Amin Naizar's

Portfolio

Perubahan Inside-Out

Leave a Comment
Assalamualaikum w.t.h

Follow Your Intuition.
Ramai antara kita yang ingin melakukan retrospeksi dan mengubah sebarang sikap yang dirasakan tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada diri.
Tidak dinafikan bahawa ramai  yang menginginkan perubahan, namun tidak tahu di mana harus bermula serta bagaimana caranya.
Secara jujurnya, saya sendiri sedang 'struggle' dalam hal sebegini.
Dirasakan terlalu banyak 'flaw' dan kelemahan yang harus diperbaiki dan kadangkala kaedah yang digunapakai tidak memberi kesan atau perubahan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa 'konsep' yang dapat saya garap melalui 'try and error' method:

1. Perubahan itu adalah 'inside-out' dan bukan 'outside-in'.
Apa yang ingin dinyatakan adalah inisiatif untuk berubah itu haruslah selari dengan kehendak dan emosi kita sendiri. Jika pemikiran kita sentiasa negatif, tiada satu daya usahapun yang mampu mengubah keadaan kita walau pelbagai kaedah dan alternatif dijalankan. 
Kita sendiri adalah pencetusnya. Jika kita benar- benar mahu serta percaya pada diri, semestinya kita boleh mengecapi apa sahaja.

2. Jangan pernah membandingkan diri sendiri dengan orang lain.
Setiap manusia pernah melakukan kesalahan walau sebaik mana sekalipun mereka dimata masyarakat (Rasulullah S.A.W serta para rasul yang maksum terkecuali daripada golongan ini).
Jika kita seringkali melakukan 'comparison' antara kita-mereka, semangat, momentum dan motivasi untuk berubah akan diracuni secara langsung.
Percaya atau tidak, pemikiran sebegini langsung tidak sihat kerana ia bersifat negatif serta bakal menolak kita ke bawah perlahan- lahan.
Membandingkan diri dengan mencontohi idola adalah hal yang berbeza. Idola menjadikan kita ingin menggapai kejayaan sebagimana mereka, manakala perbandingan dengan orang- orang kebanyakkan hanya mampu menyahkan motivasi sedia ada.

3. Gunakan peluang yang ada.
Manusia hanya diberi 24 jam sehari dan 365 hari setahun.
Masa yang telah berlalu bakal menjadi sejarah, masa sekarang adalah peluang manakala masa hadapan pula semestinya suatu perancangan yang belum pasti ketetapannya.
Letakkan target 'mencapai kepuasan selepas melakukan apa- apa tindakan'.
Bayangkan hasil yang benar- benar  kita harap serta fokus pada kaedah pelaksanaan ke arahnya secara terus. Elakkan pengangguhan serta pemikiran negatif.
Pedulikan apa orang lain akan perkatakan kepada kita.
Pernahkah anda melihat seorang lelaki Rusia membuang helaian wang ringgit RM100 di pantai?
Mengapa mereka melakukan sedemikian rupa?
Hal ini kerana golongan Russian ini tidak mengerti apakah nilaian RM100 walaupun mereka melihat dengan mata kepala sendiri. Nilaian adalah berbeza bagi setiap orang waima kaedah melihatnya adalah sama.
Itulah perbezaan perspektif berkenaan masa antara kita semua.
Abaikan orang yang jahil apabila anda adalah golongan yang bijak mengawalnya.
Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Peace= Inside-Out







Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: