Amin Naizar's

Portfolio

Senario di kampus

Leave a Comment
Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.t.h




Hari nie, saya ingin berkongsi sikit 'bittersweet' memories selepas 2 1/2 tahun menjadi pelajar universiti.
To be honest, nothing to be proud- When you're so called as scholar at local IPT after finish up your secondary school.

Perkongsian kali ini berkaitan senario yg biasa kita lihat di mana- mana kampus pun.

To some, especially kpd lepasan sekolah agama, mereka boleh diserang sindrom yg saya namakan sebagai 'culture shock'.
Al maklum, masa di sekolah dulu, pandang perempuan pun, orang belakang marah- Tapi di sini semuanya perlu sendiri.
Jaga 'ikhtlat' sendiri dan for sure tiada warden atau kawan- kawan 'sekopiah' yang nak ingatkan kita bila terlupa.

Okay, to make it easy..
Let me make a list to all of you.

Here it goes..

Jap.. jap.,
Macam skema sangat artikel nie..
Okay, kita ambil dari angle yg sikit rare dari biasa.


SENARIO DI KAMPUS


What The....

1. Bodek Lecturer:
Tak perlu cakap banyak.
Semua orang boleh nampak.


2. Bersungguh- sungguh:
Especially yg kaki game. Kita boleh nampak betapa bersungguh- sungguhnya gamers nie sampai sanggup stay up dan tak tidur malam.
Korang akan tahu macam- macam latest info berkaitan dan 4 sure akan dengar orang tergelak barai sampai pukul 3 pagi.
So, esok pagi pun boleh agak siape yg terlepas ke kuliah.
Eeer..

3. Movie, movie, movie:
Nothing weird if they know all D latest movie and can rate to every single of it.
Sebenarnya bergantung juga pada access jaringan ataupun capaian internet di kampus/ kolej kediaman.
Kalau ada satu Hard Disk yg khas untuk movie pun tak perlu heran sangatlah.

4. Romeo & Juliet
Kalau dulu, kita boleh menangis dan terkesima dengan karya William Shakespeare.
Tapi sekarang kita boleh termuntah hijau dengan gelagat cintan cintun depan mata nie.
Its not, I'm saying all of them are irritating.
But, at some part yg memanglah tak boleh nak elak dari babak- babak macam tu.
Nasiblah my classmate takde yg macam nie.

5. Nasi Bujang
Seriuslah..,
Masa sekolah dulu langsung tak tahu erti berjimat sampailah masuk ke temapt kita kena berdikari nie.

For sure, saya sendiri rasakan yang duit memang macam air. 
Bila dia lalu memanglah nampak dan boleh rasa, but then kita pun tak tahu ke mana perginya.
Tiba- tiba check baki dah habis dah.
So, jangan terkejut kalau student lelaki tahu macam- macam port kedai yang murah/ budget.
Yg perempuan selalunya makan maggi ataupun ikat perut sambil tengok movie Korea?
Betul tak?




Okay...
Semoga berjumpa dalam artikel seterusnya...

Bye..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: