Blog Sesawang. |
" Apabila Blog Anda Bersawang"
Mungkin ini adalah tajuk yang paling sesuai dengan blog ini setelah hampir 3 bulan (dan lebih) tidak dikemaskini. Setelah difikir- fikir, apakah pengisian yang paling sesuai- Ditakdirkan saya terjumpa diari 2 tahun yang lalu.
Tarikh dan waktu yang sama sebagaimana hari ini, cuma sedikit perbezaan pada tahun yang dinyatakan.
April 7th 2012-
Inilah tarikh dimana aku dan rakan sekolah yang lain bergerak ke SBPI Selandar bagi menghadiri ' Immersion' dalam subjek Sejarah. Batch kami semuanya berjumlah 144 orang, namun bilangan yang hadir pada kali ini nyata berkurang, memandangkan sebahagian mereka terlibat dengan ' Program Kecemerlangan' lain di Desaru ( 40 orang highest achievers + Hicom batch kami).
Percaya atau tidak, sesuatu yang anda langsung tidak hargai suatu waktu dulu akan bertukar harganya seakan intan dan permata.Segala yang berlaku disebabkan ' nilai' memori serta pengalaman seiringan dengan pantasnya masa meninggalkan kita semua.
Sungguh!
Sebak juga apabila merenung kembali kisah lalu dan menafsir kembali ' bittersweet' bersama kawan- kawan zaman sekolah dahulu.
Kepada sesiapa yang masih belum punyai diari ataupun jurnal diri- Saya cadangkan, cubalah walau satu catatan. Selepas waktu berlalu, luangkan waktu dan bacalah semula luahan ' anda yang dulu'.
Percayalah, pasti perasaan sebak dan rindu akan merundung anda di saat itu.
Jomlah Try Kawan- kawan! :-) |
Tak percaya?
Cubalah dulu & rasai.
0 comments:
Post a Comment