Bismillah.
Jika mereka tanya kepada aku apakah tanggungjawab aku sekarang, jawapan aku adalah belajar untuk hidup dan master my art- Career as ...
Dan samada kita mahu atau tidak mahu sebenarnya kita dikejar oleh tanggungjawab 24/7. Dan walaupun kita buat- buat tak tahu dengan tanggungjawab kita, realitinya- Kita hanya menipu diri sendiri.
Jika kita lari dari tanggungjawab, tanggungjawab itu yang akan menuntut haknya dari kita.
Persoalannya adakah kita mempersiapkan diri ataupun tidak?
Scenario:
Aku sebagai seorang remaja adalah bertanggungjawab untuk mencari pekerjaan yang halal, baik dan berkat.
Jika aku malaz atau menunggu kerja yang mencari aku, kesannya adalah tiada mata pencarian dan menjadi bebanan kepada ibu bapa. Lebih buruk, resume aku akan lompong dan lebih sukar pula mencari pekerjaan- Padahal aku perlu bekerja. Betul tak?
Jangan ingat yang kita dapat bersenang lenang sekarang dan masa tua nanti tanggungjawab kita akan berkurangan. Realitinya tidak begitu.
Bila sudah berkahwin dan mempunyai anak- anak. Mereka memerlukan bimbingan dan dorongan daripada kita. Jika kita lari dari itu, mereka akan membesar sebagai seorang yang rebellious dan kita sendiri yang sakit. Mereka akan menuntut perhatian dan kasih sayang kita dengan cara yang lebih dasyat.
Jika dulu kita hanya perlu peluk dan cakap elok- elok. Sekarang percakapan saja tidak cukup, perlu disertai dengan jeritan dan makian (kerana sakit hati).
Benarlah kata orang- orang tua.
Apabila hati telah jauh, duduk sejengkal terasa bagai sebatu- Terjerit sana sini dibandingkan apabila hati dekat, berbisik pun boleh dengar.
All in all, aku nak cakap yang tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana itulah kita- Manusia.
Terlalu banyak hak yang perlu diberi.
Tanggungjawab perlu diurus secara baik dan janganlah kita mengambil mudah akannya.
Semoga Allah memberkati kita semua.
Biidznillah.
0 comments:
Post a Comment