Amin Naizar's

Portfolio

Bismillah.

Jika mereka tanya kepada aku apakah tanggungjawab aku sekarang, jawapan aku adalah belajar untuk hidup dan master my art- Career as ...


Dan samada kita mahu atau tidak mahu sebenarnya kita dikejar oleh tanggungjawab 24/7. Dan walaupun kita buat- buat tak tahu dengan tanggungjawab kita, realitinya- Kita hanya menipu diri sendiri.


Jika kita lari dari tanggungjawab, tanggungjawab itu yang akan menuntut haknya dari kita.

Persoalannya adakah kita mempersiapkan diri ataupun tidak?


Scenario:

Aku sebagai seorang remaja adalah bertanggungjawab untuk mencari pekerjaan yang halal, baik dan berkat.


Jika aku malaz atau menunggu kerja yang mencari aku, kesannya adalah tiada mata pencarian dan menjadi bebanan kepada ibu bapa. Lebih buruk, resume aku akan lompong dan lebih sukar pula mencari pekerjaan- Padahal aku perlu bekerja. Betul tak?


Jangan ingat yang kita dapat bersenang lenang sekarang dan masa tua nanti tanggungjawab kita akan berkurangan. Realitinya tidak begitu.


Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak- anak. Mereka memerlukan bimbingan dan dorongan daripada kita. Jika kita lari dari itu, mereka akan membesar sebagai seorang yang rebellious dan kita sendiri yang sakit. Mereka akan menuntut perhatian dan kasih sayang kita dengan cara yang lebih dasyat.


Jika dulu kita hanya perlu peluk dan cakap elok- elok. Sekarang percakapan saja tidak cukup, perlu disertai dengan jeritan dan makian (kerana sakit hati). 


Benarlah kata orang- orang tua.

Apabila hati telah jauh, duduk sejengkal terasa bagai sebatu- Terjerit sana sini dibandingkan apabila hati dekat, berbisik pun boleh dengar.  

All in all, aku nak cakap yang tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana itulah kita- Manusia. 

Terlalu banyak hak yang perlu diberi. 

Tanggungjawab perlu diurus secara baik dan janganlah kita mengambil mudah akannya.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Biidznillah. 

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah aku baru je dapat resullt semester nie last week.
And unofficially, I am done with my degree!

Cap, degree, diploma, graduation, graduation cap, school, student icon


Road to graduation....
Is it?
Not really. Ada chance yang convocation this year akan ditangguhkan sebab epidemic Coronavirus.
Ommo :(

Itulah, kita hanya merancang dan Allah juga merancang dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Jadi apa yang harus kita lakukan? Do not go against the flow.
Kita kena flexible.

Behind The Scene of my plan
(if coronavirus doesn't strike us hard, like it is right now)
Kalau ikut perancangan asal, aku telah rancang untuk join Outbound program ke South Korea this  July 4th- July 11th.
Specifically to Busan. 
And untuk pengetahuan korang, aku dah beli tiket since Dicember 2019.

So, aku plan jadual hidup aku accordingly.
Since aku internship 6 bulan, aku buat timeline which roughly like this:

Internship period:
Sep 2019- Feb 2020

Ambil pengalaman (Di tempat aku intern):
Feb 2020- June 2020

Habiskan semua bucket list as Uni student (March 2020- June 2020)
- Belajar berenang
- Explore semua tempat yang aku belum pergi dalam universiti
- Join program yang aku tak pernah join before this
- Enjoy as much privilage as a student before becoming an alumni  :(
- And the list going on...

Cari Kerja Tetap:
Lepas balik Korea (around July)


So, since PKP/ RMO implemented started 12th April 2020, banyak plan aku yang tergendala, and to make it worse, outbound aku ke Korea juga turut dibatalkan.

On the bright side:
- Nampaklah yang sebenarnya kita manusia nie sangatlah lemah dan Allah adalah sebenar- benarnya pemilik alam. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Negara yang katanya sangat advanced in technology and medical care juga sangat terkesan dengan this COVID-19. 
- Kita perlu beringat. Peristiwa ini mengajar kita yang pembaziran adalah musuh terbesar pada waktu gawat macam sekarang, cuba bayangkan apa jadi kalau kita tiada simpanan yang cukup ketika keadaan genting macam sekarang, like kita jobless for a month or so (due to MRO). 
- Allah memberi kita lebih banyak masa dengan diri sendiri. Masa inilah kita nak reflect hidup kita dengan sebenar- benarnya. Paling penting, kita bolehlah try tambahkan kemahiran mandiri supaya kita boleh kurangkan kebergantungan kepada orang lain. Inilah masa terbaik kalau nak belajar memasak, nanti bila habis PKP, kita dah ada satu kemahiran baru untuk lebih berjimat.
- Belajar untuk kawal keadaan dan tak biarkan keadaan yang mengawal kita- In a way, kita selalu check kita punya emotional health. Kalau perasan, dunia kita nie bergerak ke satu arah- which is obviously, towards the future and also towards destruction. Kehancuran. Ageing whatsoever. So, kalau kita biarkan diri kita, kononnnya, ikut the flow (tanpa berusaha)- Kita seolah- olah biarkan mood kita decide apa kita rasa, malas menguasai diri, facebook feed kita yang decide apa kita fikir etc. 
Jangan begitu, kita perlu kawal hidup kita. Kalau bosan di rumah, lawan bosantu, buat benda yang berfaedah (macam aku yg tengah blogging sekarang). hehee
- Dekatkan diri dengan Tuhan. Especially kita yang muslim nie, masa nielah waktu terbaik untuk mencari Tuhan. Jangan biarkan diri kosong- Nanti syaitan yg duduk situ ;-)

Dalam PKP nie, all 24 hours are ours. Decide apa kita mahukan dari cuti yang Allah beri ini. Bounce more stronger  than ever! Lakukan sesuatu supaya kita tak  menyesal at the end of the day.
Okay, sampai sini dulu.
Selamat berpuasa semua : ) 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home