Amin Naizar's

Portfolio
Saya bukanlah sesiapa untuk menulis artikel dengan tajuk seberat ini. Namun, saya ialah insan yang menjadi pemerhati dan mampu membuat keputusan berdasarkan pengamatan yang cukup dalam.
Seorang pemimpin itu akan terserlah ciri- ciri kepimpinannya sejak dia belum memegang apa- apa jawatan lagi.
Bagaimana?

Jawapannya boleh dirujuk kepada Tuan Punya Badan. Hal ini kerana, sebelum seseorang itu mampu memimpin orang lain dia haruslah mempunyai kemahiran menjinakkan diri sendiri.

Apa yang saya maksudkan ialah:


Pengucapan Awam adalah sebahagian darinya

" Inside Out"

Keterampilan dan kredibiliti seseorang itu mampu diimbalkan jika kita melihat pada aspek pengurusan diri sendiri. Kita mampu membaca kemampuannya pada kebijaksanaan mengurus masa, mengendalikan emosi mahupun berbicara dengan orang lain.

Tika satu perjumpaan bersama seorang yang arif, saya teringat akan kata- katanya yang menusuk, bunyinya:

" Landasan yang kita ada sekarang, bukanlah landasan untuk 'try and error' tapi untuk berbakti kepada semua.
Assalamualaikum W.T.H

Kadangkala kita suka mengkritik tanpa mengambil usul periksa. Lagi memburukkan adalah kita suka menghukum tanpa mengetahui belakang cerita.

Pengakhirannya?
Fitnah dan tergurisnya hati orang lain.


Cuba Memahami


Suatu ketika dulu, saya pernah berada di bawah dan bekerja bersama- sama mereka. Apabila bekerja dalam pasukan, setiap AJK adalah berkaitan antara satu sama lain. Mereka bagai satu badan, jika satu tidak bergerak, implikasinya juga kepada seluruh anggota.


Jadi, apabila melakukan pekerjaan sendiri. Kita seolah merasakan bahawa kitalah yang paling susah, kitalah yang paling banyak berusaha dan kitalah segala- galanya. Rentetan dari itu, kita mudah melihat ' kesenangan' orang lain yang 'terlindung' pada senyuman dan ketawa mereka sebagai kelemahan. Lantas, menunding jari dan tunjuk salah mereka disana sini.

Benar! kita bergerak.
Benar! Kita berusaha.
Benar! Kita membuat kerja kita!




Namun, perlu diingat.
Bebanan dan berat tanggungjawab harus dipikul bersama.
Jika kita merasakan kita yang terbeban. Persoalkan keikhlasan dan semak semula pembahagian tugasan.

Jika kita merasakan orang atasan seolah tidak bergerak.
Realitinya, kita tidak mengetahui ' The Other Side Of Story'


Tahu apa yang saya rasakan kini?
Bounce Effect- Saya ditekan sebagaimana saya menekan dan saya dilihat tidak bergerak sebagaimana saya melihat tampuk kepimpinan yang dulu.


Tidak mengapa. Itulah realiti kehidupan.

~Varies~

" Empati Bukan Sekadar Simpati "

Try to be in people shoes.
Assalamualaikum W.T.H
Benarlah kata pepatah...
" Jika takutkan ombak, jangan bina rumah di pantai"
Jika anda takutkan cabaran, jangan berani tampil ke hadapan.
Semuanya Bermula Dengan Perancangan

Manusia kadangkala terlalu selesa dengan zon mereka hingga tidak mahu untuk KELUAR dan menceburi sesuatu yang berbeza.


Bagi saya pula. Saya seringkala melihat orang lain berketerampilan dan maju selangkah ke hadapan, hadapan dan terus memecut ke hadapan. Saya hanya mampu melihat dan tersenyum.
Never be too Comfort

Namun, ada suatu ketika terdetik dalam hati kecil ini.
Jika ada orang lain MAMPU, kenapa bukan aku?
Lagi memeritkan adalahh ' Kemampuan dan kredibiliti ' yang ada pada sesetengah orang tadi, tidak disalurkan pada jalan yang betul.


Pada waktu itulah, aku mencabar diri:
" Jika orang sebegini punyai kemampuan untuk berbuat begitu, siapa yang akan menentang mereka?
Apa akan berlaku pada keseimbangan dan nasib orang- orang yang diperdaya dan terpedaya"
Lalu, keputusan diambil...
" JIKA BUKAN AKU SIAPA LAGI? "

Sama ada ' AKU' membuat perubahan atau ' Aku' yang TERPAKSA menerima perubahan....


Halo Guys!
It's already 0323 and I'm not sleeping yet.
What I'm doing right now?

Actually, I just finished The Need For Speed Underground 2 Game.
Yeah! I know, NFS2? Underground?
It's kind of all school and classic. However I always playing it during my leisure time because NFS never makes me disappointed (^,^)
( You know- When it comes to cheat code bla.., bla., bla..,)



NFS- Underground

So, while I want to end all of those races. Suddenly, my lecturer's advice been whispered to my ear- By my subconscious mind.


"You're not born to be wasted and futile. But, you're here for mission and aspiration that been set by yourselves.
Believe me! Your intention is the prerequisite for you to get to know something new and fresh everyday"


So, after search at Google- This quote looks great..



Ray Le Blond

Besides gain victory, I managed to extract on more value from NFS:

Always Use GPS to your destination- It makes carrier easy to be completed and really assist you toward goals other purposes.


NFS 2
Hye!

Mengikut buku sains yang kita pelajari di Sekolah Menengah dahulu. Manusia hanya diperuntukkan dengan 5 deria asas iaitu:

1.Deria penglihatan, 
Deria penglihatan menggunakan organ mata
Penglihatan
2. Deria sentuhan, 
Deria sentuhan menggunakan organ kulit
Sentuhan
3. Deria pendengaran, 
Deria pendengaran menggunakan organ telinga
Pendengaran
4. Deria bau
Deria bau menggunakan organ hidung
Bau
5. Deria rasa.
Deria rasa menggunakan organ lidah
Rasa

Tahukah anda?
Terdapat 2 lagi deria tambahan yang menjadi perdebatan antara semua pengkaji.
Satunya sangatlah logik dan masuk akal.
Satu lagi mendapat tentangan yang hebat dari ramai pihak.

Deria ke- 6:
Nama lain bagi deria ini adalah Six Sense. Deria yang melibatkan instinct atau naluri ini seringkali dirasai oleh semua orang. Contohnya, seorang ibu dapat merasakan bahawa anaknya sedang ditimpa kesusahan tanpa berhadapanpun dengan mereka. Seterusnya, wanita yang keseorangan dapat mengetahui bahawa ada lelaki sedang mengekori dari belakang. Tidak kurang juga, bulu roma kita meremang apabila berseorangan.
Ini adalah bukti yang diyakini semua.


Third eye- Terletak antara 2 kening berdekatan dahi

Deria ke- 7:
Ini agak kelakar. Tapi memang pernah terbaca dalam sebuah buku. (^,^)
Terpulang kepada anda sama ada mahu mengklasifikasikannya sebagai fakta atau auta.
Deria ke 7 dikatakan deria yang mampu menumpulkan mana- mana 5 deria asas kita.
Apabila ia aktif, semua deria kita beralih tenaganya kepada deria ini.

Ia dinamakan "Deria cinta".
Apabila seseorang jatuh cinta, pandangannya, penglihatan serta pendengaran malah bauan + sentuhan/ rasa- semuanya menjadi tumpul. Apabila cintanya berada di depan mata. Tiada orang lain yang dilihat, hanya jantung pengerang hati saja yang bertakhta di setiap benak dan penjuru jiwa.

Jadi, tidak hairanlah mengapa deria ke-7 ini menjadi bahan perdebatan antara banyak pihak.

Mungkin ada yang terlebih cinta dan mungkin ada yang kurang cintanya. Tak semua ada dan merasa.


Wink.


Okay.
Setelah sekian lama, barulah aku sedari bahawa Font dekat blog nie sangatlah kecil. Patutlah macam 'Something Wrong Somewhere'.

Maybe lepas nie, aku akan tukar sikit appearance blog nie.

Ape?
Bukan ade orang baca pun?
It's Ok. Aku buat blog pun sekadar ingin isi masa lapang dan share apa yang aku rasa patut dan boleh dishare bersama.

Sharing is caring isn't?

Dari segi gambar tukar- tukar dekat atas tu, ada possibility jugak untuk aku tukar. Al maklum, aku pun bosan kalau hadap gambar Pakcik Albert tu, setiap kali buka blog.

Smile
Blog ni, mungkin adalah refleksi pada apa yang aku nak dan mood aku waktu tu. Misal kata aku sedih, aku boleh menaip dengan perasaan. >,<. Hohoo
(Padahal semua orang taip dengan tangan. Sangat cliche' dan hiperbola)

So, diharapkan jumlah followers blog nie makin bertambah.
Aminn. Insha Allah. 


Like Juga

Hye Semua! (^ ^)
Pernah nampak tak logo ni?


Logon Screen

Intro

Apa itu logon screen?
Logon screen adalah gambar paparan yang terpapar >,< masa startup windows sedang bermula.
Ia juga turut digunakan semasa kita ingin Shutdown PC.

So, ada dua cara mudah bagaimana ingin menukar gambar yang 'boring' nie kepada yang sesuai dengan citarasa kita.

Cara 1: Manual

Langkah 1: Buka Windows Start Menu dan enter regedit ke dalam search tab.

Langkah 2: Tekan kanan pada tetikus anda pada  HKEY_LOCAL_MACHINE dan pilih Find.

Langkah 3: Cari/ Search OEMBackground. Jika tak jumpa, tambah satu DWORD value baru dengan nama OEMBackground.

Langkah 4: Double Click pada entry OEMBackground dan tukar value dari 0 ke 1.


OEM

Langkah 5: Buka Windows Explorer dan pergi ke path %windir%system32oobe 
atau
C:\Windows\System32\oobe\)

Langkah 6: Buat New Folder bernama info, dan buka.

Langkah 7: Buat New folder dalam info tadi dengan nama backgrounds.

Langkah 8: Rename wallpaper yang dikehendaki dengan nama backgroundDefault.jpg dan letakkan dalam folder backgrounds yang baru dibuat ( Saiz mesti kurang dari 245KB).

Langkah 9: Reboot/ Restart PC anda.

Buka folder ikut step atas kalau confius. >,<

Cara 2:
Third party software/ Cara Auto & Mudah.

Sangatlah banyak software yang boleh digunakan. Tapi, personally saya cadangkan Tweaks.logon.
Mudah & sangat mudah.
Tak perlu install, cuma 'Unzip' file dan anda bebas tanpa limitasi saiz gambar.
Anda juga boleh tukar pada gambar 'default wallpaper' yg disetkan oleh windows.

Tweaks.com


Kredit Google





Sekarang telahpun bermulanya cuti semester.
Memandangkan saya tidak terikat dengan apa- apa aktiviti, mungkin masa lapang akan diisi dengan slot baru dan terbaharu.

Jika dahulu, kita ada label ICT, sekarang saya akan pecahkannya kepada 2 lagi bahagian kecil iaitu:

ICT- dummies
ICT- Advanced

Pengisian Komputer

Isinya masih sama, cuma pengisiannya agak berbeza. Dari sekecil- kecil hal sehinggalah yang paling kompleks berkaitan ' software' serta teknologi perkomputeran.

Tutorial dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Insha Allah selamanya Bahasa Melayu.
Formatnya pula terpulang pada mood saya, samada formal ataupun ' tidak formal'.

Diharapkan, tutorial Bahasa Melayu ini akan menjadi salah satu dari pusat rujukan tersohor di Malaysia (Hahaaa.., Ok! Tu angan- angan jerk).

SMILE :-)





Artikel ini ditulis adalah peringatan kepada saya dan anda juga secara keseluruhannya.
Apa- apa saja perkara yang berada di muka bumi ini adalah sementara sifatnya, dari kekayaan, kesenangan, kegembiraan dan pelbagai lagi.
Semuanya sementara.

Tahukah kita, apakah resam akan perkara yang 'kejap' dalam hidup ini?
Jawapannya adalah:
-Disayangi sekadar saja, jangan berlebih- lebihan-

Sebagaimana hidup seorang pengembara, dia hanya mengambil apa yang ada tika persinggahannya dengan sekadar saja. Tidak pula perlu terlalu berlama- lama atau menghentikan perjalanannya kerana menemui kawasan persinggahan tadi.

Sebagai contoh, kita kecewa kerana gagal memperolehi biasiswa ketika menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Jadi, kekecewaaan tadi adalah sementara (persinggahan), masih ada ruang dan peluang bagi kita untuk mempertingkatkan diri, lalu bergerak ke arah kehendak (destinasi).
Jangan pula disebabkan terleka, kita terus melayan perasaan dan terus mengabaikan harapan yang masih terbentang di hadapan mata.

Tidak kurang juga dengan isu penggunaan masa.
Kita perlu menggunakan masa yang ada dengan jalan terbaik supaya mampu menghasilkan impak kepada diri dan insan lain. Jangan pernah biarkan segalanya terbuang begitu saja.
At least, biarlah meninggalkan kesan serta menunjukkan kita wujud pada waktu itu.
Jangan terlalu leka dengan permainan video game, movies dan hiburan lain yang akan membejatkan kita pada dasar tujuan hidup.





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home