Aku bukanlah orang yang dilahirkan dengan senang lenang dan mendapat segala hajat yang diingini.
Aku juga bukanlah anak jati negeri ini.
Aku adalah saudagar yang merantau dari kawasan yang jauh.
Jauh yang dimaksudkan adalah sangat jauh.
Nun jauh di Arab sana.
Detik dan ketika itu masih lagi tersimpan indah dalam lipatan memori silamku.
Saat dimana ALLAH menemukan aku dengan si dia.
Seorang yang cantik perawakan serta luhur peribadinya.
Matahari memancar terik dan menyengat kulitku yang kemerah- merahan pada hari itu. Tidak diketahui mengapa, tetapi keadaan di sini seolah- olah tidak mengalu- alukan lelaki perantauan ini masuk ke mukimnya.
Burung yang berkicau berganti- ganti menandakan betapa kayanya flora dan fauna pada pelabuhan Kedah Tua ini.
Walaupun baru tiga hari, aku memerlukan sedikit masa bagi menyesuaikan diri.
"Assalamualaikum, tuan hamba- Adakah tuan hamba memerlukan air minuman", sapa seseorang yang amat gemersik suaranya.
Ini adalah pertama kali aku ditegur oleh anak watan kawasan ini.
" Aaah! Biarkan, aku tidak punya wang. Nanti jika dibiar, pergilah dia", bisikku dalam hati.
Banyak kali juga aku mendengar panggilan daripada makhluk Tuhan itu.
Sengajaku biarkan, bukan tidak biasa dengan karenah penduduk tempatan:
" Habis madu, sepah dibuang"
Aku meneruskan usahaku memasang umpan pada mata kail mancing lama itu.
Segalanya tampak mudah sehinggalah ku merasakan sesuatu yang mengganggu konsentrasiku padanya.
"Aduuh!"
Kepala ini tiba- tiba saja terasa pusing dan kesakitannya bukan kepalang.
Tidak ku ketahui mengapa dan bagaimana, segalanya menjadi gelap dan kosong dalam satu kerdipan mata.
-----------------------------------------------------------------------------------------
" Tuan... bangun tuan..."
Sekali lagi suara itu menjengah corong telingaku.
Tidak puas hati lagikah ia mengangguku di pelabuhan tadi? Dan kini...., berbisik lagi?
Kepalaku terasa sangat berat dan membebankan.
Apa yang berlaku sebenarnya? Tidak pernah perkara sebegini terjadi.
Bukan saja mengangkat kepala, menggerakkan sendi- sendi juga terasa sukar.
Ya Tuhan! Apa yang sedang berlaku?
" Tuan perlu berehat, maafkan saya! Maafkan saya! "
Dari nada yang rendah tiba- tiba saja berubah pada serak kebasah- basahan dan kini ia menjadi esak tangisan.
Tidak semena- mena, aku menjadi serba salah- Tangisan wanita adalah kelemahanku yang utama. Ingin digerakkan bibir ini mengatur kalimah, "Tidak Mengapa, Tidak Mengapa".
Namun semuanya terasa berat dan sia- sia.
Kesedaranku hilang untuk kesekian kali.
Gelap sekali lagi menyelubungi.
----------------------------------------------------------------------------------------
Chip.., Chip.., Chip..,
Burung tekukur membuka paruhnya mengeluarkan bunyi yang sedikit berbeza dari biasa.
Aku membuka mata dan melirik ke sekeliling.
Ku lihat sebuah rumah Melayu Lama dikelilingi oleh pelbagai bunga Mawar dan Kasturi.
Di luar jendelanya sungguh nian dengan keindahan alam semula jadi.
Segalanya sungguh asing bagi perantau sepertiku.
Aku berusaha bangun....
Ku gagahkan diri dan menujah ke hadapan dengan segenap tenaga 4 keratku ini.
Tubuhku terasa agak malas bagai tertidur untuk masa yang panjang.
Segenap tenaga digunakan bagi bangun di atas kaki sendiri.
Baru saja beberapa saat. Aku hilang keseimbangan dan hampir jatuh terperosok ke hadapan...
Dan ketika itulah bidadari itu menerpa...
Wajahnya sungguh jelita bak sang puteri dalam hikayat Gunung Ledang.
Hidungnya lebih mancung dari gadis Anglo- Saxon yang pernah kutemui sepanjang perantauan.
Dan tangannya itu sungguh gebu bagai sutera.
" Tuan Syeikh, harap tuan bersabar, tuan perlu sedikit masa lagi"
Aku ditolak semula agar duduk di atas tikar mengkuang yang menyakitkan badan.
"Nama patik Kenanga dan patik gadis dari perkampungan melayu ini, patik mohon maaf kerana adik patiklah yang menghunjam tuanku dengan damaknya".
Aku terkelu dan terdiam seketika.
"Ooh.., perawan ini bernama Kenanga", bisikku dalam hati.
Mata ini terus terpaku pada susuk di hadapanku.
Dia menghiasi wajahnya dengan senyuman dan menjarakkan sedikit bibir bak delima merekah itu untuk menyambung perbicaraan.
" Adik patik fikir, tuan hamba adalah budak- budak nakal yang menganggu patik di sini, walhal patiklah yang menganggu tuan hamba di pelabuhan tadi, maafkan patik"
Bicaranya ringkas lantas menutup kalam dengan sekuntum lagi senyuman.
" Ohh.., tidak mengapa..."
Jawabku ringkas.
Hendak berbicara Bahasa Melayu penuh terasa sungguh berat....
0 comments:
Post a Comment