Epilog..
Epilog |
Petang yang bercahaya kian menutup tadbirnya pada sang malam yang bakal menginjak tiba.
Dari tadi, kelihatan seorang perempuan muda yang cantik perawakannya duduk bersandar pada tiang seri rumah warisan Melayu itu.
Entah mengapa, matanya begitu kejap pada dua objek yang betul- betul berada di hadapan halaman.
Dari tadi, dia langsung tidak mengerlip mahupun mengalihkan pandangan.
Seolah terpaku atau berangan akan sesuatu.
" Kak Pah, Kak Paaah, Oooh Kak Pah", panggil seorang wanita berkaca mata yang duduk di sudut paling kanan dalam rumah tradisional itu.
Lamunannya terhenti.
" Sungguh! Potong stim betul budak nie'- Rugut Kak Pah atau Sharifah Nadzirah dalam hatinya.
Pecah berderai segala memori dan cebisan ingatan Kak Pah akan masa lalunya.
Diikutkan hati hendak diluah saja kata- kata itu, namun dia saja pendamkan.
Arif sudah dengan sikap touching anak saudaranya yang seorang ini.
"Kak Pah mengelamun ape tu? Sampai tak perasan maghrib da nak masuk nie..,
Teringat pak we ea?" Usik Azwa dengan sengihan yang begitu menjengkelkan sesiapa pun yang melihat.
" Pakwe? Kau nak kena sekeh dengan aku ke ha?" Marah Sharifah sambil menunjukkan segenggam penumbuk yang bila- bila saja boleh singgah di muka Azwa- Kalau benar dia dalam kemarahan.
" Hahaha.., okay, okay. Guraula, gurau"
Sharifah hanya memberi lirikan mata kepada anak saudaranya itu.
Tiada apa- apa kata dilampias.
Hanya melepaskan keluhan dan berlalu pergi.
Sharifah Nadzirah Binti Syed Yamin merupakan wanita paling ayu dan menjadi rebutan di kampung Kinabalu itu. Dia dilahirkan dari ibu berketurunan Kanada dan bapanya kacukan Melayu- Cina dari bandaraya Kuala Lumpur.
Namun kini, ternyata rupawan itu terpaksa membawa dirinya ke rumah wan dan opah kerana menjadi mangsa penceraian kedua orang tua.
Dia sendiri pun tidak pasti, adakah kehilangannya semenjak 3 hari lalu sudah dikesan oleh mama dan papa?
' Mungkin belum', bisiknya dalam hati.
Jika ya, masakan dia masih lagi berada di kampung yang serba kekurangan ini?
'Atau mereka tahu, namun saja tak nak ambil tahu'.
Kenyataan itu seolah mencengkam benak sanubarinya.
Walau ingin ditolak mentah- mentah, dirasakan sebahagian dari hati kecilnya seolah- olah mengiyakan bisikan itu..
'Haaaaah! Biarlah, malas aku nak mikir'
Terus dia menghenyakkan badan di tilam pembaringan.
Sejadah yang digunakan untuk solat dibiarkan saja di lantai tanpa dilipat- lipat sebagaimana selalu.
Tidak dinafikan, fikirannya agak serabut pada hari dan detik itu.
0 comments:
Post a Comment