Amin Naizar's

Portfolio
Entahlah..
Jika korang tanya dekat aku, whether aku nie skema ataupun tak.
I don't know myself. What should I answer for it.
I'm trying to make my blog more easy to understand by the audience but it's make them run away due to the monotonous?

Maybe I'm using the wrong approach for my target audience.
But, it doesn't a matter anymore.
The contents'll be the most crucial part and just abandoned about the presentation.
Just in case, you hate my 'skematic' article.

This's my journal.
Just now, I watched the documentary about our second and 4th Prime ministers.
All of their efforts and struggle to win the PM post. Then, how they endure all of the obstacles and vengeance, back biting from the people and opposition party.
Really inspiring me- For sure.


1995- present

So, let's take Tun Abd Razak as one of the intro- subject of our discussion.
He's the backbone for Tunku Abdul Rahman to implement all of his aspiration and vision to this nation.
But still, politics totally another thing for us- ' the marhain' to question of.
Tunku had been subjected to resign by the post graduated medical student from Singapore: Dr. Mahathir Mohamad.
He was nobody at that particular time. But, he's known as 'Bapa Permodenan' after holding about 22 years as our prime minister.

Tun Dr. Mahathir seek a good advantage of his friendship with Tun Abd. Razak.
After been expel from UMNO due to his controversial letter to Tunku Abdul Rahman, he entered the party again by the help of the second prime minister.
His career expanding drastically. After won at the General Election at Alor Setar.
He'd managed to be the Ministry of Education shortly after it.
Then been deputy of prime minister and lastly prime minister of Malaysia.

The tribulation he has endure is not something for us- To take for granted.
Not an easy journey from the medical background student to be charges as the prime minister.
But still, he does it very, very well.
The perseverance and intelligence ideas really intertwined for his success as Malaysian role model.

Malaysia Boleh slogan really correlate with his persona and ferocious comment to the global.
He practicing what he preach- albeit not as a prime minister anymore.

Respect!

http://chedet.cc/- Official website


In Office: 1981-2003

Majoriti daripada lepasan SPM telahpun mengetahui result UPU masing- masing.
Kepada sesiapa yang mendapat bidang yang dikehendaki, tahniah aku ucapkan.
But, kepada 'peraih' pilihan ke 6, 7, 8 pun masih tahniah juga diucapkan.
korang tak perlu berasa kecewa, sebaliknya bersyukurlah kerana masih ada lagi rakan- rakan kita yang menunggu panggilan kedua.

Masih teringat lagi, salah satu dari pesanan pensyarah aku dulu:
" You have to love what you got.."
" ... and not cry for what you didn't have"

UPU

Jadi, aku rasa terpanggil untuk memberi pencerahan kepada bakal- bakal junior yang akan mendalami bidang Fisioterapi ini nanti.

Fisioterapi?

PHYSIOTHERAPY @ PHYSICAL THERAPY @ FISIOTERAPI @ JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA semuanya adalah terma yang merujuk pada profesion yang sama.
Fisioterapi ini adalah salah satu dari kerjaya yang sedang berkembang di dalam negara kita.
Jika di luar, Australia misalnya- Physical Therapy telahpun dinaiktaraf setara dan se level kedudukan mereka dengan para doktor.
Mungkin, Malaysia masih lagi baru diperkenalkan- jadi, proses untuk meraih tempat di mata masyarakat akan makan beberapa masa.

Definisi:
    1. Physiotherapists are experts in movement and function who work in partnership with their patients, assisting them to overcome movement disorders, which may have been present from birth, acquired through accident or injury, or are the result of ageing or life-changing events.

Nampak tak?
That's why kami haruslah se level dengan doktor sebab apa yang dilakukan adalah perkara yang sama. Rather than drugs or surgery, kami mengajar dan mencadangkan senaman dan menggunakan fasiliti sendiri dalam pemberian rawatan kepada pesakit.
Untuk pengetahuan anda, semuanya adalah berdasarkan pada ' diagnosis' ataupun ' special test' sebelum sesuatu itu diperkenalkan kepada pesakit secara keseluruhan.




Apa yang dipelajari?

Nama pun 'Physical Therapy' / Physiotherapy.
Jadi, nak tak nak, basic yang perlu dipelajari, dikuasai serta difahami dengan sebenar- benarnya adalah ANATOMY AND PHYSIOLOGY.
Ini adalah bread and butter yang akan digunakan dari semester 1 sehinggalah ke semester 6 nanti.
Kepada sesiapa yang mempelajari Sains dalam Bahasa Melayu dahulu, persiapkanlah mental anda kerana kesemuanya dalam Bahasa Inggeris.

Tiada apa yang perlu digusarkan, di UniSZA sendiri, kami mempunyai tenaga pengajar yang telah cukup pengajarannya bagi memahamkan anda terhadap satu- satu topik pembelajaran.

Highlight: Teori atau Praktikal?

Jika dibandingkan dengan zaman sekolah dulu, kita lebih suka duduk di meja sambil melihat cikgu mengajar di hadapan. Tapi jika anda adalah pelajar Fisioterapi, semuanya adalah berasaskan konsep ' Learn and apply'. Apa yang dipelajari, itulah yang masuk exam.

Examination of Diploma Physiotherapy ini boleh dipecahkan kepada 3 bahagian:
1. Final Examination: Peperiksaan bertulis dan menyumbang hampir 40- 60 % markah.
2. Kuiz/ Test: Kami prefer untuk panggil 'Continuous Assessment' ataupun CONASS ( 20/40- 60 %)
3. Kehadiran: 5%
4. Presentation: 5%

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan dimana anda dituntut untuk mengambil ujian klinikal/ praktikal. 
OSPE:
40-60 % of total marks (Bergantung pada semester)

Jika berpraktikal di Hospital pula, diwajibkan untuk mengambil ujian clinical penuh:
OSCE:
40/60/100 % ( Bergantung pada semester).

Jadi, tidaklah mengejutkan jika anda mendapat 100% dalam test, but meraih C dalam markah keseluruhan.
Sebab apa?
Sebab distribution of marks adalah rencam.
Honestly, semuanya bergantung pada usaha dan minat anda.

Bersambung: Diploma Fisioterapi: A- Z


Sebarang persoalan, boleh tinggalkan dekat ruangan komen...











Sajak -HAI MELAYU..

Sajak- Hai Melayu

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa......

Kredit: Anonymous
Setiap seorang daripada kita yang  hidup di muka bumi ALLAH s.w.t ini pasti menyimpan hasrat dan matlamat untuk kejayaan masa hadapan. Tidak kira walau apa jua latar belakang agama, budaya mahupun kedudukan seseorang, halatujunya pastilah mahu terus ke arah cita- cita serta ambisi yang telah ditetapkan dari awal lagi...

Matlamat/ Impian/ Target terbesar dalam kehidupan

Stepehen R.Covey, pengarang buku best seller- 7 Habits Of Highly Effective People ada menyatakan dengan jelas: " Begins with the end of mind" yang membawa maksud seseorang itu harus bermula dengan mengetahui bagaimana pengakhiran yang dikehendaki.

Namun, dalam kita begitu asyik mengejar matlamat yang telah ditetapkan.
Ada satu lagi faktor yang kita tidak adukan bersama- sama dengan impian yang disemai.
Kurangnya bahan primer ini menjadikan apa yang disasar kecundang serta hilang momentumnya.
Corak dan jalan yang kita lalui seringkali haru biru dan kadangkala melawan arus kemajuan yang kita sendiri tetapkan pada diri sendiri...
Persoalannya, apakah perkara ini?
Hal apakah yang tampak seperti picisan, namun relitinya adalah nadi bagi matlamat kita dalam kehidupan?

Jawapannya adalah 'Tanggungjawab'.
Ya! 'Rasa Bertanggungjawab'

Pernahkah anda mendengar seseorang yang hanya hangat- hangat tahi ayam kerana begitu kencang pada permulaan tapi kecundang pada pertengahan serta pengakhirannya?
Hal ini kerana mereka kekurangan nilai kebertanggungjawaban kepada diri serta impian yang dimiliki.

Tanggungjawab untuk percaya.
Walau nampak mustahil pada peringkat awal.
Impian seharusnya adalah agenda yang begitu rapat dan telah menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri. Kita perlu bertanggungjawab atas apa yang disasarkan dan hanya kita yang mampu merealisasikannya- BUKAN orang lain.

Bukankah ia merupakan IMPIAN KITA?

Percaya atau tidak, nilai bertanggungjawab merupakan bread and butter dan berfungsi sebagai komponen asas dalam memandu kita pada apa yang dimahukan sepanjang perjalanan.
Berbeza dengan mereka yang hangat- hangat tahi ayam tadi, insan yang 'bertanggungjawab' punyai bahan bakar atau 'fuels' secukupnya dalam mengekalkan momentum dari awal perjalanan sehingga ke garisan penamat.
Rasa bertanggungjawab turut berfungsi sebagai motivasi dan pengingat diri tatkala diserang pelbagai anasir yang cuba untuk menongkah arus kemajuan kita ke arah masa depan yang  disasarkan.

Hanya dengan rasa bertanggungjawab- Mampu memberi jawapan....
"Apa perlunya impian ini untuk masa depan? "



Responsibility is an infinite subject when it touches our future existence...
So, are you ready for it?


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home