Alhamdulillah,
Benarlah nasihat daripada ibu saya kepada anaknya yang seringkali gundah gelana ini,
Katanya:
" Kalau rasa gelisah atau bermasalah, berbaliklah pada agama"
Agama adalah jalan penyelesaian bagi semua konflik serta polemik termasuklah masalah sosial, jiwa mahupun pembelajaran.
Allah telah menyuluh jalan keluar serta memberi harapan baru kepada hamba yang tersungkur di lorong gelap- gelita ini.
Sejujurnya, saya tidak ingin ceritakan masalah yang membelengu ini kepada sesiapa pun termasuklah kawan baik sendiri..
But still..,
I gonna tell you here:
Hahaha..
Peristiwa Memalukan
Sebagai ahli majlis perwakilan pelajar yang memegang portfolio Exco Kolej Kediaman & Petempatan Luar. Saya telah dijemput sebagai VIP bagi menggantikan tuan presiden yang sibuk membentangkan isu hak asasi manusia di Jakarta.
Walaupun melakukan persediaan yang serba cukup- Saya kelihatan sangat awkward di pentas, terutamanya ketika majlis penyampaian hadiah.
Akibat dari ini, saya merasakan seolah telah memalukan diri terutamanya dif- dif kehormat pada malam tersebut adalah TNC HEPA sendiri.
Saya diserang perasaan malu yang tersangat.
Tidak tahu dimana hendak disorokkan mukaku ini.
'Rasanya' cuma Allah S..W.T saja yang tahu.
I'm isolate myself in the room for the whole day dan cuba mengelakkan diri dari bergaul dengan orang lain.
Jalan Keluar
Rasa stress dan disappointment seolah menyerang ke segenap penjuru diri sehinggalah Allah swt menggerakkan saya untuk membaca sebuah buku agama yang bertajuk Ghayyir Nafsaka/ perubahan diri karya Amru Khalid.
Entah mengapa, masalah yang dirasakan berat ini seolah hilang bebanannya serta menjadi kecil with so abruptly.
Hidup ini diselubungi dengan banyak perkara menarik dan saya ingin fokuskan fikiran pada hal sekecil ini?
I laugh and chuckle at the same time.
What a waste.
Agree |
Pengajaran:
1. Jangan memberi harapan yang terlalu besar:
Jika kita memikirkan perkara yang besar tetapi realiti adalah sebaliknya, tahap kekecewaan pasti berganda dari biasa. Tidak salah jika expect something big on your way of life but if that's gonna make you feel terrible and suffocated intensely- better not to do so.
Kenalilah diri anda sendiri
2. Berjuang dan bukan berserah:
Perbezaan antara perjuangan serta surrender adalah amat ketara cuma sometimes kita gagal membezakan keduanya. Sekadar lakukan atau buat dengan bersungguh- sungguh?
Kita yang tentukan hasilnya.
3. Berfikir secara positif but not too complicated:
Sejujurnya, saya memang insan yang terlalu complicated serta negatively mindset on some occasion. Unfortunately, this bad attitude occurs during this MKK's program.
What a shame!- I said.
Cuba sama- sama kita bayangkan segala usaha keras yang dilakukan bakal menjadi abu serta debu if we're the negative thinkers. Kita sebenarnya bukan membina tetapi sedang menjatuhkan- Membuatkan diri sendiri rasa teruk serta menjatuhkan self- esteem for sure.
MY PEACE OF MIND FOR YA! THINK POSITIVELY
4. Rasa susah? Tiada masa untuk itu:
Pernahkah anda mendengar kata- kata bijak pandai
" Jika anda berjalan dengan kaki, ingatlah masih ada orang yang tiada kaki".
Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah sebaliknya jadikan diri orang yang bersyukur kepada- Nya.
Dia tidak akan membiarkan kita lalui kehidupan yang sukar ini tanpa menyediakan 'guide' terhadapnya.
Allah hanya berikan ujian yang semestinya mampu kita tangani, malah mendapat dua kali kredit (Satu kemashalatan di dunia dan satu lagi pahala untuk akhirat) ZERO LOSS.
Tidakkah kita rasa betapa beruntungya menjadi manusia?Katakanlah, kita gagal laksanakan apa yang dirancang but at least kita dapat pengajaran serta ganjaran kebaikan daripada- Nya.
5. Allah satu- satunya sandaran:
Saya teringat satu ungkapan yang bunyinya lebih kurang begini:
" Jika satu dunia hendak berbuat aniaya kepada kamu tetapi Allah Yang Satu tidak mengizinkan- PASTI tiada apa yang akan berlaku
6. " Feels the blame equivalently:
Ada sesetengah orang menyatakan bahawa kita patut rasa bersalah pada setiap kesalahan.
Yup! that's true but not too applicable.
Kita hanyalah manusia biasa yang tidak mampu menanggung segala perkara seorang diri.
Jangan rasakan kitalah punca segalanya tetapi salahkan juga orang- orang sekeliling
Kita ada salah kita dan mereka ada salah mereka.
Kita semua manusia dan membuat kesalahan bukanlah lari dari norma kebiasaan.
7. What we thought mostly are not the truth:
Jangan mudah membuat judgement awal terhadap sebarang hal atau isu. Secara tidak langsung kita akan menutup kebenaran dan menyusahkan diri sendiri.
Sebagai contoh, bukan semua professor itu bijak dalam bidang mereka- Ada juga beberapa perkara yang mereka terlepas pandang atau tidak diketahui.
Sebagaimana yang saya katakan tadi,
When you expect more, you suffer more.
Semoga peristiwa yang berlaku kepada saya ini mampu menjadi pengajaran kepada anda semua.
Percayalah.., kelemahan orang lain boleh menjadi kelebihan/ motivasi bagi diri kita sendiri.
Kuncinya? Berfikirlah secara positif.
Semoga bertemu lagi dalam artikel seterusnya...
Salam muhibbah dan salam perubahan...
4 comments:
its okey... Belajar dari kesilapan. Kalau kau xde pengalaman macam tu sampai bila nak improve diri. Buang je perasaan "APA ORANG KATA".
saya pun ada rasa down.. bakat saya, cita2 saya lain dri apa yg saya ceburi kat Univ. ni.. saya rasa dah xlarat nk teruskan.. boleh bg motivasi pd ambe?
Kalau awak dah masuk dalam satu- satu bidang. Better awak habiskan sebab tak semestinya apa yang kita rasa kita tak minat or tak nak tu bende yg x baguz pada realitinya.
Sometimes, sebab pengalaman kita yang nielah jadi penolak untuk maju di masa depan nanti.
Bila kata dah berada dalam sesuatu bidang.Take it seriously and lepas habis baru fikir next step apa& apa..
Juz my opinionla..
Harap membantu :-)
terima kasih :) nak tanya amin naizar ni student mana? pernah tak rasa macam ni? Amin Naizar macam student berpangkat di univ.
Post a Comment