Amin Naizar's

Portfolio
Saya bukanlah sesiapa untuk menulis artikel dengan tajuk seberat ini. Namun, saya ialah insan yang menjadi pemerhati dan mampu membuat keputusan berdasarkan pengamatan yang cukup dalam.
Seorang pemimpin itu akan terserlah ciri- ciri kepimpinannya sejak dia belum memegang apa- apa jawatan lagi.
Bagaimana?

Jawapannya boleh dirujuk kepada Tuan Punya Badan. Hal ini kerana, sebelum seseorang itu mampu memimpin orang lain dia haruslah mempunyai kemahiran menjinakkan diri sendiri.

Apa yang saya maksudkan ialah:


Pengucapan Awam adalah sebahagian darinya

" Inside Out"

Keterampilan dan kredibiliti seseorang itu mampu diimbalkan jika kita melihat pada aspek pengurusan diri sendiri. Kita mampu membaca kemampuannya pada kebijaksanaan mengurus masa, mengendalikan emosi mahupun berbicara dengan orang lain.

Tika satu perjumpaan bersama seorang yang arif, saya teringat akan kata- katanya yang menusuk, bunyinya:

" Landasan yang kita ada sekarang, bukanlah landasan untuk 'try and error' tapi untuk berbakti kepada semua.
Assalamualaikum W.T.H

Kadangkala kita suka mengkritik tanpa mengambil usul periksa. Lagi memburukkan adalah kita suka menghukum tanpa mengetahui belakang cerita.

Pengakhirannya?
Fitnah dan tergurisnya hati orang lain.


Cuba Memahami


Suatu ketika dulu, saya pernah berada di bawah dan bekerja bersama- sama mereka. Apabila bekerja dalam pasukan, setiap AJK adalah berkaitan antara satu sama lain. Mereka bagai satu badan, jika satu tidak bergerak, implikasinya juga kepada seluruh anggota.


Jadi, apabila melakukan pekerjaan sendiri. Kita seolah merasakan bahawa kitalah yang paling susah, kitalah yang paling banyak berusaha dan kitalah segala- galanya. Rentetan dari itu, kita mudah melihat ' kesenangan' orang lain yang 'terlindung' pada senyuman dan ketawa mereka sebagai kelemahan. Lantas, menunding jari dan tunjuk salah mereka disana sini.

Benar! kita bergerak.
Benar! Kita berusaha.
Benar! Kita membuat kerja kita!




Namun, perlu diingat.
Bebanan dan berat tanggungjawab harus dipikul bersama.
Jika kita merasakan kita yang terbeban. Persoalkan keikhlasan dan semak semula pembahagian tugasan.

Jika kita merasakan orang atasan seolah tidak bergerak.
Realitinya, kita tidak mengetahui ' The Other Side Of Story'


Tahu apa yang saya rasakan kini?
Bounce Effect- Saya ditekan sebagaimana saya menekan dan saya dilihat tidak bergerak sebagaimana saya melihat tampuk kepimpinan yang dulu.


Tidak mengapa. Itulah realiti kehidupan.

~Varies~

" Empati Bukan Sekadar Simpati "

Try to be in people shoes.
Assalamualaikum W.T.H
Benarlah kata pepatah...
" Jika takutkan ombak, jangan bina rumah di pantai"
Jika anda takutkan cabaran, jangan berani tampil ke hadapan.
Semuanya Bermula Dengan Perancangan

Manusia kadangkala terlalu selesa dengan zon mereka hingga tidak mahu untuk KELUAR dan menceburi sesuatu yang berbeza.


Bagi saya pula. Saya seringkala melihat orang lain berketerampilan dan maju selangkah ke hadapan, hadapan dan terus memecut ke hadapan. Saya hanya mampu melihat dan tersenyum.
Never be too Comfort

Namun, ada suatu ketika terdetik dalam hati kecil ini.
Jika ada orang lain MAMPU, kenapa bukan aku?
Lagi memeritkan adalahh ' Kemampuan dan kredibiliti ' yang ada pada sesetengah orang tadi, tidak disalurkan pada jalan yang betul.


Pada waktu itulah, aku mencabar diri:
" Jika orang sebegini punyai kemampuan untuk berbuat begitu, siapa yang akan menentang mereka?
Apa akan berlaku pada keseimbangan dan nasib orang- orang yang diperdaya dan terpedaya"
Lalu, keputusan diambil...
" JIKA BUKAN AKU SIAPA LAGI? "

Sama ada ' AKU' membuat perubahan atau ' Aku' yang TERPAKSA menerima perubahan....


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home