Amin Naizar's

Portfolio

Fakta-9 Kelebihan Wanita Berbanding Lelaki

2 comments
Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian.Selamat sejahtera juga kepada anda semua,semoga berbahagia dalam rahmatNya.

Pada kali ini,hati aku tergerak untuk menge'post' entri berkenaan "9 Kelebihan Wanita Berbanding Lelaki (Memandangkan aku sendiri (Lelaki) yang telahpun kalah dengan akak aku.

Lelaki Vs Perempuan
Baiklah,kite mulakan dengan

Perbezaan:

1.Wanita Sering Terselamat Daripada Kemalangan-Agak menyedihkan,tapi inilah realitinya.Lelaki lebih mudah menemui ajal iaitu sebanyak 77 peratus berbanding wanita.Itulah antara kajian yang telah dilakukan oleh Carnegie Mellon University.

2.Wanita Merupakan Penenang-Kajian ke atas 2000 orang menunjukkan bahawa majoriti lebih suka menceritakan masalah kepada perempuan tentang apa yang mereka hadapi.

Wanita Juga Seorang Yang Penyanyang
3.Wanita Lebih Kekal Dalam Kerjaya.

4.Kecemerlangan Akademik-Ramai yang sedia maklum,lebih ramai wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5.Lebih Sihat-Bancian oleh University Of Minnesota ke atas 14,000 orang mendapati wanita lebih gemar memakan sesuatu yang menyihatkan berbanding lelaki.

Sihatnye (Rambut)
6.Sistem Imunisasi Yang Lebih Kuat-Tidak hairanlah apabila lelaki lebih bersifat keanak-anakan apabila mendapat demam.Semuanya kerana estrogen.Ia merupakan senjata untuk melawan infeksi bakteria dan racun.

7.Hidup Lebih Lama-Oleh kerana wanita lebih menjaga pemakanan dan berhati-hati dalam apa jua yang dilakukan,maka jangka hayat wanita juga lebih panjang.

8.Lebih layak Menjadi Pengurus-Bunyi agak sedikit kontroversi.Tetapi pakar-pakat mengesahkan,wanita merupakan pendengar yang setia,mentor dan penyelesai masalah.Malah mereka juga boleh menyelesaikan tugas pada satu masa.

9.Bijak Berbelanja Dan Berlabur-Tidak dinafikan sebanyak 100,000 portfolio menunjukkan wanita memperoleh keuntungan antara 11 hingga 18 peratus lebih berbanding lelaki apabila melabur.Ini kerana mereka lebih berhati-hati dan sentiasa memikirkan baik-buruk dalam jangka masa panjang sesuatu pelaburan yang dibuat.

P/S:Fakta di atas adalah tepat dan benar

Sumber:ILuvIslam Tabloid

Contoh Kad Kredit Perempuan Sekarang (^_^)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home