Amin Naizar's

Portfolio

Apa yg kurang selepas matlamat?

Leave a Comment
Setiap seorang daripada kita yang  hidup di muka bumi ALLAH s.w.t ini pasti menyimpan hasrat dan matlamat untuk kejayaan masa hadapan. Tidak kira walau apa jua latar belakang agama, budaya mahupun kedudukan seseorang, halatujunya pastilah mahu terus ke arah cita- cita serta ambisi yang telah ditetapkan dari awal lagi...

Matlamat/ Impian/ Target terbesar dalam kehidupan

Stepehen R.Covey, pengarang buku best seller- 7 Habits Of Highly Effective People ada menyatakan dengan jelas: " Begins with the end of mind" yang membawa maksud seseorang itu harus bermula dengan mengetahui bagaimana pengakhiran yang dikehendaki.

Namun, dalam kita begitu asyik mengejar matlamat yang telah ditetapkan.
Ada satu lagi faktor yang kita tidak adukan bersama- sama dengan impian yang disemai.
Kurangnya bahan primer ini menjadikan apa yang disasar kecundang serta hilang momentumnya.
Corak dan jalan yang kita lalui seringkali haru biru dan kadangkala melawan arus kemajuan yang kita sendiri tetapkan pada diri sendiri...
Persoalannya, apakah perkara ini?
Hal apakah yang tampak seperti picisan, namun relitinya adalah nadi bagi matlamat kita dalam kehidupan?

Jawapannya adalah 'Tanggungjawab'.
Ya! 'Rasa Bertanggungjawab'

Pernahkah anda mendengar seseorang yang hanya hangat- hangat tahi ayam kerana begitu kencang pada permulaan tapi kecundang pada pertengahan serta pengakhirannya?
Hal ini kerana mereka kekurangan nilai kebertanggungjawaban kepada diri serta impian yang dimiliki.

Tanggungjawab untuk percaya.
Walau nampak mustahil pada peringkat awal.
Impian seharusnya adalah agenda yang begitu rapat dan telah menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri. Kita perlu bertanggungjawab atas apa yang disasarkan dan hanya kita yang mampu merealisasikannya- BUKAN orang lain.

Bukankah ia merupakan IMPIAN KITA?

Percaya atau tidak, nilai bertanggungjawab merupakan bread and butter dan berfungsi sebagai komponen asas dalam memandu kita pada apa yang dimahukan sepanjang perjalanan.
Berbeza dengan mereka yang hangat- hangat tahi ayam tadi, insan yang 'bertanggungjawab' punyai bahan bakar atau 'fuels' secukupnya dalam mengekalkan momentum dari awal perjalanan sehingga ke garisan penamat.
Rasa bertanggungjawab turut berfungsi sebagai motivasi dan pengingat diri tatkala diserang pelbagai anasir yang cuba untuk menongkah arus kemajuan kita ke arah masa depan yang  disasarkan.

Hanya dengan rasa bertanggungjawab- Mampu memberi jawapan....
"Apa perlunya impian ini untuk masa depan? "



Responsibility is an infinite subject when it touches our future existence...
So, are you ready for it?


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: