The Circle of 'ME' |
"Jika anda ingin menjadi seorang yang hebat, anda haruslah tanamkan tabiat yang berterusan berbanding insan lain"
Itulah antara kata- kata yang diucapkan oleh salah seorang guru saya sewaktu dibangku sekolah dahulu.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, setiap tindakan, percakapan serta niat yang kita persembahkan amat berkait rapat dengan apa yang selalu kita lakukan kepada diri sendiri.
Semuanya Bermula di Sini
Seorang hartawan tidak akan mampu memberi sumbangan kewangan yang besar kecuali dia 'sudah' punyai harta. Begitu juga, seorang motivator tidak mampu untuk memotivasikan orang lain jika dirinya sendiri kelihatan tidak bersemangat dan goyah pegangan kehidupan.
Konsep yang sama juga turut terpalit kepada kita semua.
Jika anda ingin melihat orang lain melayan anda dengan baik- Anda haruslah memulakannya dahulu.
Jika anda ingin menghentikan penularan konsep racisme dan hedonisme, anda mestilah 'menyekatnya' dari hinggap kepada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya 'bertindak' menentangnya secara terbuka.
Penutup
Mustahil untuk kita yang tidak terpimpin ini untuk memimpin orang lain.
Pasangkan niat yang betul dan lakukan retrospeksi dan refleksi diri setiap hari.
Dunia ini boleh berubah jika kita bermula dengan 'diri kita sendiri'.
Jangan Berputus Asa |