Amin Naizar's

Portfolio

Sweet Coincidence

Leave a Comment
Sweet?

To be honest- Tak adalah sweet sangat pun..
Just tertarik dengan perwatakan seorang hamba Allah yang terjumpa secara coincidentally..

Bismillah...

Aku bergerak pulang selepas membeli diari Anna Frank berkenaan tragedi Holocaust di Holland.
Setelah membayar not RM 20 dan dipulangkan baki  RM 6, aku segera bergerak ke escalator sambil menuruni tingkat 3A ke tingkat 3 berdekatan dengan Tanjung Mas Bookstore. Keramahan akak cashier di Popular masih lagi bermain- main di fikiranku dan boleh dibezakan dengan layanan diberi oleh Ah Moy di Tanjong Mas- Ucapan terima kasih pun tidak dilafazkan olehnya.

Aku yg mengenakan sweater Adidas pink lusuh bersama worn out jeans turut menyandang  beg hijau kegemaran milik adik- Fariq Fitri. Entah mengapa, aku tergerak untuk menggunakan lif dan menunggu dengan penuh sabar.

'TING TONG'
Pintu elevator terbuka dan kelihatan dua orang wanita berada di dalamnya- Seorang muda dan seorang lagi telah lanjut usianya. Mereka masing- masing memegang troli kanak- kanak yang menjadikan jumlah penumpang didalam lif tersebut seramai 4 orang. Nenek tua tadi terus keluar dan tidak semena- mena bertanya soalan
- 'Adik, mana ya nak beli barang dapur?'
Aku terdiam seketika and trying to regain my composure.,
Dengan muka selamba, aku membalas- ' Barang dapur dekat The Store cik, sini Wetex'.
(The Store & Wetex Parade Adalah Pusat Mebeli belah dalam bangunan yang sama)
Nenek tersebut memandang tepat ke anak mata aku dan terus menyambung,
' Ooh.. la, taktahu pulak mana the store, mane Wetex, jadi, dekat tingkat berapa ye?'
' Hmmmm....'
Selepas 8 saat- Aku membalaz:
"Rasanya dekat tingkat 2, Eehh.. dekat tingkat 3"
Tanpa berlengah, si nenek terus keluar dari lif dan terlihatlah anak gadisnya yg tersembunyi dari pandangan.
Dia memakai tudung bawal berwarna merah dan tangan kirinya sedang memegang erat kerusi tolak kanak- kanak.
Manakala, tangan kanannya mengenggam coklat Carburry dalam flavour yg aku tidak kenalpasti.
Dia mengenakan senyuman yg sangat menawan sebagaimana maknya (I assume) yg bertanya tadi.
At that moment, I said to myself:
"I LIKE THIS GIRL".
Dia mengusung keluar kerusi tolak tersebut dan mengekor nenek yg telah bergerak 3 langkah dihadapannya.
Sebelum kami bertembung

- Aku ke arah lif dan dia ke arah yg bertentangan-

Dia sempat berpaling dan menghulurkan coklat Cardburry tadi kepada aku,
"Terima Kasih... Haa.., nak coklat sikit tak?"
Aku terkesima dan terkedu..
Ooh.., memang tak dijangka- Ade lagi org yg sangat peramah dalam dunia sekarang
" Eeehh.., tak.. takpa"
Balasku.

Memang tak dinafikan yg dia sebenarnya hanya berbahasa- Mustahil seorang perempuan hendak memberi  makannnya yg telah dijamah kepada anonymous- But, i'm slightly chuckle and find it quite humorous d/t her character- Charming character.
Started from that moment, i said to myself:
"I want to implement the very same behavior to myself"
Because?
Simply because I love it.
I love people smile and the peace I gained from it.
And I truthly believe, everyone feels the same way-
No matter who are smilling at them.
As long as:
They smile.... 


:-)

P/s: At the end of story, aku balik rumah dan tanya kpd ibu-
"Ibu., ibu- Dekat mane ye barang dapur dalam The Store- Tingkat 3 ke 2"?
Ibu pun menjawab:
" Tingkat 1 lah Amin"
Aku terdiam seketika- Trying to digest..
" Yalah., barang- barang dapur macam minyak masak, sayur., gula tu kan?"- Ibu aku menyambung.
" Oooohhhh"
Baru teringat- Yg terbayang di minda aku pada waktu tersebut adalah kabinet- kabinet dapur dan seangkatan dengannya.
Langsung tak terfikir berkenaan barang- barang memasak..
Eeerrmmm..
Kesian nenek dengan gadis tadi....




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: