Jika saya memberi anda dua pilihan:
1. Menjadi Jutawan.
2. Menjadi Rakyat Marhaen yang sederhana statusnya.
Manakah pilihan anda?
Saya amat yakin dan percaya.
Majoriti daripada kita akan terus fokus pada pilihan yang pertama.
Kaya raya- 'Billionaire'
Persoalannya, mengapa?
Adakah dengan mengecap status orang berduit ini mampu memberi kebahagiaan?
Senyuman |
Izinkan saya memberi pencerahan.
Sebenarnya, mentaliti kita mengatakan bahawa:
" Jika aku berduit, semua kehendak mampu dipenuhi- Status hidup meningkat & mampu menggapai apa sahaja"
Yes! That's true in the perspective of mentality & mindset.
But, believe me- The concept is not too applicable in our daily life.
Status Hidup Meningkat- Kehendak turut meningkat.
Di sinilah kuncinya- Jika kita hidup berpandukan pada meterialistik, beri RM 1K sekalipun tidak mampu memberi kebahagiaan kepada diri.
Jika gaji hanya RM1500- Berhajatkan kereta Proton
Manakala, bagi yang berpendapatan RM10 000 pula akan mengimpikan BMW.
Semakin tinggi status kita, kehendak kita turut ter 'upgrade' secara automatiknya.
Lebih malang lagi, ada sesetengah dari mereka yang sanggup berhutang bagi memenuhi kepuasan yang meningkat tadi.
Contoh:
Fenomena pinjaman loan yang berlaku dalam kakitangan kerajaan. Mereka sanggup meminjam dalam jumlah yang besar, semata- mata ingin memakai kenderaan yang mewah. Hal ini berlaku kerana mereka merasakan ' aku mampu'.
Impaknya?
Berhutang selama 10/ 20 tahun ( ditambah dengan kehendak lain), baki dari gaji hanya cukup- cukup makan sahaja.
- Maaf. Sekadar contoh bagi golongan minoriti pegawai-
Meraih Semua Perkara.
Bagi yang serba cukup dan berjaya mencapai semua perkara yang mereka targetkan pula-
Akan ada waktunya nanti apabila golongan ini merasakan perasaan kosong dalam jiwa.
Hendakkan A, dapat. Hendakkan B juga dapat. Selepas ini apa lagi?
Kehendak yang dipenuhi bagaikan air di lautan,
Semakin diminum semakin haus.
Bersyukur
Ini adalah golongan yang paling senang hidupnya dibandingkan dengan 2 lagi kumpulan di atas.
Bagi mereka, tidak kira kaya ataupun tidak- Apa yang sedikit itulah akan digunakan.
Jika tidak perlu, mereka tidak mengharapkan yang lebih.
Sikap ini adalah yang terbaik dan tidak memilih yang kaya ataupun miskin- Jika dimiliki, Insha Allah, mereka adalah orang yang paling banyak tersenyum di muka bumi ALLAH s.w.t ini.
Kesimpulan
Kayu pengukur kebahagiaan bukanlah terletak pada harta serta nilaian material seseorang. Ia sebenarnya bergantung pada sudut pandang dan perspektif kita akan kehidupan itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment