Amin Naizar's

Portfolio

Top 5-Orang Terkaya Di Dunia

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim...,

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian.Setelah beberapa entri aku berkisarkan tentang sensitiviti genderisme saja,sekarang aku nak buat sedikit kelainan dengan memasukkan tajuk

"5 Orang Terkaya Di Dunia"

Kalau dulu,korang mesti selalu dengar orang cakap yang pencipta software Microsoft™  iaitu Bill Gates merupakan insan/manusia terkaya di dunia sehingggakan ada yang kata bahawa harta beliau mampu membeli Malaysia serta beberapa negara Asia yang lain.Selain dari income yang dianggarkan mencecah US$250 SESAAT ,US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun, beliau juga mampu untuk menjana US$1.000 dalam masa 4 saat sahaja.Bayangkanlah betapa kayanya Bill Gates nie.Kalau nak maklumat lanjut,tekan link nie Fakta Bill Gates.

TAPI....

Itu fakta lapuklah,sekarang dah ada seorang lagi LELAKI yang telah melangkaui kekayaan milik Bill Gates iaitu:

1.Carlos Slim Helu & family
Carlos Slim Helu
Carlos merupakan pencipta telecom (Kad Sim Macam Hotlink),dengan USAHANYA SENDIRI.Sekarang beliau memegang gelaran Pengerusi dalam Organisasi Telmexnya.Dengan mempunyai aset sebanyak $74B ke atas,beliau telah menduduki tempat pertama dalam carta orang terkaya di Mexico serta tempat pertama juga dalam carta orang terkaya di  dunia.Walaupun begitu,duda ini tidaklah terlalu berpengaruh kerana hanya merangkul tempat ke-21 dalam carta manusia paling berkuasa/berpengaruh dalam peringkat global.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

Salary 2009-$288,000

Net Worth Over Time
2011-$74 B
2010-$53.5 B
2009-$35 B
2008-$60 B
2007-$49 B
2006-$30 B
2005-$23.8 B
2004-$13.9 B
2003-$7.4 B
2002-$11.5 B


2.Bill Gates

Bill Gates

Walaupun berumur 55 tahun,beliau mampu mengekalkan kekayaannya berkat dari syarikat gergasi Microsoft™.
Sebab mengapa jutawan ini menduduki tempat ke-2,mungkin kerana perjanjian yang telah ditandatanganinya bersama dengan hampir 60 orang terkaya dunia untuk menyumbangkan majoriti dari harta mereka untuk badan amal,selama mereka hidup atau selepas mati.Beliau tidak lagi diklasifikasikan sebagai orang TERkaya di dunia kerana telah menyumbangkan $30000000000 ($30 b) ke yayasannya "The Gates Foundation".Badan ini merupakan badan kebajikan yang amat berpengaruh.Mungkin disebabkan inilah beliau menduduki tempat pertama dalam carta orang paling berpengaruh serta tempat pertama dalam  "Forbes 400".
Jumlah hartanya sekarang ialah lebih dari  $56 B.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

Salary 2009-$800,000

Net Worth Over Time
2011-$56 B
2010-$53 B
2009-$40 B
2008-$58 B
2007-$56 B
2006-$50 B
2005-$46.5 B
2004-$46.6 B
2003-$40.7 B
2002-$52.8 B


3.Warren Buffett
Warren Buffett
Beliau juga merupakan salah seorang daripada jutawan yang menandatangani perjanjian yang hampir sama seperti Bill Gates.Walaupun telah berusia 80 tahun,namun,beliau masih lagi memburu kekayaan apabila masih lagi memegang jawatan CEO dalam organisasi  Berkshire Hathawaynya.Pelabur yang berada di tempat ke 33 dalam carta orang paling berpengaruh di dunia ini,hanya mempunyai 3 orang anak sahaja dengan memegang status,duda kahwin semula (Bercerai kemudian,kahwin baru).Kini hartanya ialah $50 b ke atas.

Nie ialah statistik keuntungan beliau:

MONEY

Berkshire Hathaway Assets
$349.2 B
Total Compensation 2009-$175,000
Salary-$100,000
Other Compensation -$75,000

Net Worth Over Time
2011-$50 B
2010-$47 B
2009-$37 B
2008-$62 B
2007-$52 B
2006-$42 B
2005-$44 B
2004-$42.9 B
2003-$30.5 B
2002-$35 B
  
4.Bernand Arnault
Bernard Arnault
Aset yang bernilai lebih $41 b langsung tidak mematahkan usaha beliau untuk terus menyandang  jawatan Chairman dalam  organisasi Louis Vuitton Moet Hennessy (LVMH).Insan yang tinggal di Perancis ini telah menduduki tempat ke-43 dalam orang paling berpengaruh di dunia.Beliau juga memiliki saham dalam French retailer Carrefour dan French tour operator Go Voyages.
Nie ialah Statistik keuntungan beliau:

Net Worth Over Time
2011-$41 B
2010-$27.5 B
2009-$16.5 B
2008-$25.5 B
2007-$26 B
2006-$21.5 B
2005-$17 B
2004-$12.2 B
2003-$6.7 B
2002-$7 B

5.Larry Ellison
Larry Ellison
Memiliki keuntungan sebanyak $39.5b dalam perusahaan perisian.Beliau telah mendapat kejayaan besar apabila berjaya mendapat keuntungan sebanyak $11.5 lebih besar berbanding tahun lalu.Beliau memiliki 2 orang anak dan mendapat tempat ke-3 dalam 400 Forbes serta memegang status Bercerai.Berikut ialah status keuntungan beliau:

Net Worth Over Time
2011-$39.5 B
2010-$28 B
2009-$22.5 B
2008-$25 B
2007-$21.5 B
2006-$16 B
2005-$18.4 B
2004-$18.7 B
2003-$16.6 B
2002-$23.5 B

P/S:Untuk pengetahuan semua,list yang aku sediakan nie,adalah yang paling latest dari www.forbes.com iaitu pada tahun ini (2011).Kalau nak tau lebih lagi,click-www.forbes.com


(Ahaha..,post kali nie,aku tulis gaya formal,maklumlah orang terkaye D Dunie ,salah taip nanti,aku kena saman pulak..,kih3) 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

Shazrizal Shahmy said...

bapakkkk dia rrr....kaya beb....wahai bill gate (bil pagar)....kasik aku sejuta cukup rr...nk dbandingkan dgn duit ko mcm gunung everest tuu..

Shazrizal Shahmy said...

bayangkan kalau dia mati....duit tu nak sumbat mana...sumbat kat poket aku sikit...

Shazrizal Shahmy said...

sapa kawin ngan anak dia mesti ada cangkul sendiri kan....korekkk duit...haha

Amin Naizar said...

ahaha..,sbt duet..,idup ko..,(grau2)

Shazrizal Shahmy said...

sbt tu apa???takkk pahamm

Amin Naizar said...

Sebutlahh..,haha (^_^)