Amin Naizar's

Portfolio

Revolusi Jiwa Alaf Baru

Leave a Comment
Assalamualaikum...,
Baru- baru ni, hati tiba- tiba saja tergerak untuk membaca Karya Ustaz Pahrol Ahmad Juoi dalam buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati...
Then, I found this wonderful sajak..,

Read it with your heart rather than just your eyes and mind....


Bahan Bacaan Yang Mengesankan Jiwa
Abad 20 menyaksikan ledakan teknologi
Benarlah- 'The sky have no limit'
Udara, api, bumi dan langit
Angin, air, gunung dan bukit
Dari tasik yang luas, lurah dan sempit
Tercerna segala dalam piala minda saintis dan pemikir
Teradun semua dalam cangkir cita rasa pemimpin dan penyair
Reka cipta dan penemuan yang unggul

Jarak menjadi semakin dekat
Lautan menjadi laut
Laut mejadi selat

Masa berlalu laju
Tahun bagaikan bulan
Bulan bagaikan minggu!

Manusia terbang bagaikan camar...
dengan jet supersonik membelah awan
Manusia menyelam bagaikan ikan...
dengan kapal selam berkuasa nuklear
Berjalan di purnama
Melayang di angkasa
Menakluki lautan dan benua
Memantau edaran planet...
dengan perantara komputer dan satelit

Manusia terus memburu
Mengejar apa yang dimahui
Apa yang dikatakan kemajuan
Semuanya sudah kecapaian

Betapa megah...
Segalanya telah terserlah
Betapa megah...
Segalanya gagah dan indah

Di takah fisiologi semuanya telah terisi
Makanan, ubat- ubatan, kenderaan...
dan tahap kesihatan
Apa lagi?

Terima kasih figura perubatan dan kesihatan:
Alexander Fleming, Marie Curie, Edward Jenner,
Joseph Lister dan Louis Pasteur,
yang telah menemukan pelbagai penawar dan kaedah pencegah...
pelbagai penyakit lahiriah

Terima kasih tokoh elektronik & jentera:
Wright Bersaudara, George Stephenson,
Graham Bell, Guglielmo Marconi dan Thomas Edison,
yang mencipta enjin dan kuasa
memudahkan talian komunikasi
laluan interaksi antara manusia

Seolah- olah dunia akan menjadi taman firdausi...
dengan ketinggian sains dan teknologi
Dunia sewajarnya menjadi 'syurga' transisi...
sebelum menuju syurga abadi

Namun sayang...
Abad ke 20 abad bergelombang...
dengan bara sengketa dan nyala peperangan

Manusia semakin ghairah menumpahkan darah
Sengketa antara bangsa- Arya, Asia, Israel, Serbia, Jepun, Eropah
Sengketa antara agama- Islam, Kristian, Yahudi, Hindu
Sengketa antara ideologi- Kapitalis, Komunis dan Sosialis
Sengketa antara kulit- hitam, putih dan sawo matang
Sengketa sesama bangsa- tamak, ego, hasad, pemarah.

Dunia antarabangsa:
Perang! Perang! Perang!

Perang Dunia I- 19 juta manusia terkorban
Perang Dunia ke II- 50 juta nyawa terkorban
Perang Cina- Jepun, Perang Arab- Israel,
Perang India- Pakistan, Perang Iran- Iraq,
Perang Afghanistan- Rusia, Albanis- Serbia
Perang Yugoslavia, Perang Rusia, Perang Korea,
Perang Vietnam, Perang Bosnia, Checnya,
Perang Dagestan...
Manusia suka berperang sama seperti sukakan kemajuan?

Dalam negara:
Jenayah! Jenayah! Jenayah!

Dadah, rompak, bunuh diri
alkohol, seks bebas
Sakit jiwa... dan tekanan emosi...
di negara maju- orang membunuh tanpa tujuan
di negara miskin- orang membunuh kerana kurang makanan
di negara membangun- orang mogok mohon keadilan

Remaja terkapa- kapa tanpa matlamat
Si tua masih meraba- raba di garis penamat
Pangkal sudah terlupa...
hujung belum ketara
Yang 'punya' bagaikan meneguk air tujuh lautan
yang 'tiada' bagaikan memburu maya fatamorgana
'sedikit' menimbul rasa cemas
'banyak' masih terus memburu...
kerana tidak puas!

Qarun baru dalam dunia pasaran?
Firaun baru dalam citra penjarahan?

Apa yang dikatakan ketenangan...
menjadi semakin samar, semakin pudar...
semakin 'abstrak' harmoni dalam kamar hati insani
Dan akhirnya manusia terpaksa mencari...
di satu destinasi berbaur ilusi...
terperangkap antara utopia dan realiti

Maslow- mengatakan itu 'self actualisation'
Freud- mentafsirkan itulah libido dan 'super Ego'
Bila alat disangka matlamat
Nikmat disangka hakikat
Benda pun 'dinobat' menjadi agama
Wujud 'Tuhan' baru dalam fikiran dan perasaan...
yang bernama- kekayaan dan kelazatan,
keseronokan, kemasyuran dan daya pengeluaran

Manusia alaf baru perlu revolusi baru
Sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan
Pangkal semua perjalanan- bermula dengan Tuhan!
Kemurnian jiwa, kebersihan minda
Itulah sumber ketenangan, punca bahagia
Pemadam krisis, peluntur sengketa

Masa berjalan dan kita turut mengejarnya.
Persoalan di sini..
Ke mana dan mengapa?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: