Assalamualaikum.
Ingat lagikah anda tentang post saya baru- baru ini: Susah Dapat Kerja?
Untuk pengetahuan semua, artikel tersebut dihasilkan ketika saya dalam kebuntuan serta dilema mencari 'pengisian' waktu cuti ini.
Manakala, tulisan yang anda sedang tatap kini adalah hal yang sama, namun dalam keadaan yang berbeza.
Sebagai seorang pekerja.
Saya- Apabila Bekerja
Tujuan artikel ini ditulis adalah khas untuk anda- Kepada lepasan SPM khususnya, saya cadangkan agar belajarlah untuk bekerja.
Belajar untuk bekerja? Apa maksudnya.
Pekerjaan sementara adalah pendidikan tentang ' skop' dan norma kerjaya yang sebenar
Bagi student yang belum pernah bekerja dan ingin bekerja. Laksanakanlah.
Hal ini sangat penting kerana pekerjaan sementara mengajar serta semestinya mendidik tentang realiti yang anda bakal hadapi suatu hari nanti. Walaupun tiada kaitan dengan kursus ( Course) anda, masa bekerja itu sendiri memberi makna & pengalaman yang sangat besar.
Anda sesetengah daripada kita yang bersemangat dalam mencari pekerjaan, namun menjadi culas lagi malas apabila berjadi menggapainya. Hal ini kerana, alam pekerjaan tidaklah seindah sebagaimana yang difikirkan dalam pemikiran.
Jujur saya katakan: Belajar berkali ganda lebih menarik dibandingkan dengan bekerja.
Dalam hal ini, majoriti pekerja akan terikat dengan ketetapan waktu, langsung mewajibkan pengurusan masa yang lebih efektif agar semuanya berjalan dengan tenang dan lancar.
Banyak ilmu & hikmah bakal diperoleh
Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam apa saja bidang yang kita ceburi, ilmu adalah kunci atau penggerak ke arah perealisasian kerja yang lebih mapan. Sebagai contoh, saya sendiri berjaya memperoleh ilmu baru tentang bagaimana menyusun kotak dengan cara yang betul melalui teknik ' 10 kaki, 8 kaki, 6 kaki ataupun 5 kaki' supaya kotak tadi tidak mudah jatuh menyembah bumi.
Selain itu, sebagai seorang pelajar, saya rasa amat serik dan memasang azam supaya belajar dengan lebih bersungguh- sungguh untuk semester seterusnya. Maklumlah, siapa yang mahu bekerja sebagai ' store keeper' yang agak berat sepanjang hidup mereka? Terus terang- Saya serik.
Melihat realiti dalam masyarakat
Kadangkala kita hanya tahu mengkritik dan menyalahkan orang lain tanpa cuba berada di dalam kasut mereka.
" Orang tu macam tu, orang tu macam ni, sepatutnya dia bertindak begitu dan begini, pemimpin tu salah, pemimpin nie salah"
Ya! Manusia memang sangat gemar menghina manusia lain tetapi amat kurang melihat buruk diri sendiri.
Ini cadangannya, apa kata anda keluar dari kepompong persekitaran sedia ada dan cuba merasai persekitaran yang lain. Pada waktu ini, Insha Allah anda akan sedar betapa berbezanya corak pemikiran ( mindset ) anda setelah berada dalam tempat mereka. Lebih bagus lagi, anda akan menyedari betapa terbejatnya akhlak rakan- rakan kita di luar sana. Kadangkala, realiti ' kronik'nya Melayu akan terpampang di depan mata sendiri.
Segala- galanya bermula dengan -KERJA- .
Realiti disebalik pekerjaan |

Thumbs Up ! |