Amin Naizar's

Portfolio

Ketua perlu memahami...

Leave a Comment
Hujan yg lebat


Hujan lebat membasahi bumi.
Ribut menghembus sangsakala dengan begitu kuat lagi dasyat.
Nasib saja negara ini beriklim khatulistiwa,
Jika tidak,
Mungkin puting beliung telah melepaskan badainya.

Dari tadi hingga kini, aku asyik mundar mandir memikirkan betapa teruknya diri ini.
Seolah- olah tersenyum atas kesengsaraan orang lain.
Aku yang seharusnya melakukan tugas itu telah berlepas tangan dan membiarkan insan lain terpaksa menanggunggnya.
Apa jenis ketuakah diri ini?
Ketua sekadar nama, bukan pada perawakan, karisma serta tatatusila.
Aku rasa teruk dan hina sekali.

Tam! Bam!
Kilat sambar menyambar menjadikan hujan yang sedia lebat semakin menggila.
Kegusaranku bertingkat- tingkat.
Jantungku mengepam dengan semakin laju.
Segala- galanya menjadi berkali ganda.
Aku risau, aku tidak tenang.
Mengapa begini?
Benarkah aku tersenyum dengan kesengsaraan mereka?
Begitukah?

Cuba renungkan kisahku dan kau berhak mengadilinya

Aku merupakan Presiden baru bagi sebuah kelab rasmi Universiti. Kami ditugaskan untuk membantu ahli senior menghadiri sebuah seminar di UiTM.
Seminar yang telah dihebahkan hampir dua bulan lalu itu, tiba- tiba saja menjadi caca marba angkara ahli- ahli lama yang kurang peka dengan kerja mereka.
Jadi, kami selaku Exco baru terpaksa menyelesaikan 'warisan unsettled' mereka hingga mencapai kata penamat.

Aku yang seharusnya melakukan tugas sebagai presiden seolah- olah lepas tangan kerana menyedari ada lagi orang bawahan yang boleh diberikan kerja.
Tidak tahulah, apa sebenarnya yang dibayangkan pada benakku ketika itu.
Pekerjaan presiden hanya bergoyang kakikah?
Mengarah itu dan ini?

Segala- galanya baik sehinggalah ribut melanda bersama hujan yang begitu lebat.
Hatiku tiba- tiba berbisik..,

" What are you doing? "
" It's raining cat and dog out there and you just sitting here. Doing nothing?! "
" What kind of leader are you? When your friend are working hard for your organisation but you- Do nothing?"

Kerisauan melanda, keadaan huru hara dalam perbincangan bersama penasihat tadi semakin menambahkan resahku pada petang itu.
Aku risau. Selamatkah si dia di luar sana?
Bersama badai cuaca yang luar biasa.
Aku risau dan terus risau.






Aku cuba untuk menghubunyinya berkali- kali dan memanjatkan doa kepada Allah SWT, biar dia selamat menjalankan tugasnya.
Jika takdir tidak menyebelahi, mungkin akulah orang yang paling diburu rasa bersalah.
Semoga Tuhan menyelamatkannya serta mengampuni kealpaanku.

Hahhh!!
Keluhan berat dilepaskan.
Dalam samar- samar cahaya, tiba- tiba susuk tubuh itu muncul di hadapan.
Segeraku palingkan wajah dan memanjatkan syukur kepada- Nya.

Walaupun dipalit kebasahan dan sedikit lumpur kekotoran.
Dia masih mampu tersenyum.
Sungguh!
Aku terharu dan mengalirkan air mata.
Manusia itu pelbagai ragamnya dan aku bersyukur kerana mendapat jenis yang baik lagi bersabar.

Langsung dia menghulurkan sampul itu kepadaku.
Ku sambut erat dan kurapatkan ke dada- Bukan kerana isinya, tapi berkaitan pengorbanan untuk meraihnya.

Sejak hari itu, aku berazam untuk menjadi ketua yang baik serta adil dalam setiap keputusan yang digapai.

Ketua- Kadangkala tidak perlu melalakukan apa- apa.
Namun, untuk menyeimbangkan itu..,
Dia diamanahkan kata putus bagi setiap perkara dari sekecil- kecil hinggalah yang paling besar.
Ideanya adalah tugasan kendiri yang mengganti jenis tugas ahli- ahli yang lain.

Belajar dari kesilapan












Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: