Amin Naizar's

Portfolio

Matrikulasi atau Diploma bukan masalah

1 comment
Assalamualaikum w.t.h

Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar SPM 2014 telah mengambil result peperiksaan mereka.
Tahniah diucapkan kepada yang cemerlang dan jangan berputus asa kepada yang tidak mencapai target.
LIFE MUST GO ON...


Strong

Lebih 11,000 daripada 455,839 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof- Berita Harian

"Indeks GPN tahun lalu adalah 5.08 berbanding 4.93 pada 2013 menurun sebanyak 0.15," katanya.

Sekarang, ramai yang memerlukan 'guidance' sama ada mahu menyambung dalam STPM, STAM, Matrikulasi ataupun Diploma.
Walau apa jua pilihan anda, saya nasihatkan supaya melakukan timbang tara dengan adil dan tidak terlalu ekstremis mahupun sarkastik pada beberapa perkara.

Niat saya kali ini, bukanlah mahu mengupas berkenaan apakah hala tuju yang seharusnya anda ambil selepas ini. Bagi saya, itu adalah pilihan anda sendiri dan tidak perlu untuk saya 'emphasize' pada mana- mana bahagian.
Apa yang ingin saya ingatkan adalah:
Buat pertimbangan yang terbaik, lihat pro dan kontra dari setiap sudut.

JIKA ANDA LIHAT DARI SEGI KEWANGAN, KEWANGAN SAJALAH YANG AKAN ANDA NAMPAK.
JIKA ANDA LIHAT DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN- ORANG LAIN BUKAN PENENTU KEJAYAAN ANDA.

Apa yang membuatkan saya sedikit terasa dan berkecil hati adalah sensitiviti beberapa pihak yang memandang rendah pada sistem diploma.
Ya! Diploma hanyalah 'certificate' jika kita meletakkan nilaiannya dari sudut global.
Pekerjaan yang diperolehi pula, hanyalah pembantu pegawai (pegawai merupakan pemegang ijazah).
'Technician' saja bagi sesetengah alam pekerjaan.
Jumlahnya saja sudah menjadi lambakan dan keboleh pasaran graduan tidak menentu kini.
TETAPI,
Tidak semestinya, jika 'pursue' hingga 'master' sekalipun, masa depan anda dijamin cerah.
Zaman kita sekarang adalah berkaitan persaingan.
Jangan ingat, anda mengurangkan persaingan- Anda bakal mendapat kemudahan.

Izinkan saya mengecilkan skop perbincangan kita:
Ijazah: Diploma= 1:6/++ (Statistik secara umum)

Kehendak alam pekerjaan kini, nyata memerlukan jumlah 'pembantu pegawai' yang lebih dibandingkan dengan pegawai sendiri.
Dari skop gaji pula, 

Tangga Gaji Jururawat (KKM)
U29- Diploma
U32- Ijazah

Bagi pekerja kerajaan, kadar kenaikan gaji berlaku pada tahun- tahun tertentu bermula dari tempoh perkhidmatan.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah institusi yang membenarkan staf mereka melakukan PJJ (Pelajaran Jarak Jauh) selapas setahun bekerja.
Transisi dari diploma ke ijazah akan berlaku dan kadar bayaran adalah sama selapas itu.

Tahun Pengajian
Bergantung juga pada kursus yang dipilih, majoriti universiti meletakkan 2 tahun setengah sebagai tahun minimum bagi menamatkan pengajian diploma.
Namun begitu, ada juga yang masih mengekalkan 3 tahun kerana kekangan masa dan tempoh latihan industri yang panjang
Beza antara keduanya adalah cuti semester yang lebih pendek bagi sistem 2 tahun ++.

Kemahiran dan Pendedahan
Berbeza dengan pelajar matrikulasi mahupun tingkatan 6. Kebiasaanya, pelajar diploma telahpun mengecilkan skop pengajian mereka pada bidang yang lebih spesifik. Sebagai contoh, saya mengambil Diploma Fisioterapi, jadi pilihan untuk ijazah pula mestilah berat pada skop yang sama. Tidak juga menjadi kesalahan dan  perkara yang mustahil jika saya ingin terjun pada 'dietician' atau 'medical' instead of physiotherapist.
Jika bidang yang dipilih adalah sama, jumlah jam kredit akan dipendekkan- Tahun pengajian menjadi lebih ringkas.
Jika ingin pergi ke kursus yang berbeza- Kebarangkalian dipilih adalah berat pada bidang yang serupa ( i.e Sains kesihatan- Radiografi ke Biomedik Perubatan)
Jika dilihat dari sudut yang lebih luas, mereka yang memegang diploma dan menyambung pula dalam bidang yang sama- Kemahiran serta pengalaman adalah lebih meluas.
Jadi, apabila menginjak pada alam pekerjaan, tiada lagi istillah pegawai yang hanya tahu memberi arahan, kurang kemahiran.

Fokus Diploma Vs Ijazah
Diploma lebih pada membentuk kemahiran dan 'hands on'.
Ijazah pula berat pada pengurusan serta membuat keputusan.

Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang boleh saya hurai berkaitan diploma.
Jangan mengecilkan skop pemikiran anda bahawa diploma itu rendah dan tidak punyai masa hadapan yang cerah. Sebenarnya, pelajar diploma terlebih dahulu mendapat pendedahan berkenaan universiti dan kehadapan dari segi 'self- management and life at university'.
Jika mereka menyambung ijazah- Mereka akan lebih matang dibandingkan dengan yang lain.

Kesimpulan
Ramai yang memikirkan tentang keboleh pasaran graduan apabila ingin menyambung pelajaran.
Mereka ingin terus bermula dengan tangga gaji tinggi ataupun masa yang lebih ringkas bagi menamatkan pengajian.
Jika itu yang anda fokuskan, itu sahaja yang akan anda lihat.
Diploma sebenarnya adalah medan terbaik untuk anda mengumpul ilmu dan pengalaman berkaitan.
Jika kita bermula dari bawah, kita tidak akan meninggi apabila di atas.

Jangan sesekali memandang rendah lepasan diploma, tiada istillah pelajar yang kurang kelayakan akademik sahaja yang akan pergi  ke Diploma.
Ada sahaja yang mendapat SPM 9A di dalam kelas diploma kami.
Ada juga yang mendapat pembiayaan JPA dalam pengajian mereka.
Saya sendiri mendapat tawaran matrikulasi dan dari SBP.
Jadi apa bezanya?
Kadangkala, pelajar matrikulasi mengatakan bahawa kami dari diploma terlalu takut dengan sistem matriks dan lari dari risikonya.
Pelajar matriks pula apa kurangnya?
Takutkan persaingan dalam alam pekerjaan, 'demand' dan secara membuta tuli mencemuh diploma.
Kami lebih senior dari anda- Kami lebih MEMAHAMI...






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

Anonymous said...

welcome back.. lama xtulis