Amin Naizar's

Portfolio

Selamat Hari Malaysia

Leave a Comment
Bismillahirrahmanirrahim...

16 September 

Selamat Hari Malaysia diucapkan kepada anda semua.
Semoga cuti umum yang kita rasai ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Semoga perasaan enjoy the holiday seiringan dengan semangat patriotisme kepada negara tercinta.

Baiklah.
Bersempena dengan 16 September= Hari Malaysia yang kita sambut pada ketika ini.
Ada baiknya, kita bersama- sama menyoroti Sejarah tentang apa dan bagaimana hari ini termaktub dalam kalendar tanah air kita.

Sebagaimana yang semua sedia maklum. Sebelum tahun 1963, Tanah Melayu hanya menyambut 31 Ogos sebagai hari Kebangsaan dimana kita diistiharkan bebas dari cengkaman kuasa luar.
Namun, hasil dari gabungan antara Tanah Melayu bersama- sama Borneo Utara, Sarawak dan Singapura- (Persekutuan)Malaysia mendapat namanya.

Mengikut perancangan asal, pembetukan ini dirancang pada 1 Jun 1963 tetapi ditangguhkan pada 31 Ogos 1963 supaya dapat diseragamkan bersama dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang ke- 6.
Walau bagaimanapun, kita telah mendapat tentangan yang sangat hebat daripada Indonesia serta Filipina sehinggalah pengisytiharan dapat dilakukan pada 16 SEPTEMBER 1963.

Untuk pengetahuan anda, penangguhan ini dilakukan adalah bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)  memberi ruang untuk pungutan suara dilakukan di kedua- dua kepulauan di Sabah dan Sarawak.

Pemasyhurannya Malaysia dibacakan oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra di Satdium Merdeka pada pagi 16 September 1963.

Untuk lebih mendalam anda boleh layari: Wikipedia.

Lee Kuan Yew- Negarawan Singapura

Begitulah serba ringkas berkenaan dengan sejarah Hari Malaysia.
Akhir sekali, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kekal dalam persekutuan Malaysia, manakala Singapura hanya kekal bagi 2 tahun pertama dan berpecah pada 9 Ogos 1965 secara rasmi.








Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: