Benarlah kata pepatah...
" Jika takutkan ombak, jangan bina rumah di pantai"
Jika anda takutkan cabaran, jangan berani tampil ke hadapan.
Semuanya Bermula Dengan Perancangan |
Manusia kadangkala terlalu selesa dengan zon mereka hingga tidak mahu untuk KELUAR dan menceburi sesuatu yang berbeza.
Bagi saya pula. Saya seringkala melihat orang lain berketerampilan dan maju selangkah ke hadapan, hadapan dan terus memecut ke hadapan. Saya hanya mampu melihat dan tersenyum.
Never be too Comfort |
Namun, ada suatu ketika terdetik dalam hati kecil ini.
Jika ada orang lain MAMPU, kenapa bukan aku?
Lagi memeritkan adalahh ' Kemampuan dan kredibiliti ' yang ada pada sesetengah orang tadi, tidak disalurkan pada jalan yang betul.
Pada waktu itulah, aku mencabar diri:
" Jika orang sebegini punyai kemampuan untuk berbuat begitu, siapa yang akan menentang mereka?
Apa akan berlaku pada keseimbangan dan nasib orang- orang yang diperdaya dan terpedaya"
Lalu, keputusan diambil...
" JIKA BUKAN AKU SIAPA LAGI? "
Sama ada ' AKU' membuat perubahan atau ' Aku' yang TERPAKSA menerima perubahan....
0 comments:
Post a Comment