Amin Naizar's

Portfolio

Let The Authority People: Speaks, Do & Announce

3 comments
Bismillah...

Hari ini Kuala Terengganu dilimpahi rahmat dengan curahan hujan yang tidak henti- henti sejak pagi semalam lagi. Kesemua pelajar di kampus duduk terperuk di bilik masing- masing sambil melakukan aktiviti kegemaran.

Walaubagaimanapun, aku merasai hal yang berbeza.
Berbeza disini, bukan bermakna tidak gembira atau benci akan keadaan cuaca.
Tetapi ia dirasakan berbeza kerana sebuah peristiwa.
Peristiwa yang tidak disangka- sangka.
Benarlah kata orang- Ajal maut itu, ditangan Tuhan.


"Ikhwan (Bukan nama sebenar) sedang dibedah di Hospital Kuala Terengganu- Mohon rakan- rakan mendoakan yang terbaik untuk beliau- Sebarkan."

Itulah mesej pertama yang aku tatap sebelum mengetahui insan yang aku lihat berjalan- jalan dengan riang pada paginya telah terlantar di ICU pada sebelah malam.
Jujur, aku agak terkejut dan tidak percaya dengan berita yang baru saja diterima.
Mengikut perkhabaran rakan- rakan, Ikhwan tiba-tiba saja fit (istillah untuk sawan) di biliknya akibat pendarahan di dalam kepala.

Who knows? Someone who really close & dear to us- Can go forever.
We- Didn't have a chance to say goodbye due to unexpected disease/ pathology- Just Like This.
But, in my friend's (case) now- He still struggle with his condition.
And yet- He still alive.

Aku yang pada minggu tersebut sangat sibuk dengan persiapan program cuba juga untuk mencari sela- sela masa supaya berkesempatan menziarahi Ikhwan. Selepas 2 hari dia berada di Intensive Care Unit (ICU), aku terus mengambil keputusan untuk betul- betul pergi ke wadnya dan melaksanakan hajat yang dirancang.

Entah mengapa, kunci bilik aku tiba- tiba saja misplaced pada hari tersebut. Puas dicari merata- rata kawasan tetapi tidak juga dijumpai. Walaupun berat & memikirkan pelbagai risiko (barang- barang dicuri & sebagainya), aku gagahkan juga untuk (maybe) pay the last visit for him.
Perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu dirasakan sangat panjang pada hari itu. Aku memecut hampir 110 Km/j dengan motosikal Modenas CT110 merentas & memintas mana- mana saja kenderaan yang menghalang laluan ke sana.
Naluri aku kuat mengatakan- Aku mesti pergi.


Selepas 25 minit perjalanan(biasanya 20 minit), aku terus meletakkan motosikal di ruang parking yang disediakan. Topi kaledar disangkut dekat dengan seat motor & aku terus berusaha mencari wad ICU yang terletak di tingkat- 3 bangunan lama tersebut.
Sebaik saja 2 kali naik dan turun di tempat yang sama (1st time sampai, tersesat & tak nampak dekat mana ICU), aku terus saja terlihat kelibat rakan karib Ikhwan yang baru saja keluar dari bilik melawat.
Aku bertanya kepada dia- "Ikhwan macam mana?"
Dia  menggeleng dan menangis.
"Dia dah takde"- Bisiknya kepada aku.
Bulu roma terus saja meremang.
Sejuk seluruh anggota.
Terdiam seribu bahasa.
Dia dah meninggal ke?- Sebuah fakta yang kusut dan sukar untuk dihadam.

Aku mengalihkan pandangan pada keadaan sekeliling dan semua rakan- rakannya di luar kelihatan hiba dan berair mata mereka.
Walaupun sukar diterima, tapi itulah takdirnya- Bisik aku dalam hati.
Dengan pantas, telefon pintar segera dicapai dan aku menaip 

"Al Fatihah untuk Ikhwan"

Tanganku terasa berat untuk menekan ikon send didalam aplikasi whats app tersebut.
Seinci saja lagi sebelum aku menyentuh touch screen- Sebuah mesej yang lebih kurang maksudnya masuk ke ruangan chat di dalam group yang sama.

Sungguh cepat informasi diperkhabarkan kepada semua orang pada zaman sekarang.
Aku- rasakan bahawa akulah orang pertama, namun rupa- rupanya masih ada lagi insan yang mengetahuinya lebih awal.

Aku segera menjauhkan tangan dari telefon dan menyimpannya semula ke dalam beg.
Jujur- Sedikit kecewa kerana tidak dapat berjasa menjadi yang pertama dalam menyampaikan berita tersebut.

Jam di tanganku telah menunjukkan pukul 6.45 petang dan waktu melawat hanya berbaki 15 minit.
Walau seperti tiada harapan- Sebab lecturer dan staf- staf program ramai yang datang menziarah (& pasti mereka lebih layak untuk masuk dahulu)- Aku menunggu di luar dengan penuh kesabaran.

Selepas 20 minit, Allah menghadiahkan hikmah agar kedatangan pada hari ini bukan sebuah pensia- siaan.
Aku dan seorang lagi sahabat dibenarkan masuk.

Sebaik sahaja tiba diruangan kamar pesakit- 
Aku terkejut besar.
Mesin ventilator masih lagi terpasang serta Ikhwan yang lemah masih juga terbaring disitu.
Aku lihat kepalanya telah dicukur di bahagian kanan dan terdapat kesan craniectomy dilakukan oleh Doktor tempoh hari.
Sungguh tenat beliau di situ.
Aku tidak mampu membayangkan bagaimana rasanya andai aku ditempatnya.

Aku bergerak keluar setelah 8 minit berada di dalam.
Sempat juga mengucapkan takziah kepada ibunya yang dari semalam sedia menemani Ikhwan.

Sebak & sedih dengan apa yang berlaku kerana:
1. Aku tidak mampu membisikkan kalimah syahadah ke telinga Ikhwan (sebab memang dari kecil takut kepada mayat; orang yang terlantar dalam keadaannya yang sangat abnormal)
2. Terkilan kerana ada insan yang menyebarkan berita palsu akan kematian yang belum dipastikan.

Iktibar

Lesson Learnt:
- Memang benar- Jika melihat kepada mesin & alat bantuan pernafasan:
Dia hanya bernyawa dengan bantuan device di sekitar- Bukan dia sendiri yang bernafas. 
Tetapi kita tiada hak untuk mengatakan yang dia telah meninggal dunia dengan hanya berpandukan pada apa yang dipelajari.
Kami panggil sebagai brain death- As unofficial death of a patient.
...... Yang layak mengatakan/ isytihar jika dia telah pergi hanyalah doktor incharge...


So Let The Authority People Speaks, Do & Announce About Anything Under Their Supervision.
Not us.
Mungkin Dr. masih memikirkan kaedah- kaedah atau ubat- ubat alternatif yang mungkin boleh diusahakan.

Tidak dinafikan yang kita bakal merasa eksklusif JIKA menjadi orang pertama yang menyampaikan berita dalam apa- apa hal sekalipun.
Namun, fikirkan semula- BAGAIMANA JIKA BERITA TERSEBUT HANYA SANGKAAN KITA SAHAJA?
Dalam kes ini, jika benar dia meninggal sekalipun, namun bukan dalam range waktu kita perkhabarkan kepada umum- Tidak berdosakah kita?
Memalsukan sebuah hal hidup & mati.
Bilanya boleh kita mohon kemaafan?
Akhirat?
Ambil Iktibar..

Gambaran Craniectomy

p/s: 
Kadang- kadang unsur drama terlalu banyak mempengaruhi otak kita semua:
- Ada yang post macam- macam berkenaan si dia seolah- olah dia boleh baca semua bendatu.
- Melawat orang sakit- Ada adabnya, bukan mengikut drama- drama dengan mengucapakan ayat- ayat pujukan melampau@meratap dekat orang sakit.

Semoga kita sama- sama berubah.

Wallahualam.












Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

Unknown said...

So dia skrg mcm mana?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Amin Naizar said...

Die dah meninggal..,
Isytihar hari esoknye.