama satu tahun ( 2 semester) adalah lebih mudah dibandingkan dengan yang 2 tahun. Hal ini kerana, peruntukan masa yang lama menuntut para pelajarnya mengambil test dan ‘ Carrymark’ dalam jangka waktu panjang. Jadi, sesiapa yang merasakan- dia mampu cemerlang dalam semua cabaran tersebut- Silakan.
Namun, bagi mereka yang 4 semester ini, silabus pelajarannya adalah lebih perlahan dibandingkan dengan yang satu tahun tadi.

Risiko.
·         Silabus mantap dan gaya pembelajaran yang pantas.
·         Sijil matrik hanya boleh digunakan untuk menyambung ijazah di mana- mana universiti.
·         Wajib mengambil MuET.
·         Mempunyai pesaing iaitu pelajar Pra- U ( Ting 6) & ASASI.
·         Mengikut statistik baru- baru ini, pelajar yang mendapat pointer 4.0 atau 3.5 ke atas semakin bertambah ( Menunjukkan persaingan dalaman juga meningkat ATAU system pemarkahan semakin longgar)
·         Perlu memperoleh pointer 3.0 dan ke atas bagi meraih program yang dikehendaki ( Jika tidak, besar kemungkinan mendapat ‘course’ lelong).

Kelebihan.
·         Mendapat elaun daripada pihak kerajaan.
·         Senang membiasakan diri dalam suasana Universiti yang lebih banyak masa terluang.
·         Tempoh pembelajaran yang singkat.
·         Kursus dalam ijazah ( untuk diisi dalam UPU) kebiasaanya adalah lebih luas dan bervariasi berbanding diploma ( Cth: Perubatan & Pakar Bedah).
·         Diberi penerapan kemahiran insaniah ( Soft skill).
·         Mengajar erti berdikari.
·         Program kokurikulum menarik.

Apa yang dinyatakan hanyalah sebahagian dari pro dan kontra berkenaan diploma serta matrik. Masih banyak lagi kelebihan masing- masing yang boleh anda ketahui dengan cara bertanya pada mereka yang berkenaan. Nasihat saya, abaikan ura- ura atau cakap negatif dari sesiapa yang tidak tahu menahu tapi hanya pandai berdebat saja. Langkah terbaik adalah ‘ temuduga’ mereka yang mengambil program matrik atau diploma. Tiada yang bagus, kurang  bagus susah ataupun mudah. Semuanya terletak pada diri anda- Orang yang bakal menjadi pelajar Diploma/ matrik sendiri.

Nasihat saya, pilihlah jurusan/ modul yang terbaik agar anda tidak menyesal  dikemudian hari.
Sekian…
Lepasan SPM dihidangkan banyak pilihan:
1.       Diploma.
2.       Matrik.
3.       IB ( International Baccalaureate)
4.       ASASI.
Tanya hati, ukur kemampuan dan kapasiti diri.
Good Luck.
 

Assalamualaikum W. T. H.

           
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuCMO7OtAr_p19zk_ag-GlQp5Cy1AHm7o6KVfxEZA3eDoxngGsWItE1e8F7aQVJTTXgk1w7RNS6N-4TAamutNA3Ans5OWlYs6HkBzju_YUmpesvCN0Hoi14vq4KPcB50KXt22r9gnxVK3m/s1600/komik-muslimah-100.jpg
Tajdid Niat.
  Pernah suatu ketika dulu, saya menghadiri program anjuran Unit Kaunseling Universiti. Tajuknya adalah-‘Tajdid Niat’.

Bagi sesiapa yang mempelajari bahasa arab, ‘Tajdid’ boleh didefinisikan sebagai pembaharuan, manakala niat pula adalah pencetus pada sesuatu pekerjaan atau amalan dalam kehidupan. Macam selalu, ‘Jangan diingat apa yang kita lakukan hari ini, hanya berguna pada waktu dan ketika ini- Malah kelebihannya meliputi setiap saat serta detik dalam kehidupan manusia’.


            Selepas beberapa bulan, saya dan rakan-rakan sekursus dikehendaki menjawab ujian ‘Exercise Therapy’ yang kebanyakkannya adalah praktikal- tetapi memerlukan kemampuan kami dalam menterjemahnya dalam bentuk ayat dan kalimah. Kertas ini terdiri dari dua bahagian. Bahagian A- memerlukan masa satu jam untuk disiapkan, manakala kertas B pula menggunakan 45 minit daripada masa peruntukan.

            Walaupun saya belajar agak ‘hard’ pada subjek 3 jam kredit ini. Segala ilmu tersebut tidak mampu digarap dalam bentuk ayat dengan sebaik mungkin. Malah, ada sesetengah soalan yang memang tidak tahu langsung jawapannya. Tidak dinafi, rakan-rakan lain juga turut menyatakan bahawa soalan kali ini agak berbeza dari yang lain.
“Memerlukan konsentrasi yang tinggi dan pembacaan berulang-ulang kali sebelum mampu menafsir persoalan yang diberi”.

            Walaupun ramai antara mereka menyalahkan kertas yang susah. Saya pula, menyalahkan diri dan cuba bertoleransi. Saya bisikkan:

“Tak apa! Benda dah lepas, masih ada lagi peluang untuk tebus ‘Carrymark’ yang 15% nie. Baiklah, bermula hari ini, aku akan lakukan ‘Tajdid Niat’”.
Mengapa tajdid niat?

Sebab segala amalan kita, bermula dari permulaannya,
Bak kata Stephan Covey: “Begins With The End of Mind”.
 Jika baik, Insya Allah-Baik juga keseluruhan nanti. Biar saya kongsikan sedikit ilmu dari program itu:

  • Pembaharuan niat perlu dilakukan berkali-kali-‘Dan bukan hanya sekali’.
  • Niat merupakan motivasi atau pencetus pada tindakan kita seterusnya.
  • Niat tanpa pelaksanaan memang tidak mendatangkan apa-apa. Namun, niat yang diperam lama akan menjadi impian serta mampu dikabul pada masa depan.
  •  Apa yang kita terjemah dalam hidup hanyalah sedikit dibandingkan dengan potensi sebenar. Sebenarnya, ‘Iceburg’ kelihatan gah dan besar. Tetapi, tapak dan lantai dibawahnya berkali ganda lebih hebat dari yang di atas. Begitulah kita, apa yang perlu dicungkil adalah kebolehan yang masih tersimpan di pemikiran bawah sedar. Caranya adalah dengan mencabar diri sendiri.
  • Dalam istillah psikologi, terdapatnya satu perlakuan tabi’i manusia yang digelar ‘Underdog’. Jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik, ‘underdog’ ini akan membisikkan kata-kata negatif. Contohnya, semangat belajar akan hilang apabila ‘Underdog’ mengatakan,- tengoklah Movie dulu- (dan terlajak tak tentu waktu).

            Cukuplah rasanya perkongsian ini, maklumlah kalau terlalu panjang, pembacanya pun kurang.
Hehe..,
Sama-samalah kita ‘bertajdid niat’.


Assalamualaikum W.T.H.
http://merdeka-online.com/home/wp-content/uploads/2013/10/image1.jpg
PRK= Pilihan Raya Kampus.

Ketika anda membaca tajuk ini, apakah perkara pertama yang terlintas di benak dan sanubari anda?

Pilihan Raya Kecil?
Tidak!

Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan sekarang adalah Pilihan Raya Kampus- Yang turut menggunakan singkatan PRK. Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa konsep antara kedua- duanya adalah saling berkait dan hampir menyamai antara satu sama lain.
Pilihan raya memang secara fitrah dicipta untuk mendapatkan suara majoriti dalam sesuatu kawasan atau populasi penduduk. Hal ini sangat penting kerana segala kelancaran serta apa- apa perkara berkaitan kepimpinan dapat direalisasi ketika ini. Mudahnya, boleh saya katakan bahawa- ‘Pilihan Raya Menentukan Pemimpin yang Layak Memerintah Selama Beberapa Waktu’.


Persoalan disini, apakah pentingnya pembentangan manifesto sehari sebelum hari mengundi?

Tidak cukupkah sekadar penampalan poster calon bersama pembaharuan yang ingin diperlakukan apabila memerintah nanti? Atau apakah relevennya pembentangan tersebut kepada para pengundi mereka?

Saya ada jawapannya:

  •  Matlamat & Kejujuran Sebenarnya, betapa jelas visi dan misi seorang pemimpin boleh diketahui apabila dia berucap di khalayak ramai. Jika benar dan jelas matlamatnya, pasti dia mampu menyampaikan dengan terang dan penuh wibawa. Analoginya begini- Jika anda sedang marah, pasti secara automatiknya anda akan mengeluarkan suara marah dan reaksi yang penuh kemarahan. Bagaimana pula dalam keadaan biasa? Mampukah anda melakukan sedemikian?.
    Itulah yang ingin saya sampaikan,
    jika kita ada sesuatu yang ingin diekspresi- pasti kita mampu melakukannya dengan mudah. Jadi, semakin jelas perancangan seseorang sebelum memegang pucuk kepimpinan, semakin lantang kemampuannya untuk berbicara. Maklum sajalah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  •  Kebijaksanaan- Kebiasaannya selepas seseorang calon berucap, dia akan membuka ruang Q&A ataupun sesi soal jawab. Ketika inilah, kita mampu menguji kebijaksanaan mereka. Adakah jawapan berbolak- balik  atau terus lancar menuju ke arah manifesto? Kita boleh menilainya.
  • Huraian Konsep: Kalau di poster atau pamphlet- pamphlet yang diedarkan, kita hanya membaca asas dan beberapa gagasan perubahan yang ingin direalisasi. Contohnya: ‘Menaiktaraf Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan’. Jadi, bagaimana dan di mana bermulanya penaiktarafan itu akan dibentangkan pada malam sebelum pengundian.

    Bukan ini sahaja kepentingan malam manifesto, malah banyak lagi kelebihan yang boleh diekstreks darinya. Peribadi dan perawakan calon yang ingin diundi juga boleh dilihat melalui gaya pembawaan ketika di pentas. Relevan atau tidak manifesto digagaskan, mereka sendiri yang tentukan..,
    Apa yang  penting..,

Andalah jurinya…,
(Jadi jangan lupa mengundi.)
Assalamualaikum W.T.H

'I Love You', atau lebih sinonim dengan- 'Saya Cintakan Awak' dalam Bahasa Melayu. Frasa ini begitu terkenal dan sering diluahkan oleh ramai pasangan serata dunia, tidak kira walau apa pun bangsa mahupun latar belakang mereka.

Perasaan cinta merupakan rasa bahagia yang sering menyelinap dalam diri setiap insan yang bernama manusia. Namun, seperti yang kita sedia maklum- Nothing Happens for No Reason. Setiap sesuatu pasti ada penyebabnya.
Apakah faktor pada- 'I Love You'?

http://rack.1.mshcdn.com/media/ZgkyMDEzLzAyLzA2LzRmL2xvdmVvbmxpbmVhLmE3M2Y4LmpwZwpwCXRodW1iCTk1MHg1MzQjCmUJanBn/17ccd526/2f9/love-online-amy-webb.jpg
Love is an infection.
  • Rupa Paras.
Majoriti dari kita- Sama ada sedari atau tidak, menjadikan rupa paras sebagai pencetus perasaan cinta dalam hati. Mungkin, ada yang mengatakan dia tidak mungkin menyayangi seseorang kerana fizikalnya, tetapi disebabkan lumrah nurani yang suci lagi menyucikan. Tetapi, apabila bertemu dengan si tampan atau si jelita, apakah muncul gementar di jiwa.
  • Tarikan Sosial.
Dalam temu ramah bersama peminat Running Man di Singapura, Ji- Hyo menyatakan bahawa "Kang Gary is attractive". Sebenarnya, apa yang dimaksudkan di sini?
Itulah dia 'tarikan sosial'. Mungkin, Kang Gary ada sesuatu yang membuatkan wanita ini berfikiran sedemikian. Tubuh kakar? Suara merdu? Lawak?. Hanya tuan punya badan yang tahu.
Sebab itulah, ada sesetengah kita mudah jatuh cinta kerana 'Chemistry' atau persamaan yang menserasikan. Tidak kurang juga disebabkan jawatan tinggi dalam organisasi. Contoh- CEO/ MPP Universiti.
  • Harta.
Sebenarnya, saya tidak mencampurkan faktor harta dengan tarikan sosial adalah bersebab. Jika tarikan sosial- Kita suka dia kerana dia sendiri ( Jawatan disandang, perawakan), manakala harta pula hanya berfokus pada material atau apa yang dimilikinya bagi ditukarganti dengan sesuatu yang lebih bernilai. Tidak banyak yang boleh saya kupaskan di sini, kecuali:

Mereka yang memburu harta, realitinya bukan kerana cintakan si dia. Tetapi lebih kepada mencintai diri sendiri. Kalau punya wang ringgit, fikirnya segala kehendak boleh dikecap dan ditunai sekelip mata. Rugi sungguh insan pentingkan diri sendiri.

  •  Pengalaman Bersama.
Sebagai contoh, kisah uda dan dara terlanggar satu sama lain di kafeteria. Masing- masing memohon maaf dan membantu mengangkatkan buku kerana rasa bersalah. Kemudian, secara tidak sengaja , mata mereka bertaut dan mencetus perasaan aneh dalam hati ( Sebagaimana yang kita selalu tonton dalam TV). Seterusnya, memori begini kerap menjengah fikiran sehingga membuak- buakkan perasaan ingin bersama.
  • Agama.
Antara banyak faktor yang telah dinyatakan. Inilah terbaik berbanding semuanya.
Berdasarkan hadis:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)
Hal ini kerana, sesiapa yang mencintai seseorang kerana agamanya, kebarangkalian untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat adalah besar. Bagaimana sucinya fitrah cinta itu, sebegitulah kita harus menyucikannya dalam kehidupan seharian. Bayangkan, adakah bernilai cinta anda- Andai terhenti di liang lahad saja? Jika diberi peluang untuk menerobos hingga ke syurga. Mengapa kita tidak mencuba?
Assalamualaikum W.T.H

Berita Sensasi.
  • Seorang warganegara Malaysia yang berumur 43 tahun, telah memanjat Gunung Kinabalu ( Gunung tertinggi di Asia Tenggara (4,095 meter) ) hingga ke puncak sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari bermula 31 Disember 2009. Jarak perjalanan dari kaki gunung ke puncak ialah 8.7 Kilometer.

  • Birmingham- Seorang pemandu bas ditangkap kerana baca novel ketika memandu.Aksi ini dirakamkan oleh seorang penumpang sehingga menyebabkan pemandu ini diberhentikan kerja. (Agensi 22 April 10)

  • Kereta Perdana milik ketua polis negeri model V6 yang hilang di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, Shah Alam, ditemui semula di tepi jalan kawasan Prima Damansara. Di dalamnya, tertinggal satu nota yang bertulis "Sorry PDRM, Salah Sapu". (9 Mei 2010)

  • Seramai 733 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana kesalahan dadah, 243 orang atas kesalahan dokumen palsu dan kad kredit, 72 kesalahan imigresen, 40 orang penjualan manusia, 93 jenayah komersial, 74 curi, 17 bunuh, 47 penipuan dan 122 atas kesalahan lain. ( Bernama 7 Mei 10)

  • Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM 4.4 juta). Pembinaan penjara bernilai AS$22.2 juta (RM 71.1) juta itu mengambil masa selama 10 tahun dan digambarkan sebagai penjara yang paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Ada peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tigkap tanpa jeriji. (Agensi 12 Mei 10)

  • Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi tertinggi sepanjang 5 tahun sejak 2005 iaitu sebanyak 105 kes. ( UM 8 Mac 10)

  • Massachusetts- Sheila Radziewicz yang kudung kedua- dua belah berjaya memperoleh lesennya pada umur 23 tahun. Dia memandu menggunakan kaki (AP 6 Mei 10)

  • Britain- Seorang  penuntut sebuah universiti, Richard Newman terbuang sekeping kad kemenangan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak £500, 000 (RM 2.44 juta). (Agensi 6 Mei 10)

  • Hakim membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah makhamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai hakim syarie tanpa mengambil kira agamanya. Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama. Victoria, 48, Menfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu . Tarikh pendengaran bekum ditetapkan. (Kosmo 15 Mei 10)

  • Britain- Lakshmi Mittal dan keluarganya kekal di tangga pertama dengan aset AS$ 34,5 bilion (110 bilion) sebagai orang paling kaya di Britain. Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich, kekal di tangga kedua dengan aset AS$ 11.3 bilion (RM36 bilion), peningkatan sebanya AS$ 615 juta (RM 2 bilion) berbanding tahun sebelumnya. (AFP 26 April 10 (Bersumberkan Sunday Times))

  • Dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. (UM 2 Julai 10)

  • Amerika Syarikat- Lizzie Velasquer makan sebanyak 60 kali sehari, tetapi memiliki berat badan  seperti kanak-kanak. Dia disahkan menghidap Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan. Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun ini makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 Kilogram. (Agensi 29 Jun 10)




Assalamualaikum W.T.H..,

Kisah ini adalah himpunan pengalaman mereka yang rapat dan rela berkongsinya dengan saya. Jadi, bagi mendapatkan pengajaran dan ibrah, saya menukarkannya dalam bentuk cerita:

Bercakap Memang Sedap

Pernahkan kita melihat orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukai? Lantas kita terus mengeji serta berbangga diri? Jika Ya! Tunggulah masanya.


            Pernah suatu waktu dulu, saya sangat pelik kepada rakan-rakan yang mengambil adik dan kakak angkat, tidak kurang juga yang mempunyai belasan keluarga yang bukan darah daging ini. Jadi, pada waktu itu, saya cuba untuk mendekati salah seorang daripada mereka dan mengatakan:


            “Kenapa kau suka sangat berangkat-angkat nie? Kakak dengan adik kau dekat rumah tu tak cukup ke? Kalau kau angkat-mengangkat pown, itu juz pada istillah tapi realitinya, korang tetap kawan jugak.Haisshh!”- Lantas berlalu pergi
Beberapa tahun kemudian…


            “Brother, nak ikut kitorang keluar tak malam nie? Kita jalan-jalan luar, beli barang yokk”- Ajakan salah seorang daripada kawan rapat perempuan di Universiti. Mungkin pada waktu itu, saya agak  stress dengan study dan kebetulan juga bekalan makanan di bilik hampir habis, lalu, terus menyatakan: “Ya!”Pada malam itu, kami pun keluar membeli belah.


            Entah mengapa, pelbagai peristiwa berlaku pada malam itu, segala-galanya  sangat menarik dan turut merapatkan lagi tautan persahabatan antara kami. Secara tiba-tiba, rakan disebelah memanggil dengan kata ganti-“mama”. Pada mulanya, saya anggap ia biasa-biasa. Namun, segala-galanya berubah apabila semua penumpang di dalam kereta sewa tersebut mendapat gelaran masing-masing termasuklah along, angah dan papa.


            Lebih malang lagi, panggilan kekeluargaan ini turut melekat hingga ke bilik kuliah. Kadangkala, kami turut makan bersama-sama di kafe hampir saban minggu. Betullah kata orang, nak nasihat boleh, tapi kalau nasihat -dengan- perasaan bangga diri, tunggu sajalah azab daripada-Nya nanti.


            Sekarang, saya menanti masa untuk menutup dan menghentikan panggilan kekeluargaan ini. Bukan tidak mahu tetapi, ini semua menyebabkan saya terlalu kerap bersama dengan kaum perempuan. Malu dengan kawan-kawan satu, malu dengan Allah juga yang paling dirisaukan.“Syaitan akan memperelokkan perkara yang buruk itu dengan sebaik-baiknya. Riba’ ditukarkan dengan kata faedah- bunga- strategi perniagaan. Manakala, hubungan lelaki dan perempuan diindahkan dengan perkataan- ‘Couple’. Padahal semuanya sama dan merujuk pada perkara yang berdosa.
Ingat! Walau apapun istillah, apapun madah- Yang salah, tetap salah”.




Assalamualaikum W.T.H

Hari ini genap 6 November 2013. Hari bermakna buat diri saya dan mungkin sebahagian daripada anda semua. Genaplah 18 tahun melayari bahtera kehidupan sebagai seorang insan yang mengalami pelbagai turun naik kehidupan.

6 November.


Kebiasaan.

Parti besar! Itulah apa yang sering dilakukan oleh majoriti daripada kita. Menjemput ramai sahabat dan rakan sejawatan datang ke rumah sempena kenduri kesyukuran atau tidak kurang yang hanya meniup lilin dan membuat hajat (ala- ala barat).  Tidak kira bagaimanapun cara kita menyambutnya saban tahun, kebanyakan darinya  berkisar tentang insan sekeliling mengucap tahniah kepada kita dan memberi hadiah yang tidak terjangka. Pada waktu ini, hati terasa berbunga dan kalau boleh diminta agar hari- hari adalah hari jadi, pasti diminta awal- awal lagi. 
Namun sedarkah kita, ada tambahan atau cara yang lebih baik untuk meraikan hari baik ini?

Luar dari Kebiasaan.

Selain mengharapkan penghargaan orang, kita juga mampu untuk menghargai. Apa kata, bangun saja dari tidur, ucapkan Alhamdulillah  dan terus melakukan sujud syukur. Mulakan hari anda dengan seulas senyuman kepada ibu tercinta serta menawarkan bantuan ketika dia sibuk di dapur. Saya teringat akan kata- kata seorang guru dahulu, "Jangan sambut hari lahir! Awak seolah-olah menyambut hari mak awak bertarung nyawa- TerSEKSA nak mengeluarkan awak ke dunia ini".
Ya! Apa yang diucapkan adalah benar jika kita melihat kelahiran itu dari sudut pandang negatif. Tetapi, apabila difikirkan semula, bukankah adanya kita di sini bagaikan hadiah yang paling tidak terjangka antara semua?
Jadi, siapa yang harus dihargai? 
Assalamualaikum W.T.H

Baru-baru ini kebanyakkan pelajar universiti telah mendapat keputusan peperiksaan masing- masing. Ada yang senyum gembira dan tidak kurang juga yang gundah gelana. Bagi saya sendiri, keputusan atau result itu bukanlah 'main point' atau segala- galanya bagi seorang siswa/ siswazah.

4 Flat!


Ujian Menguji Kesyukuran

Tidak mengejutkan andai anda mendapat 4.0 ataupun 3.5 ke atas apabila telah berusaha keras dan bermati- matian. Tetapi, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita di'anugerah'kan dengan otak yang begitu cekap dan pantas menerima maklumat.Sekali dengar di kuliah tanpa 'stay up' atau ulangan yang kerap, mampu saja menjawab sambil memejam mata. Insan begini kadangkala akan dihinggap dengan virus kufur nikmat ataupun ringkasnya dikatakan sebagai mengabaikan pemberi nikmat itu sendiri. Kepada sesiapa yang terasa bahawa usahanya sendirilah pencetus kejayaan. Saya ingatkan, Fikir semula!
Boleh jadi, apa yang anda kecapi sekarang adalah satu ujian daripada Allah S.W.T sebagai kayu pengukur tahap keimanan anda. Iman itu bukan terletak pada cakap semata tetapi dibuktikan dengan tindakan anda. Jika sesiapa terasa pointer tinggi itu ialah dari mereka, tindakan yang dihasilkan akan turut menyebelahi apa yang dirasa oleh emosi. Lantas, terus bertindak seakan Tuhan kepada diri sendiri.

Ujian Menguji Kesabaran

Tidak semuanya indah di dunia ini, manusia berputar bagaikan roda, kejap di atas, kejap di bawah. Sesungguhnya, kita semua tetap tertakluk dalam kehendak daripada- Nya. Jika kita tidak dapat apa yang dihendaki WALAU telah berusaha keras, ingatlah, itu salah satu dari ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana. Dia mahu menguji sejauh manakah hamba- Nya ini bersangka baik kepada Pencipta dan kembali menghadap diri-Nya walau Dia menguji dengan ujian sedemikian rupa.
Ingat! Pasti ada hikmah besar disebalik apa yang kita tidak tahu. Bukankah ilmu Allah Maha Luas manakala ilmu kita hanyalah sekelumit saja? Jadi mengapa harus bimbang atau berdukacita?

Realiti Sebenar Pada Pointer

Tidak dinafikan ramai yang menganggap pointer adalah segala- galanya. Tanpa pointer yang baik, tiada pekerjaan, tanpa pointer yang baik musnahlah kehidupan. Adakah benar begitu? Tidak dinafikan bahawa peranan pointer agak besar dalam kehidupan para mahasiswa/ siswi sekalian. Tetapi, ingatlah rezeki atau ketentuan kita bukan terletak pada pointer. Anggaplah pointer tidak lebih dari indikasi terhadap komitmen kita kepada amanah yang diberi oleh guru dan ibu bapa. Bagi yang rendah pointernya, jangan diejek mereka kerana mungkin di situ adalah kelemahan yang harus dibaiki. Tiada manusia sempurna sepanjang hari.
Persoalannya, pernahkah kita membuat interospeksi diri?
Sekadar Gambar Hiasan
Assalamualaikum W.T.H

Sungguh indah cerita Cinderella, sungguh romantis kisah Romeo & Juliet dan pastinya sungguh seronok andai kita dapat merasai kehidupan sehebat mereka. Sungguh! Andai diberikan peluang, mesti setiap seorang daripada kita menginginkan kehidupan idaman, sebuah alam yang penuh dengan apa- apa yang kita ingini, penuh dengan perkara- perkara yang memuaskan hati serta paling penting hidup tidak mati.

Mari kita bayangkan bersama- sama. Sebuah taman yang penuh dengan buah- buahan, pokok- pokok renek yang sentiasa melindungi diri dari selar dan panas matahari. Apabila mahukan sesuatu pula, kita hanya perlu menyebut saja dan pasti muncul di depan mata. Kita boleh mendapat apa yang dikehendaki serta dijauhi dari perkara yang dibenci. Andai impian itu benar, PASTI anda dan saya mahukannya.

Percayalah! Perkara yang anda katakan khayalan itu adalah suatu kebenaran. Namun, harganya bukanlah murah, tidak pula mahal, bahkan sangatlah mahal. Kita sendiri tidak mampu menggapainya sendiri, tidak kira walau berapa banyak harta dimiliki dan 1001 tahun digunakan untuk mengkoreksi diri. Kita masih lagi gagal dan tidak pernah memilikinya. Sungguh! Pemilik segala impian ini ada menyediakan beberapa syarat bagi pengidamnya: 

1.Beriman dan Beramal Soleh [surah Al-Baqarah:82]
2. Bertaqwa (menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya)
[surah Ali-Imran:133]
3. Bertaubat [surah At-Tahrim:8]
4. Rela Berkorban dan Rela Berjuang [Ash-Shaf:10-13]
Marilah sama- sama berjuang di dunia serta selalu mengharapkan bantuan daripada pemilik bantuan tersebut. Ikutlah panduan yang diberi, berpegang teguhlah pada agama Samawi nan suci serta patuhlah akan seruan ilahi.
Ketahuilah:

Dunia yang bukan khayalan itu adalah Syurga Firdaus.
Pemilik Syurga Firdaus pula ialah Allah SWT
Allah SWT-lah yang berkuasa memasukkan kita ke mana- mana tempat yang dikehendaki-Nya.


Ingat!

Bukan diri kita dan bukan juga amalan- amalan kita.


Tetapi

Atas berkat, rahmat serta taufiq hidayah daripada ' DIA- Maha Memiliki Semua-


Rasulullah S.A.W. bersabda:"Seseorang di antara kamu itu tidak akan masuk syurga dengan amalnya kecuali dengan rahmat Allah S.W.T"Para sahabat r.a. bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah?".Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ya, aku juga, kecuali apabila Allah meliputiku dengan rahmat-Nya".(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Assalamualaikum..,

Bersama- samalah menjadi Muslimah sejati


Memandangkan sekarang adalah  cuti semester yang pertama bagi saya, jadi hendak bekerja memang tidak berkesempatan. Oleh itu, masa yang ada ini eloklah dimanfaatkan dengan menulis perkara- perkara yang agak bermanfaat.
Harap anda dapat mesej yang ingin disampaikan melalui madah yang bertajuk 


Nasihat Wanita

Wanita…
Sungguh…
Aku menghormati dirimu…
Kau bagai cahaya yang bergenang dalam geluk kaca yang kukuh nan ampuh…
Tidak memantulkan sinarnya walau kau kaca berharga…
Walau kadangkala keindahanmu mampu menyetarai intan permata…
Aku tetap menyatakan kau paling menyerlah antara semua.

Namun…,
Sayang seribu kali sayang…

Ada diantara kau yang sewenang-wenangnya menjatuhkan martabat diri yang sedia tinggi…
Merenggut penutup di kepala…
Menyingkat kain yang sedia ada;
Menekap sehingga terserlah liuk lekuk susukmu;

Sungguh…
Aku mewakili para lelaki;
Amat sedih melihat bakal isteri kami begini…
Kau seolah-olah melupuskan fitrah kejadianmu yang sedia indah…
Malah,kau jatuhkannya lebih rendah dari kerendahan sang tanah.

Assalamualaikum W.T.H

Setelah agak lama tidak update Blog yang hampir berusia 2 tahun ini.. Saya baru sedar terdapat satu ' Draft' yang agak lama tersimpan.

Tapi, apa yang diutarakan hanyalah biodata ringkas atau 'superficial' yang tidak mencakupi dari A-Z.
Selamat Membaca!



Biodata
-Dilahirkan pada hari Jumaat pada 14 Mac 1879 di Ulm,Selatan Jerman.
-Anak sulung dan lelaki tunggal pasangan Hermann Einstein serta Pauline Koch.
-Meninggal dunia pada 18 April 1955 (74 Tahun)


-Pauline Koch(Ibunya):Pemain piano yang mahir serta seorang yang cergas,bertenaga dan sering bekerja keras.
-Hermann Einstein(Bapanya)-Seorang jurutera dan pemilik kilang di Munich,Jerman

Einstein merupakan ahli sains yang amat terkenal di seantero dunia.Bidang yang berjaya diangkatnya adalah Sains Fizik(Physics) melalui teori Kerelatifan am.Beliau juga turut digelar sebagai bapa permodenan fizik.

Ketika beliau masih kecil,ibunya menyuarakan kebimbangan apabila melihat bentuk kepalanya yang ganjil dan kelembapannya untuk belajar bercakap.Namun,semua kegusaran kian hilang apabila  Einstein meningkat dewasa dengan sihat dan cedas.

Ketika kanak-kanak,sikapnya(Einstein) agak berbeza berbanding rakan-rakannya yang lain.Beliau tidak menyukai permainan sebaliknya lebih gemar menyendiri dan membaca buku-buku ilmiah serta mendengar muzik.

Tanda tangan Einstein
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home