Pada kali ini, saya akan menulis artikel tentang:
" Susah Dapat Kerja?"
Dilema Kerja si pocong. :-) |
Ya! Tajuk yang memang retorik. Tetapi, percaya atau tidak, itu adalah fakta yang memang tak dapat disangkal oleh semua warga Malaysia kini.
Sejak bermulanya cuti semester yang lalu, saya sendiri terpaksa ' struggle' untuk mendapatkan pekerjaan sebelum masuk semula ke Universiti. Walaupun cuti yang diberi hanya 2 bulan, tempoh waktu tersebut sangat kritikal bagi mahasiswa- mahasiswa yang kegawatan ekonomi.
Maklumlah, yuran saja mencecah RM1000 dan ke atas, ditambah dengan tuntutan makan, minum malah alatan- alatan keperluan, PTPTN seolah- olah tidak mencukupi bagi kami.
Jadi, dalam kesempatan ' holiday' beginilah harus digunakan sebaik mungkin bagi mencukupkan apa yang bakal kurang nanti.
Persoalannya, mengapa majikan sangat sukar hendak mengambil pekerja?
Sejujurnya, saya telah meluangkan hampir 3 hari untuk mendapatkan pekerjaan, namun satu panggilan pun belum diterima.
Disebabkan itulah, saya tergerak untuk menghasilkan ' post' kali ini.
Maaf, tiada jawatan kosong.
1. Majikan telah cukup pekerja?
Ya! Benar, majikan telah memenuhkan kuota pekerja mereka.
2. Kalau begitu, bagaimana pula berlakunya, 'pengangguran' jika semuanya telah bekerja?
Untuk pengetahuan anda, Malaysia adalah negara yang belum lagi mencapai kapasiti- Penduduk Berlebihan ( Overpopulation), sebaliknya kita diklasifikasikan sebagai negara berpenduduk optimum.
Statistik Jabatan Imigresen, sehingga Mac 2013 terdapat 1.5 juta pendatang asing yang memegang pas lawatan kerja sementara , sementara statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), sehingga Ogos 2012 terdapat 1.3 juta pekerja pendatang tanpa izin berada di Malaysia .
Yup! Fakta di ataslah yang menyumbang pada berlakunya 'gejala' tiada kerja ini.
Usaha kerajaan untuk membendung ketiadaan pekerja suatu ketika dahulu tidak diselarikan dengan bergeraknya kita dari tahun ke tahun. Hasilnya? Pekerja asing bekerja, orang kita pula yang 'menanam anggur' di tanah sendiri.
3. Terlalu memilih?
Tidak dinafikan bahawa sindrom yang melanda warga Malaysia adalah terlalu cerewet dalam membuat pilihan pekerjaan. Mungkin sebahagiannya adalah tidak relevan dan patut dikaji semula.
Sebahagiannya lagi mempunyai sebab yang munasabah seperti:
- Waktu solat tidak diperuntukkan oleh majikan.
- Gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan.
- Jarak yang jauh dari rumah.
4. Ragam daripada pekerja yang pernah bekerja.
Sekadar memberi kebarangkalian.
Apabila melihat betapa teruknya sikap pekerja mereka sebelum ini, majikan menjadi serik dan melabel pekerja tempatan dengan pelbagai tohmahan dan kritikan.
Realitinya, pekerja kita diberi banyak pilihan dibanding dengan ' warga asing' yang terikat dengan kontrak perjanjian.
5. Gagal ' Interview'
Kerja apa pun, semua ada interview. |
Ingat! Kalau yang nak bekerja dua bulan, janganlah disebut 2 bulan. Senyap- senyaplah berhenti nanti.
Jika anda takut menipu, fikirkanlah tentang ' trick' atau helah terbaik untuk berjaya dalam temuduga.
Contoh:
Q: Apa yang menyebabkan anda berhenti kerja di tempat lama?
A: Ohh! Sebab saya dapat tawaran kerja yang lebih menguntungkan
( Iaitu belajar- ( Pelajar kerja/ tugasnya adalah belajar) yang pasti menjana ' income' yang lebih dibandingkan kerja lama)
Jadi, apabila semuanya bermasalah- Pekerja tempatan dijadikan ' Soft target' manakala, pengambilan pekerja luar adalah ' Shortcut' paling mudah.
Hasilnya, kitalah yang merana :-( |
0 comments:
Post a Comment