Amin Naizar's

Portfolio

Deria Ke 6 dan Deria ke 7

Leave a Comment
Hye!

Mengikut buku sains yang kita pelajari di Sekolah Menengah dahulu. Manusia hanya diperuntukkan dengan 5 deria asas iaitu:

1.Deria penglihatan, 
Deria penglihatan menggunakan organ mata
Penglihatan
2. Deria sentuhan, 
Deria sentuhan menggunakan organ kulit
Sentuhan
3. Deria pendengaran, 
Deria pendengaran menggunakan organ telinga
Pendengaran
4. Deria bau
Deria bau menggunakan organ hidung
Bau
5. Deria rasa.
Deria rasa menggunakan organ lidah
Rasa

Tahukah anda?
Terdapat 2 lagi deria tambahan yang menjadi perdebatan antara semua pengkaji.
Satunya sangatlah logik dan masuk akal.
Satu lagi mendapat tentangan yang hebat dari ramai pihak.

Deria ke- 6:
Nama lain bagi deria ini adalah Six Sense. Deria yang melibatkan instinct atau naluri ini seringkali dirasai oleh semua orang. Contohnya, seorang ibu dapat merasakan bahawa anaknya sedang ditimpa kesusahan tanpa berhadapanpun dengan mereka. Seterusnya, wanita yang keseorangan dapat mengetahui bahawa ada lelaki sedang mengekori dari belakang. Tidak kurang juga, bulu roma kita meremang apabila berseorangan.
Ini adalah bukti yang diyakini semua.


Third eye- Terletak antara 2 kening berdekatan dahi

Deria ke- 7:
Ini agak kelakar. Tapi memang pernah terbaca dalam sebuah buku. (^,^)
Terpulang kepada anda sama ada mahu mengklasifikasikannya sebagai fakta atau auta.
Deria ke 7 dikatakan deria yang mampu menumpulkan mana- mana 5 deria asas kita.
Apabila ia aktif, semua deria kita beralih tenaganya kepada deria ini.

Ia dinamakan "Deria cinta".
Apabila seseorang jatuh cinta, pandangannya, penglihatan serta pendengaran malah bauan + sentuhan/ rasa- semuanya menjadi tumpul. Apabila cintanya berada di depan mata. Tiada orang lain yang dilihat, hanya jantung pengerang hati saja yang bertakhta di setiap benak dan penjuru jiwa.

Jadi, tidak hairanlah mengapa deria ke-7 ini menjadi bahan perdebatan antara banyak pihak.

Mungkin ada yang terlebih cinta dan mungkin ada yang kurang cintanya. Tak semua ada dan merasa.


Wink.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: