Kementerian Pengajian Tinggi. |
Assalamualaikum W.T.H.
Bagi pelajar Sains, mereka dibekalkan dengan 4 modul berbeza
serta pilihan tahun yang pelbagai. Ada diberi 2 tahun, ada pula yang hanya
setahun (bergantung pada result SPM anda). Mengikut rakan- rakan matrik,
menjadi pelajar selama satu tahun ( 2
semester) adalah lebih mudah dibandingkan dengan yang 2 tahun. Hal ini kerana,
peruntukan masa yang lama menuntut para pelajarnya mengambil test dan ‘ Carrymark’
dalam jangka waktu panjang. Jadi, sesiapa yang merasakan- dia mampu cemerlang
dalam semua cabaran tersebut- Silakan.
Assalamualaikum W. T. H.
Tajdid Niat. |
Pernah
suatu ketika dulu, saya menghadiri program anjuran Unit Kaunseling Universiti.
Tajuknya adalah-‘Tajdid Niat’.
Bagi sesiapa yang mempelajari bahasa arab, ‘Tajdid’ boleh didefinisikan sebagai pembaharuan, manakala niat pula adalah pencetus pada sesuatu pekerjaan atau amalan dalam kehidupan. Macam selalu, ‘Jangan diingat apa yang kita lakukan hari ini, hanya berguna pada waktu dan ketika ini- Malah kelebihannya meliputi setiap saat serta detik dalam kehidupan manusia’.
Bagi sesiapa yang mempelajari bahasa arab, ‘Tajdid’ boleh didefinisikan sebagai pembaharuan, manakala niat pula adalah pencetus pada sesuatu pekerjaan atau amalan dalam kehidupan. Macam selalu, ‘Jangan diingat apa yang kita lakukan hari ini, hanya berguna pada waktu dan ketika ini- Malah kelebihannya meliputi setiap saat serta detik dalam kehidupan manusia’.
Selepas
beberapa bulan, saya dan rakan-rakan sekursus dikehendaki menjawab ujian
‘Exercise Therapy’ yang kebanyakkannya adalah praktikal- tetapi memerlukan
kemampuan kami dalam menterjemahnya dalam bentuk ayat dan kalimah. Kertas ini
terdiri dari dua bahagian. Bahagian A- memerlukan masa satu jam untuk
disiapkan, manakala kertas B pula menggunakan 45 minit daripada masa
peruntukan.
Walaupun
saya belajar agak ‘hard’ pada subjek 3 jam kredit ini. Segala ilmu tersebut
tidak mampu digarap dalam bentuk ayat dengan sebaik mungkin. Malah, ada
sesetengah soalan yang memang tidak tahu langsung jawapannya. Tidak dinafi,
rakan-rakan lain juga turut menyatakan bahawa soalan kali ini agak berbeza dari
yang lain.
“Memerlukan konsentrasi yang tinggi dan
pembacaan berulang-ulang kali sebelum mampu menafsir persoalan yang diberi”.
Walaupun
ramai antara mereka menyalahkan kertas yang susah. Saya pula, menyalahkan diri
dan cuba bertoleransi. Saya bisikkan:
“Tak apa! Benda dah lepas, masih ada lagi peluang untuk tebus ‘Carrymark’ yang 15% nie. Baiklah, bermula hari ini, aku akan lakukan ‘Tajdid Niat’”.
“Tak apa! Benda dah lepas, masih ada lagi peluang untuk tebus ‘Carrymark’ yang 15% nie. Baiklah, bermula hari ini, aku akan lakukan ‘Tajdid Niat’”.
Mengapa tajdid niat?
Sebab segala amalan kita, bermula dari permulaannya,
Bak kata Stephan Covey: “Begins With The End of Mind”.
Sebab segala amalan kita, bermula dari permulaannya,
Bak kata Stephan Covey: “Begins With The End of Mind”.
Jika
baik, Insya Allah-Baik juga keseluruhan nanti. Biar saya kongsikan sedikit ilmu
dari program itu:
- Pembaharuan niat perlu dilakukan berkali-kali-‘Dan bukan hanya sekali’.
- Niat merupakan motivasi atau pencetus pada tindakan kita seterusnya.
- Niat tanpa pelaksanaan memang tidak mendatangkan apa-apa. Namun, niat yang diperam lama akan menjadi impian serta mampu dikabul pada masa depan.
- Apa yang kita terjemah dalam hidup hanyalah sedikit dibandingkan dengan potensi sebenar. Sebenarnya, ‘Iceburg’ kelihatan gah dan besar. Tetapi, tapak dan lantai dibawahnya berkali ganda lebih hebat dari yang di atas. Begitulah kita, apa yang perlu dicungkil adalah kebolehan yang masih tersimpan di pemikiran bawah sedar. Caranya adalah dengan mencabar diri sendiri.
- Dalam istillah psikologi, terdapatnya satu perlakuan tabi’i manusia yang digelar ‘Underdog’. Jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik, ‘underdog’ ini akan membisikkan kata-kata negatif. Contohnya, semangat belajar akan hilang apabila ‘Underdog’ mengatakan,- tengoklah Movie dulu- (dan terlajak tak tentu waktu).
Cukuplah rasanya perkongsian ini, maklumlah kalau terlalu
panjang, pembacanya pun kurang.
Hehe..,
Sama-samalah kita ‘bertajdid niat’.
Hehe..,
Sama-samalah kita ‘bertajdid niat’.
Assalamualaikum
W.T.H.
Ketika anda membaca tajuk ini, apakah perkara pertama yang terlintas di benak dan sanubari anda?
Pilihan Raya Kecil?
Andalah jurinya…,
(Jadi jangan lupa mengundi.)
PRK= Pilihan Raya Kampus. |
Ketika anda membaca tajuk ini, apakah perkara pertama yang terlintas di benak dan sanubari anda?
Pilihan Raya Kecil?
Tidak!
Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan
sekarang adalah Pilihan Raya Kampus- Yang turut menggunakan singkatan PRK.
Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa konsep antara kedua- duanya adalah
saling berkait dan hampir menyamai antara satu sama lain.
Pilihan
raya memang secara fitrah dicipta untuk mendapatkan suara majoriti dalam
sesuatu kawasan atau populasi penduduk. Hal ini sangat penting kerana segala
kelancaran serta apa- apa perkara berkaitan kepimpinan dapat direalisasi ketika
ini. Mudahnya, boleh saya katakan bahawa- ‘Pilihan Raya Menentukan Pemimpin
yang Layak Memerintah Selama Beberapa Waktu’.
Persoalan
disini, apakah pentingnya pembentangan manifesto sehari sebelum hari mengundi?
Tidak
cukupkah sekadar penampalan poster calon bersama pembaharuan yang ingin
diperlakukan apabila memerintah nanti? Atau apakah relevennya pembentangan
tersebut kepada para pengundi mereka?
Saya
ada jawapannya:
- Matlamat
& Kejujuran Sebenarnya, betapa jelas visi dan misi seorang pemimpin boleh
diketahui apabila dia berucap di khalayak ramai. Jika benar dan jelas
matlamatnya, pasti dia mampu menyampaikan dengan terang dan penuh wibawa.
Analoginya begini- Jika anda sedang marah, pasti secara automatiknya anda akan
mengeluarkan suara marah dan reaksi yang penuh kemarahan. Bagaimana pula dalam
keadaan biasa? Mampukah anda melakukan sedemikian?.
Itulah yang ingin saya sampaikan,
jika kita ada sesuatu yang ingin diekspresi- pasti kita mampu melakukannya dengan mudah. Jadi, semakin jelas perancangan seseorang sebelum memegang pucuk kepimpinan, semakin lantang kemampuannya untuk berbicara. Maklum sajalah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Kebijaksanaan-
Kebiasaannya selepas seseorang calon berucap, dia akan membuka ruang Q&A
ataupun sesi soal jawab. Ketika inilah, kita mampu menguji kebijaksanaan
mereka. Adakah jawapan berbolak- balik
atau terus lancar menuju ke arah manifesto? Kita boleh menilainya.
- Huraian
Konsep: Kalau di poster atau pamphlet- pamphlet yang diedarkan, kita hanya
membaca asas dan beberapa gagasan perubahan yang ingin direalisasi. Contohnya: ‘Menaiktaraf
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan’. Jadi, bagaimana dan di mana
bermulanya penaiktarafan itu akan dibentangkan pada malam sebelum pengundian.
Bukan ini sahaja kepentingan malam manifesto, malah banyak lagi kelebihan yang boleh diekstreks darinya. Peribadi dan perawakan calon yang ingin diundi juga boleh dilihat melalui gaya pembawaan ketika di pentas. Relevan atau tidak manifesto digagaskan, mereka sendiri yang tentukan..,
Apa yang penting..,
Andalah jurinya…,
(Jadi jangan lupa mengundi.)