Hari nie adalah hari yang agak gile bagi aku, disebabkan 2 post pada hari yang sama- Jelas, melanggar prinsip sebagai seorang blogger.
Apa yang kita faham tentang impian?
Bagaimana pula dengan angan- angan?
Apa garis pemisah atau ' boundry' yang menentukan antara impian dan angan- angan.
Jawapannya amat mudah, mari kita telusurinya satu per satu.
Angan- angan- Apa saja idea atau perkara ' hebat' yang terlintas dalam fikiran anda. Isteri cantik, rumah besar ataupun berbulan madu bersama 'artis- artis' Korea. Tidak kurang juga, ada yang BERANGAN mahu mengecap kejayaan tanpa usaha keras.
Impian- Asas atau fundamentalnya adalah sama sebagaimana angan- angan tadi. Apa yang membezakan antara keduanya adalah 'impian' selalunya disertai dengan usaha serta kerja keras. Ia lebih berfokus dan tertumpu kepada apa yang kita ingin capai melalui apa yang kita lakukan.
Kebiasaannya, insan- insan berjaya akan acap kali 'mengabadikan' impian dan kehendak mereka ke dalam sebuah buku atau kertas. Bermula dari sini, mereka akan memandangnya setiap hari dan memberi tenaga pada apa yang dihajati dengan sepenuh hati.
Ya! Usaha mereka telah bermula sebelum usaha sebenar bergerak selepasnya.
Setelah melalui beberapa proses, mereka akan melakukan penilaian berkala:
- Sejauh mana peningkatan dalam beberapa masa yang ditentukan -
Jadi,apa yang anda miliki, sekadar angan- angan atau impian?
Anda yang tentukan.
Change? |
0 comments:
Post a Comment