Amin Naizar's

Portfolio

Semuanya hanya persinggahan- Jangan Mudah Terleka

Leave a Comment



Artikel ini ditulis adalah peringatan kepada saya dan anda juga secara keseluruhannya.
Apa- apa saja perkara yang berada di muka bumi ini adalah sementara sifatnya, dari kekayaan, kesenangan, kegembiraan dan pelbagai lagi.
Semuanya sementara.

Tahukah kita, apakah resam akan perkara yang 'kejap' dalam hidup ini?
Jawapannya adalah:
-Disayangi sekadar saja, jangan berlebih- lebihan-

Sebagaimana hidup seorang pengembara, dia hanya mengambil apa yang ada tika persinggahannya dengan sekadar saja. Tidak pula perlu terlalu berlama- lama atau menghentikan perjalanannya kerana menemui kawasan persinggahan tadi.

Sebagai contoh, kita kecewa kerana gagal memperolehi biasiswa ketika menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Jadi, kekecewaaan tadi adalah sementara (persinggahan), masih ada ruang dan peluang bagi kita untuk mempertingkatkan diri, lalu bergerak ke arah kehendak (destinasi).
Jangan pula disebabkan terleka, kita terus melayan perasaan dan terus mengabaikan harapan yang masih terbentang di hadapan mata.

Tidak kurang juga dengan isu penggunaan masa.
Kita perlu menggunakan masa yang ada dengan jalan terbaik supaya mampu menghasilkan impak kepada diri dan insan lain. Jangan pernah biarkan segalanya terbuang begitu saja.
At least, biarlah meninggalkan kesan serta menunjukkan kita wujud pada waktu itu.
Jangan terlalu leka dengan permainan video game, movies dan hiburan lain yang akan membejatkan kita pada dasar tujuan hidup.





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: