Masa adalah satu ketetapan atau takrif yang memang terikat kepada makhluk bernama manusia. Masa itu sendiri mempunyai ciri- ciri yang sangat unik dimana, - Kita Hanya Tahu Harganya Selepas MASA Itu Berlalu Pergi-.
Ya. Apabila masa yang telahpun bertransisi dari masa sekarang ke masa lalu.
Saya dan Masa
Sebagai seorang remaja berumur 19 tahun, saya amat terasa betapa cepatnya saat, minit, jam, hari atau apa saja ' jelmaan' masa telah pergi meninggalkan saya hingga kini. Persoalan yang sering bermain di kepala ialah ' Apa yang aku buat dengan masa?'
Apakah pencapaian yang telah dikecap dengan masa lalu?
Analogi tentang masa:
Masa ibarat wang: Ya! Kita semua telah dihadiahkan oleh Tuhan dengan satu nilaian yang sangat besar. Namun, perkara besar ini mesti dihabiskan dan tidak boleh disimpan. Terpulanglah kepada kita sendiri- Samada ingin melabur masa tadi atau membeli bekalan perjalanan mahupun kita buang saja. Tuhan telah memberi kita persiapan ke arahNya, bergantung pula pada cara kita mengendalikan.
Masa ibarat air yang mengalir: Sama juga seperti kata- kata orang tua " Duit macam air". Begitu jugalah masa, ibarat analogi di atas. Sebagai contoh 10 Jun 2014, jam 5.25 minit petang. Waktu yang sama seperti tadi hanya berlaku sekali dan tidak akan kita temui lagi. Ya! Begitulah analoginya.
Masa ibarat orang tua: Banyak yang kita belajar melalui masa. Kadangkala apabila ia berlalu pergi, baru kita sedari banyak ' cerita' yang dikisahkan serta banyak juga nasihat yang diluahkan. Ya! Kadangkala, manusia dapat mengambil teladan melalui masa yang bergelar masa lalu.
Teringat pula saya pada analogi seorang penulis terkenal. Kita hidup bagaikan memandu menuju ke destinasi yang satu. Masa sekarang bagaikan cermin hadapan kita, masa lalu pula, diibaratkan seperti cermin pandang belakang ataupun cermin sisi. Hidup mesti terus ke hadapan, jadi kita mestilah terus memandang ke hadapan, manakala masa lepas hanyalah rujukan agar langkahan kita terus terpandu dan tidak diganggu oleh ' apa- apa' yang berada di belakang. Masa hadapan? Tak perlu dirisaukan kerana ianya masih di alam ghaib dan belum lagi wujud. Tapi ingat! Kita mesti merancang bagaimana rupanya tetapi bukan pula kita gusarkan apa yang akan jadi dengannya. Bak kata Stephen Covey : " Begins with the end of mind'.

Manusia sentiasa ' terperangkap' dengan masa |

Menguruskan masa agar tiada istillah 'Tak Cukup Masa' |