Amin Naizar's

Portfolio

Sebelum Melafaz Akad Sakinah Part 2

Leave a Comment
Bismillah....

Sebelum Melafaz Akad Sakinah Part 1:

Artikel ini sedikit serius dan lebih berfokus dan terarah kepada golongan muda- mudi zaman kini.
Berkaitan perspektif dan pandangan dalam persediaan ke arah rumah tangga.

Jom Nikah?

Berapa ramai daripada kita yang betul- betul memahami, faham dan mendalami kalimat dan slogan ini.
Saya kira, rata- ratanya mengangguk dan mengiyakan kononnya kita faham.
Persoalan disini, benarkah kita faham ataupun (sebenarnya) buat- buat faham?

Nikah/ Perkahwinan- Bukan Hal Mainan

Semua sedia maklum bahawa ini adalah satu proses transisi daripada bujang kepada bekeluarga, dari single pada berdua dan seterusnya dari satu keluarga menjadi dua keluarga.
Adakah sekadar disitu, atau lebih lagi?
Jawapannya bergantung kepada anda yang melihat perkahwinan itu dari perspektif 'apa' sebenarnya.

Sama ada kita sedari ataupun tidak, masyarakat Melayu (To be specific) sangat excited bila menyentuh isu perkahwinan, Bagi remaja, perkara pertama yang terlintas adalah penyatuan dua jiwa antara 'Aku dan dia' serta menghalalkan ikatan 'couple' yang dijalinkan selama ini.
Sekadar itu.

Lebih Mendalam

Benar apa yang kita fikirkan, perkahwinan umpama tiket yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita dimana mereka boleh bahu membahu menjadi support kepada satu sama lain dan seterusnya mengadun kasih semahunya.
Tetapi, disebalik itu semua tersimpan satu lagi perkara yang lebih penting bernama tanggungjawab:

Tanggungjawab kepada diri sendiri:
'Perbaiki diri anda dan ajaklah orang lain', itulah kata- kata yang sering diungkapkan oleh hukama dalam kitab- kitab lama dimana penekanan 'Perbaiki diri anda' itu diletakkan paling hadapan.
Diri sendiri- Apa yang kita benar- benar faham tentang diri sendiri?

Bayangkan analoginya begini:
Anda merupakan pelajar kolej yang hanya menerima wang PTPTN sebanyak RM1500/ RM3000 / semester dan seterunya perlu membayar pelbagai tuntutan termasuk yuran pengajian, bayaran asrama/ rumah sewa etc. 

1. Dalam masa yang sama, prioriti anda terbahagi menjadi 3/ 4 pecahan:
1. Untuk study
2. Untuk diri sendiri
3. Untuk keluarga
4. Untuk rakan- rakan (bersosial)
Antara semua list keutamaan diatas, yang manakah anda letakkan sebagai first choice?


Study?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BOHONG

Tidak, saya tidak yakin dengan jawapan tersebut.
Kadangkala kita 'hanya' merasakan yang kita utamakan pelajaran.
Tapi cuba kita sama- sama tanya kepada diri..

Siapa yang study last minute?
Siapa yang buka nota hanya bila perkataan exam keluar dari mulut lecturer?
Siapa yang hanya fokus bila final 2, 3 minggu lagi sebelum menjelma?
Siapa yang saban malam menonton movie hingga pagi?
Siapa sebenarnya?

Jika benar yang kita betul mengutamakan pelajaran...
Rasanya minggu pertama kuliah lagi, ulangkaji dimulakan, minggu pertama lagi kita bersungguh seakan esoklah first paper..
So, how?
Masih lagi menyatakan yang pelajaran didahulukan, pencapaian diutamakan?

2. Perbelanjaan kepada diri sendiri:
We still discussing the same topic which really correlate with the first one.

Bagaimana kita menguruskan perbelanjaan sehari- hari, adakah wang pinjaman pengajian yang didapati benar- benar cukup untuk diri kita?
So, RM1500- Biasanya untuk keluarga yang berpendapatan sederhana- Nilai ini adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan selama sebulan jika mereka punyai anak yang sedikit dan seorang isteri.


Jadi sekarang, kita bertanya kepada diri- Adakah wang pinjaman tadi benar- benar kita 'uruskan' dengan bijak hingga boleh bertahan hingga 2/ 3 bulan lamanya?
(Highlight: Hanya kita seorang)
Adakah budget kita ( at least  ) satu hari RM10 saban hari tercapai?

3. Fe'il/ Akhlak:
Kadangkala disebut sebagai adab ataupun sikap.
Bagaimana layanan kita kepada kedua orang tua?
Adakah kita mampu memenuhi semua permintaan mereka yang asalnya memang mampu kita laksanakan.
Adakah kita masih lagi mudah melenting jika ditegur atau disuruh berkali- kali?
Bagaimana tingkah dan bahasa kita ketika bersosial dengan rakan- rakan diluar?
Solat kita berapa tiang agaknya?

4. Pengurusan Diri:
Pernah tak anda menonton video Mat Luthfi bertajuk Drama- drama sebelum nikah?
Jika belum, saya cadangkan anda singgah sekejap dan bergelaklah sepuasnya.
Okay..
So, Paling mudah, bagaimana keadaan bilik anda ketika dan saat ini?
Adakah kemas?
Dan bagaimana pula dengan kehadiran anda ke kelas?
Baju bergosok atau baju 'bersarung' saja?

5. Matang:
Which one do you prefer?
1. Video Game
2. Marathon Movie
3. Futsal all night long ( 3 consecutive days in a row)
4. Hang out ( All day and all night long) (24/7)

Jika anda mampu untuk tidak terasa dengan mana- mana option di atas, tahiah saya ucapkan!
Anda telah 30% bersedia untuk melangkah ke alam pernikahan.
Aiiik! Thi-rty Per--cent jrk?
Yes It is.



Disebalik semua ini
Tiada apa yang salah sebenarnya jika kita sangat excited bila menyentuh hal- hal yang berkaitan dengan perkahwinan.

Seriously. 
Nothing wrong with it.
In fact, it is a brilliant and ingenious thing to say.
It's a sign- We are looking forward for something good.
Something that our religion really encourage us to do.
So, whats the problem?

Saya mohon maaf jika ada yang beranggapan seolah- olah kita mengejar kesempurnaan.
Tidak sama sekali...
Artikel ini lebih untuk peringatan kepada kita semua bahawa perkahwinan itu bukan hanya satu halatuju saja iaitu untuk sweet- sweet dan menghalalkan hubungan antara 2 insan.
Malah, ianya lebih advance dan terkehadapan lagi dari itu semua.

Pernikahan ini realitinya adalah satu 'pintu' yang membawa kita ke satu lagi bahagian hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
- Dugaan yang memerlukan persiapan yang kemas dan kemahiran ala- ala profesional dalam bidang masing- masing.
- Dugaaan yang menuntut kita kuat dan turut menguatkan pasangan kita nanti.
- Dugaan yang memaksa kita menjadi visionary yang boleh mengagak apa yang akan terjadi hasil dari keputusan- yang diputuskan.
- Dugaan yang menuntut kita mejadi qudwah ataupun ikutan kepada legasi kita nanti.
- Dugaan yang akan membotakkan seorang lelaki dari kepala sampai ke buku lalinya.
- Dugaan untuk menerangkan beza antara jahiliyah moden dengan moden sebenar kepada anak- anak kita.
- Dugaan yang mungkin menyebabkan kita tidak mampu tidur malam kerana memikirkannya.
- Dugaan- dugaan lain: Yang kita sendiri boleh fikirkan.

Kawan- kawan...
Ramai yang melaungkan Baitul Muslim tanpa memahami apakah erti sebenar akan baitul muslim itu sendiri.
Maaf! Saya sendiri mungkin bukan ahli dalam menerangkannya.
Namun,...
Percayalah!
Baitul Muslim telah bermula saat kita belum melafazkan akad sakinah itu lagi.
Ia bermula dengan pembinaan diri kita dalam melampiaskannya kepada generasi muslim seterusnya.

Generasi kita?
Insha Allah

Sekian.

Footnote:
Baitul Muslim












Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: