Ceritanya bermula disini...
Entah mengapa, walaupun sekarang telah menginjak Bulan Disember, cuaca di Bandaraya masih lagi tenang dan tiada sebarang petunjuk yang menyatakan hujan akan turun dalam waktu terdekat.
Aku segera mencapai Sweater yang tersangkut di rak baju dekat ruang tamu dan berdesup laju ke pacuan empat roda milik ayah.
Umur aku kini telah mencapai 19 tahun dan dengan bangganya lesen P telahpun aku miliki.
Jadi memandu bukanlah satu hal yang besar bagiku. ..
.. Aku meluangkan masa berjalan- jalan di shopping Complex untuk mencari bahan bagi menyempurnakan resepi moist coklat ciptaan sendiri.
Ketika On The Way pulang dan melalui tangga ke parking underground, tiba- tiba saja ada suara misteri menerpa dari jauh...
Intonasinya sangat indah terutama pada penekanan 'H, E dan Y'
" Hye! Johar...."
Kim Lee, tiba- tiba saja nama itu terlintas di pemikiran dan benak hati.
Choy Kim Lee, mantan headgirl sekolah yang acap kali berhujah tentang status Quo bumiputera berbanding non- bumi dalam perhimpunan mingguan.
Dan aku yakin, itu adalah suaranya.
----------------------------------------------------------------------
Niatku untuk pulang terus ditangguhkan dek kerana gembiranya aku dengan pertemuan yang langsung tidak dijangka ini.
Aku mengubah haluan dan terus mengajaknya singgah sebentar di Starbuck untuk berbual- bual dan berkongsi cerita selepas 2 tahun kami meninggalkan alam persekolahan.
Sejujurnya, aku bukanlah pelajar yang terkenal di sana, bahkan punyai rekod yang kurang bersih.
Namun, Kim Lee satu- satunya insan yang melayan aku secara Fair & Square tanpa terpengaruh dengan mana- mana propaganda team Mak Jemah.
Kami duduk di sudut paling hujung mendepani pintu masuk ke franchise terkenal di ibu kota ini.
Wajahnya masih lagi flawless seperti dulu, bahkan hidungnya kelihatan sedikit mancung berbanding sebelumnya.
But most importantly, She still wearing the same glasses to compliment her small slinted eyes.
Seperti biasa, senyuman langsung tidak lekang dari wajah yang ceria itu.
Aku pun turut menzahirkan kegirangan hasil kegembiraan yang dipamerkan olehnya.
Kedua- dua kami memesan Kopi Espresso bersama Latte serta White Milk Cofee sebagaimana kebiasaan.
"Sungguh, Kim merupakan Kim yang sama seperti 2 tahun yg lepas"
Aku memulakan perbicaraan dan mencari- cari topik yang sesuai.,
" So, you alone ke today?"
" I can't see Koh anywhere"
KOH. Nama yang kurasa sangat pahit di lidah dan entah mengapa, memori silam itu terbuka kembali.
Memori yang tidak akan aku lupakan sampai mati.
Bukan kerana dendam atau sakit di hati tetapi asbab kecewa dan terkilannya aku pada gadis bermata bundar itu.
Kim memulakan bicara...
Setiap patah perkataannya aku cuba hayati.,
Rupa- rupanya dia bercerita tentang satu lagi sisi dari kisah itu..
Kisah yang aku telah tutup dan kusimpan mati.
Dan kini...
Ia terbuka kembali....
Kisah Koh si pencuri hati.....
Bersambung Part 2....
1 comments:
Waiting for koh si pencuri hati part 2 mr. amin..😊
Post a Comment