Amin Naizar's

Portfolio
Assalamualaikum...,

Artikel pada kali ini ialah berkisarkan "Bidang Perempuan Tetapi Dikuasai Lelaki"

Penguasaan wanita di bidang-bidang tertentu di Malaysia menunjukkan peningkatan yang boleh dikatakan memang memberangsangkan. Boleh dikatakan kebanyakan bidang pekerjaan sekarang dikuasai perempuan. Ditambah lagi dengan penguasaan perempuan di IPT dan pusat-pusat pendidikan yang lain walaupun hakikatnya bilangan perempuan kurang berbanding lelaki.
Kita tahu apa bidang yang sepatutnya dikuasai oleh orang perempuan. Walau bagaimanapun, sebenarnya boleh dikatakan bidang perempuan ini dikuasai oleh lelaki. Mungkin bawahan ada perempuan, tetapi di bahagian top, lelaki menguasai bidang yang sepatutnya dikuasai oleh perempuan ini.

Berikut bidang-bidang yang pada pandangan aku di bahagian top, dikuasai oleh lelaki. Kalau korang ada pendapat lain boleh dikemukakakn di bahagian komen.:)

1. Fesyen

Perempuan memang golongan yang berfesyen. Walaupun tidak semua mengikuti perkembangan semasa, kaum wanita adalah golongan yang lebih mementingkan penampilan berbanding lelaki. Secara amnya perempuan lebih suka berfesyen berbanding lelaki.

Walaupun begitu, di bahagian atasan seperti pereka fesyen, penasihat fesyen, atau orang yang terlibat, kebanyakannya adalah lelaki. Contoh antara nama yang selalu aku dengar adalah Rizalman, Michael Ong dan Jimmy Choo. Tidak kenal pula aku pereka fesyen perempuan.:)


2. Masakan

Memasak, semestinya sangat sinonim dengan perempuan. Sehingga orang tua-tua bagitahu kalau hendak kahwin kena pandai memasak dahulu. Kena bagi makan anak dan laki. Itu yang kita sedia maklum memang perempuan pandai memasak.

Tetapi di bahagian atasan seperti chef² terkenal di hotel-hotel terkenal, golongan lelaki jelas menguasai bidang ini. Sebut sahaja nama Chef Wan, siapa yang tidak kenal. Selain itu Chef Ismail. Dan kalau anda katakan mungkin itu sedikit sahaja, cuba tengok di kedai-kedai makan, restoran, dan mana-mana kedai makan, tukang masak adalah lelaki. Memasak sinonim dengan perempuan,tetapi ianya jelas dikuasai oleh lelaki ( selain memasak di rumah.:)


3. Andaman/Solekan

Bersolek dan berdandan memang tidak perlu diterangkan lagi. Boleh dikatakan tidak sah kalau perempuan tidak bersolek.:). Tetapi adakah bersolek itu boleh menjadikan mereka 'pakar' solek.? Tidak..:)


Katalah jurusolek artis, orang atasan ataupun pengantin. Aku seperti agak pasti yang power bab menyolek ini adalah lelaki. Tidak kira la samada lelaki tulen ataupun lelaki yang sudah tidak tulen atau bahasa kasar sikit maknyah..:). So aku terpikir juga, kalau perempuan suka bersolek, kenapa yang power² bab solekan dan andaman ini dikuasai oleh 'lelaki'..:)

---------------------

Penguasaan lelaki dalam bidang perempuan ini sejujurnya bagi aku bukanlah aku berkenan sangat. Kerana aku lebih suka kalau lelaki buat kerja yang 'ganas' sikit. Sesuai dengan lelaki dan kejantanannya.

Tetapi kalau memang diorang memang power bab itu hendak buat macam mana kan. Rezeki masing-masing. Yang penting halal.:)


Kredit: http://unwanted86.blogspot.com/2011/03/bidang-perempuan-tetapi-dikuasai-lelaki.html
Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian.Selamat sejahtera juga kepada anda semua,semoga berbahagia dalam rahmatNya.

Pada kali ini,hati aku tergerak untuk menge'post' entri berkenaan "9 Kelebihan Wanita Berbanding Lelaki (Memandangkan aku sendiri (Lelaki) yang telahpun kalah dengan akak aku.

Lelaki Vs Perempuan
Baiklah,kite mulakan dengan

Perbezaan:

1.Wanita Sering Terselamat Daripada Kemalangan-Agak menyedihkan,tapi inilah realitinya.Lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak 77 peratus berbanding wanita.Itulah antara kajian yang telah dilakukan oleh Carnegie Mellon University.

2.Wanita Merupakan Penenang-Kajian ke atas 2000 orang menunjukkan bahawa majoriti lebih suka menceritakan masalah kepada perempuan tentang apa yang mereka hadapi.

Wanita Juga Seorang Yang Penyanyang
3.Wanita Lebih Kekal Dalam Kerjaya.

4.Kecemerlangan Akademik-Ramai yang sedia maklum,lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5.Lebih Sihat-Bancian oleh University Of Minnesota ke atas 14,000 orang mendapati wanita lebih gemar memakan sesuatu yang menyihatkan berbanding lelaki.

Sihatnye (Rambut)
6.Sistem Imunisasi Yang Lebih Kuat-Tidak hairanlah apabila lelaki lebih bersifat keanak-anakan apabila mendapat demam.Semuanya kerana estrogen.Ia merupakan senjata untuk melawan infeksi bakteria dan racun.

7.Hidup Lebih Lama-Oleh kerana wanita lebih menjaga pemakanan dan berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan,maka jangka hayat wanita juga lebih panjang.

8.Lebih layak Menjadi Pengurus-Bunyi agak sedikit kontroversi.Tetapi pakar-pakat mengesahkan,wanita merupakan pendengar yang setia,mentor dan penyelesai masalah.Malah mereka juga boleh menyelesaikan tugas pada satu masa.

9.Bijak Berbelanja Dan Berlabur-Tidak dinafikan sebanyak 100,000 portfolio menunjukkan wanita memperoleh keuntungan antara 11 hingga 18 peratus lebih berbanding lelaki apabila melabur.Ini kerana mereka lebih berhati-hati dan sentiasa memikirkan baik-buruk dalam jangka masa panjang sesuatu pelaburan yang dibuat.

P/S:Fakta di atas adalah tepat dan benar

Sumber:ILuvIslam Tabloid

Contoh Kad Kredit Perempuan Sekarang (^_^)
Bismillahirrahmanirrahim...,

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian.Setelah beberapa entri aku berkisarkan tentang sensitiviti genderisme saja,sekarang aku nak buat sedikit kelainan dengan memasukkan tajuk

"5 Orang Terkaya Di Dunia"

Kalau dulu,korang mesti selalu dengar orang cakap yang pencipta software Microsoft™  iaitu Bill Gates merupakan insan/manusia terkaya di dunia sehingggakan ada yang kata bahawa harta beliau mampu membeli Malaysia serta beberapa negara Asia yang lain.Selain dari income yang dianggarkan mencecah US$250 SESAAT ,US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun, beliau juga mampu untuk menjana US$1.000 dalam masa 4 saat sahaja.Bayangkanlah betapa kayanya Bill Gates nie.Kalau nak maklumat lanjut,tekan link nie Fakta Bill Gates.

TAPI....

Itu fakta lapuklah,sekarang dah ada seorang lagi LELAKI yang telah melangkaui kekayaan milik Bill Gates iaitu:

1.Carlos Slim Helu & family
Carlos Slim Helu
Carlos merupakan pencipta telecom (Kad Sim Macam Hotlink),dengan USAHANYA SENDIRI.Sekarang beliau memegang gelaran Pengerusi dalam Organisasi Telmexnya.Dengan mempunyai aset sebanyak $74B ke atas,beliau telah menduduki tempat pertama dalam carta orang terkaya di Mexico serta tempat pertama juga dalam carta orang terkaya di  dunia.Walaupun begitu,duda ini tidaklah terlalu berpengaruh kerana hanya merangkul tempat ke-21 dalam carta manusia paling berkuasa/berpengaruh dalam peringkat global.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

Salary 2009-$288,000

Net Worth Over Time
2011-$74 B
2010-$53.5 B
2009-$35 B
2008-$60 B
2007-$49 B
2006-$30 B
2005-$23.8 B
2004-$13.9 B
2003-$7.4 B
2002-$11.5 B


2.Bill Gates

Bill Gates

Walaupun berumur 55 tahun,beliau mampu mengekalkan kekayaannya berkat dari syarikat gergasi Microsoft™.
Sebab mengapa jutawan ini menduduki tempat ke-2,mungkin kerana perjanjian yang telah ditandatanganinya bersama dengan hampir 60 orang terkaya dunia untuk menyumbangkan majoriti dari harta mereka untuk badan amal,selama mereka hidup atau selepas mati.Beliau tidak lagi diklasifikasikan sebagai orang TERkaya di dunia kerana telah menyumbangkan $30000000000 ($30 b) ke yayasannya "The Gates Foundation".Badan ini merupakan badan kebajikan yang amat berpengaruh.Mungkin disebabkan inilah beliau menduduki tempat pertama dalam carta orang paling berpengaruh serta tempat pertama dalam  "Forbes 400".
Jumlah hartanya sekarang ialah lebih dari  $56 B.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

Salary 2009-$800,000

Net Worth Over Time
2011-$56 B
2010-$53 B
2009-$40 B
2008-$58 B
2007-$56 B
2006-$50 B
2005-$46.5 B
2004-$46.6 B
2003-$40.7 B
2002-$52.8 B


3.Warren Buffett
Warren Buffett
Beliau juga merupakan salah seorang daripada jutawan yang menandatangani perjanjian yang hampir sama seperti Bill Gates.Walaupun telah berusia 80 tahun,namun,beliau masih lagi memburu kekayaan apabila masih lagi memegang jawatan CEO dalam organisasi  Berkshire Hathawaynya.Pelabur yang berada di tempat ke 33 dalam carta orang paling berpengaruh di dunia ini,hanya mempunyai 3 orang anak sahaja dengan memegang status,duda kahwin semula (Bercerai kemudian,kahwin baru).Kini hartanya ialah $50 b ke atas.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

MONEY

Berkshire Hathaway Assets
$349.2 B
Total Compensation 2009-$175,000
Salary-$100,000
Other Compensation -$75,000

Net Worth Over Time
2011-$50 B
2010-$47 B
2009-$37 B
2008-$62 B
2007-$52 B
2006-$42 B
2005-$44 B
2004-$42.9 B
2003-$30.5 B
2002-$35 B
  
4.Bernand Arnault
Bernard Arnault
Aset yang bernilai lebih $41 b langsung tidak mematahkan usaha beliau untuk terus menyandang  jawatan Chairman dalam  organisasi Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH).Insan yang tinggal di Perancis ini telah menduduki tempat ke-43 dalam orang paling berpengaruh di dunia.Beliau juga memiliki saham dalam French retailer Carrefour dan French tour operator Go Voyages.
Nie ialah Statistik keuntungan beliau:

Net Worth Over Time
2011-$41 B
2010-$27.5 B
2009-$16.5 B
2008-$25.5 B
2007-$26 B
2006-$21.5 B
2005-$17 B
2004-$12.2 B
2003-$6.7 B
2002-$7 B

5.Larry Ellison
Larry Ellison
Memiliki keuntungan sebanyak $39.5b dalam perusahaan perisian.Beliau telah mendapat kejayaan besar apabila berjaya mendapat keuntungan sebanyak $11.5 lebih besar berbanding tahun lalu.Beliau memiliki 2 orang anak dan mendapat tempat ke-3 dalam 400 Forbes serta memegang status Bercerai.Berikut ialah status keuntungan beliau:

Net Worth Over Time
2011-$39.5 B
2010-$28 B
2009-$22.5 B
2008-$25 B
2007-$21.5 B
2006-$16 B
2005-$18.4 B
2004-$18.7 B
2003-$16.6 B
2002-$23.5 B

P/S:Untuk pengetahuan semua,list yang aku sediakan nie,adalah yang paling latest dari www.forbes.com iaitu pada tahun ini (2011).Kalau nak tau lebih lagi,click-www.forbes.com


(Ahaha..,post kali nie,aku tulis gaya formal,maklumlah orang terkaye D Dunie ,salah taip nanti,aku kena saman pulak..,kih3) 
Assalamualaikum kepada semua.

Hari nie,aku nak bawa berita khas dari meja Google selaku majikan besar www.blogger.com,iaitu laman blog yang terkenal di peringkat lokaliti dan globalisasi.

Memperkenalkan design terbaru Blogger anda:

Akan Datang
Ini ialah salah satu contoh skin terbaru daripada pihak google kepada SEMUA ahli Blogger yang aktif mahupun yang sudah tak aktif tetapi akaun diorang masih lagi aktif.

Menurut "Official Google Blog" pada tahun 2010,diorang telahpun dikategorikan dalam laman blog terbesar di dunia serta merupakan salah satu dari website yang paling banyak dilayari dalam peringkat global.

Para pengguna Blogger pula telah menyiarkan lebih dari setengah bilion post yang mana telah dibaca oleh lebih daripada 400 ribu pengguna aktif di seluruh dunia.

Oleh sebab itu,mereka telah menjanjikan sesuatu yang baru kepada para pengguna blog mereka pada tahun 2011 ini dengan skin yang lebih menarik dan moden.

Jom ikuti sneak peek....
Paparan Post Editor sekarang
Tukar...
Paparan Post Editor akan datang
Lawakan?lebih moden dan elegen
Sekarang kita tengok Dashboard pulak
Paparan dashboard sekarang
Tukar Lagi
Paparan Dashboard akan datang
Lagie Smart
So tunggu jerk tak lama lagi,korang akan merasai menggunakan Blogger serba baru..,

(Akhirnya setelah diorang upgrade Chrome,sudi juga nak upgrade Blogger)

P/S:Nantikan nie juge;
Ahaa..,jangan salah anggap,nie bukan Google Chrome Tau (^_^)
Assalamualaikum...,

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

Contohnya macam nie,( Ikut Suka Die jerk Nak Pakai Camne)
sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppsskhinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidakmembayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Bukan Untuk Ditiru
 Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yangbodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makananseperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masukke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , NabiMuhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari

1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari1] jari tengah2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.See MoreTOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Brought To You By: 
Bismillahirrahmanirrahim...,

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.Hari nie,aku tiba-tiba terfikir untuk edit entry berkenaan sebab-sebab lelaki sekarang "KECUNDANG"

Kepada sesiapa yang tak tau apa itu lelaki,mamat nie sample die
Wahai para wanita sekalian,bacalah artikel ini kerana anda juga akan berhadapan dengan situasi yang sama (Abang/Adik lelaki,rakan lelaki dsb)

1.Lelaki sekarang terlalu asyik dengan hiburan.
Siapa yang selalu ada dekat kerusi tu?

Percaya ke tak?Korang sendiri boleh membuat pilihan yang tepat apabila melihat jumlah cyber cafe berhampiran semakin bertambah.

Ahli-ahli setianya pula siapa?L.E.L.A.K.I=Lelaki.Itulah dia,disitulah tempat mereka berada.Tak kira pukul berapapun,kawasan ini tidak pernah lengang daripada kehadiran kaum yang kononnya hebat ini.Tujuannya?Hanyalah bermain permainan komputer serta membuka laman sosial (Aktiviti tak berfaedah).

2.Salah pilih kawan.
Contoh kawan 1 kepale

Boleh dikatakan,sesiapa saja yang terlibat dengan pelbagai gejala negatif mempunyai geng ataupun 'Kawan 1 Kepala'.Jika ingin melakukan apa-apa sekalipun."Rakan Didahulukan,Keseronokan Diutamakan"
(Pendek kata,diorang nie,mudah terikut-ikut.)

3.Bercouple
Jangan tiru aksi ini

Kenapa bercouple pown termasuk dalam chart?perempuan pown couple jugakkan?
Ish..,Ish..,Ish..,sape yang tanya soalan nie...,memanglah tak faham adat bercouple.Nie;let me tell you the comparison between boys and girls in their relationship.

Lelaki
1.Suka berfoya-foya.
2.Sanggup berkorban apa saja demi si dia JIKA dia benar-benar menyukai wanita itu (topupkan,dsb).
3.Suka sekadar suka.
4.Bercouple hanya untuk cuba-cuba

Perempuan
1.Kemaruk,asyik nak call or mesej jerk.
2.Sanggup melakukan apa saja JIKA dia benar-benar menyintai lelaki tersebut (kahwin sebelum nikah dsb).
3.Bercouple untuk mendirikan rumah tangga (Fikir bahawa lelaki tersebut mungkin merupakan future-husband)

So?Nampak tak?Budak lelaki memang suka main-main dalam semua benda.Jadi,aku nasihatkan kepada kaum hawa supaya jangan terlalu percaya pada mamat-mamat nie.Carilah pasangan yang tinggi ilmunya,baik budi pekertinya serta tinggi pegangan agamanya.
(Kalau ada jodoh tu memang ada,tapi yang pastinya bukan zaman sekolah OK?)

4.Tunjuk Kuat
Dasyat!

Nielah aspek yang paling jarang sekali tetapi memang ada.
Ramai diantara geng sekolah kita yang dibuang sekolah angkara kes nie.Sebabnya pula,kadang-kadang remeh temeh macam tergesel bahu ataupun terpijak kasut.Bermula dari sikap "AKU RASA AKU HEBAT" nielah diorang sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir.

Entahlah,aku rasalahkan,kalau masa diorang TERbuat salah tu,minta maaf terus jerk,kan senang,tak adalah berlakunya benda yang tak patut berlaku.

Untuk pengetahuan korang,budak lelaki nie,akan menjadi 'Over' depan budak perempuan,ESPECIALLY yang diorang berkenan.So,aku rasalah kalau budak lelaki sekarang dapat ubah sikap,mesti perempuan dambaan diorang tu akan dapat melihat diri sebenar seorang lelaki.

5.Malaz
Malazzzzzzzzz
Kenapa Albert Einstein bijak?Kerana beliau rajin berusaha;Kenapa Colonel Sanders berjaya?Kerana beliau tidak pernah berputus asa dan melakukan yang terbaik.Kenapa,kaum lelaki kecundang?Kerana mereka Malaz melakukan sesuatu yang dianggap tidak penting,remeh temah dan tidak mendatangkan hasil dalam jangka masa yang pendek.

Nota:

1.Aku bukan mencari kesalahan,cuma aku ingin membetulkan kesalahan.
2.Bukan semua lelaki adalah tergolong dalam ciri di atas,hanya minoriti saja.
3.Fakta Couple tu,aku edit berdasarkan perspektif dan kaca mata aku sebagai seorang lelaki.
4.Jika terdapat kesilapan atau TerOver,diampun maaf.(Jangan disimpan dalam hati)
5.Marilah sama-sama kita berubah.

P/S:Pada pendapat korang.Mengapa lelaki dulu dengan lelaki sekarang amat berbeza (sama ada dari segi attitude,EQ dsb)
(Sekadar Gambar Hiasan)


KIAMAT adalah satu kata yang mengerikan bagi umat manusia. Siapapun dan apapun agama yang dianut oleh setiap manusia di bumi pasti ada konsep tentang hari akhir yang dinamakan dengan KIAMAT. Rata-rata kitab suci dari berbagai agama memiliki pandangan secara garis besar tentang KIAMAT yaitu pada hari itu semua mahluk hidup yang ada di dunia ini akan musnah oleh suatu bencana yang mengerikan dan inilah akhir dari kehidupan.

Sebenarnya sudah banyak bangsa-bangsa atau agama yang ada didunia menyebutkan tentang kiamat, ada yang mengatakan bahawa kiamat akan terjadi lengkap dengan tanggal terjadinya adapula yang hanya memberikan ciri-ciri akan datangnya kiamat. Para peramal pun ramai yang sudah meramalkan akan terjadi kiamat akan tetapi ramalan itu tidak terbukti.Hanya Allah yang satu saja yang mengetahui bila kiamat akan terjadi.

di bawah ini adalah ramalan tentang kiamat yang pernah diramalkan oleh manusia:



1. Pat Robertson, 1982

Pat Robertson


Mei 1980,Pat Robertson, mengejutkan dan menakuti banyak orang ketika ia menyatakan dalam acara TV-nya, “700 Club”, kepada manusia di seluruh dunia bahawa ia tahu bila dunia akan berakhir. “Saya menjamin bahawa pada tahun 1982 akan ada penghakiman dunia,” kata Robertson.




2. Heaven’s Gate, 1997

Komet Hale-Bopp

Ketika komet Hale-Bopp muncul tahun 1997, muncul isu bahawa pesawat alien tengah mengikuti komet itu.Perkara itu ditutupi oleh NASA dan komuniti astronomi. Walau dugaan itu dibantah oleh para astronomi,isu ini sempat disiarkan dalam acara radio “Coast to Coast AM” yang dibawakan Art Bell dan bertemakan paranormal. Dugaan ini menginspirasi suatu kultus pemercaya UFO (unidentified flying object yang dianggap pesawat alien) di San Diego yang menamakan diri Heaven’s Gate untuk memercayai bahawa dunia akan segera berakhir.




3. God’s Church Ministry,2008


Cover Bagi "God Final Witness"
Menurut pendeta dari God’s Church, Ronald Weinland, akhir zaman telah tiba lagi. Bukunya di tahun 2006 - 2008 "God’s Final Witness" menunjukkan bahawa ratusan juta orang akan meninggal, dan pada akhir 2006, “paling lama 2 tahun tersisa sebelum dunia mengalami waktu terburuk sepanjang sejarah manusia. Pada musim gugur 2008, Amerika akan tumbang sebagai negara berkuasa, dan tak akan menjadi negara merdeka lagi,” dan buku itu juga mencatat, “Ronald Weinland mempertaruhkan reputasinya sebagai nabi akhir zaman Tuhan.”


4. Richard Noone,5 Mei 2000

Cover Bagi "The Ultimate Disaster"


Kalau memang kesalahan Y2K tak terjadi, maka bencana global dijamin akan terjadi oleh Richard Noone, pengarang buku 5/5/2000 Ice "the Ultimate Disaster" tahun 1997. Menurut Noone,ais di Antartika akan menjadi setebal 3 mil pada tanggal 5 Mei 2000,



5. Y2K, 1 Januari 2000

Y2K


Ketika abad lalu hampir berakhir, banyak orang khuatir bahawa komputer akan menyebabkan kiamat. Permasalahannya, yang diketahui sejak 1970, adalah bahawa banyak komputer takkan boleh membezakan antara tahun 2000 dan 1900. Tak ada yang tahu pasti apa kesannya, tapi banyak yang menduga akan terjadi bencana.


6. Nostradamus, Agustus 1999

Micheal de Nostradame

Karya tulisan Michel de Nostradame yang sangat membimbangkan dan metaforis telah menarik perhatian banyak orang selama lebih dari 400 tahun. Tulisannya, yang ketepatannya sangat tergantung pada interpretasi yang sangat fleksibel, telah diterjemahkan dalam puluhan versi yang berbeza. Salah satu baris tulisannya menyebut Banyak pengikut Nostradamus menjadi resah kerana menduga bahawa inilah penglihatan peramal terkenal itu terhadap kiamat.


7. Ayam Peramal dari Leeds, 1806

(Sekadar Gambar Hiasan)


Sejarah mencatat banyak tokoh yang menyatakan bahawa zaman akhir hampir tiba dengan kedatangan nabi. Namun, mungkin “nabi” yang paling "pelik" adalah seekor ayam dari Kota Leeds tahun 1806. Ayam ini awalnya disangka menghasilkan telur yang bertuliskan “Kristus akan datang”.Ramai orang percaya bahawa kiamat hampir tiba sehingga seorang penduduk yang akhirnya mengawasi ayam itu ketika bertelur dan menyaksikan penipuan tentang kalimat itu.


8.Kiamat kaum Mormon, 1891 atau sebelumnya

Joseph Smith


Joseph Smith,pengasas gereja Mormon, mengadakan rapat gereja pada Februari 1835 untuk memberitahu bahawa ia berbicara kepada Tuhan. Selama pembicaraan itu, Smith mengakui bahawa Yesus akan kembali dalam 56 tahun ke depan, dan selanjutnya masa akhir zaman akan segera dimulai.

Itulah antara ramalan2 tentang kiamat.Yang terbaru filem tentang kiamat pun telah ditayangkan.Walau apa pun ramalam bila kiamat akan berlaku,kita sebagai umat islam haruslah percaya bahawa hari kiamat akan berlaku pada hari JUMAAT sepertimana yang telah disebutkan didalam Al-Quran.



(Isu di atas hanya sekadar tetapan dan informasi,segala-galanya haruslah berbalik kepada Islam)




Kredit:http://www.ygmenarik.info/2009/12/sejarah-tentang-ramalam-hari-kiamat.html
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home