Amin Naizar's

Portfolio

Ibnu Sina-Tokoh Perubatan Islam

Leave a Comment

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia aminnaizar.blogspot.com.Alhamdulillah kita masih lagi diberi rahmat dan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berpijak di bumiNya yang serba indah ini.Pada 29 Januari 2010 saya ingin berkongsi artikel berkenaan Tokoh Perubatan yang ulung.

"Biodata"
Nama: Abu Ali Hussein Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina
Gelaran: Avicenna 
Keturunan: Turki
T/Lahir: 370H/980M di Turki
M/Dunia: 438 Hijrah
Umur: 58 Tahun

Sumbangan:
-Beliau meningggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam perubatan,falsafah,mantiq,fizik dsb.
-Al Qanun Fit Tibb karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi hinggalah sekarang.Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris.
-Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor.

"Intro"
Namanya ialah Ibnu Sina yang turut dikenali sebagai Avicenna di barat.Beliau merupakan seorang muslim yang berbangsa Parsi dan dilahirkan pada tahun 375H dekat sebuah desa bernama Afshanah di kota Kharmaitan dalam wilayah Bukhara,Uzbekistan.
"Intipati"
Ketika berusia 5 tahun,beliau telahpun memulakan memulakan pelajaran dalam ilmu Al-Quran dan sastera.Kedua-duanya adalah pelajaran sulung dalam kehidupannya.Kemudian,sewaktu berusia 10 tahun,beliau mampu menghafal kesemua surah di dalam Al-Quran.Manakala,ketika berusia 18 tahun,beliau telah diangkat sebagai Doktor Di Raja.

Sejak kecil lagi,Ibnu Sina telah dibimbing oleh ayahnya serta rakan karib ayahnya iaitu Abu Abdullah Natili.Banyak bidang berjaya dikuasai Ibnu Sina,antaranya termasuklah bidang falsafah,kedoktoran,geometri,astronomi,muzik,teologi,politik,matematik,fizik,kimia,sastera dan kosmologi.

Kesungguhannya amat jelas,apabila beliau tidak akan tidur pada waktu malam setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut.Begitu juga,beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau banyak berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari itu.

Terbitnya kitab Al-Qanun Fit-Tibb ketika Ibnu Sina berusia 21 tahun dan menetap di Kawarazm.Namun begitu,karya pertamanya bukanlah kitab tersebut tetapi adalah sebuah karya yang berjudul Al-Majmu.

Antara karya lain yang dikarang oleh beliau adalah pelbagai bentuk risalah ukuran kecil yang dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Peter Domican di Kairo.

Seperti yang telah dinyatakan,karya ulungnya 'Al Qanun Fit Tibb'(Kod undang-undang perubatan) telah menjelaskan pelbagai jenis penyakit,penyebab,epidemiloginya,gejala dan tanda-tandanya serta cara untuk mengatasi penyakit.

Al-Qanun Fit Tibb diterbitkan pada tahun 1593 di Rom dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris yang berjudul Canon Of Medicine.Karya ini digunapakai dan menjadi rujukan kepada penuntut university di Eropah hingga 1500M.Lebih membanggakan lagi buku kod undang-undang perubatan ini dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin serta sebuah edisi dalam bahasa Yahudi.

Selain itu,karya ulung ini juga turut berperanan sebagai buku teks kedoktoran di kebanyakan university di Perancis.Ia digunakan sebagai bahan rujukan pada abad ke 17M.Buku ini juga telah dianggap sebagai ensiklopedia kedoktoran.

Kandungan Al-Qanun Fit Tibb adalah perbincangan mengenai penyakit saraf serta kupasan berkenaan cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka.Tidak cukup dengan itu,ia banyak memberi pengetahuan dan maklumat terperinci seperti penyakit batuk kering,penyakit paru-paru serta peranan air dan debu dalam memindahkan jangkitan penyakit.

Walaupun pencapaian Ibnu Sina dalam bidang kedoktoran disanjung tinggi dan mendapat tempat di setiap hati penggemar bidang tersebut,namun beliau tidak mengambil berat kepada kesihatan diri dan menyebabkan beliau mengidap pelbagai penyakit sehingga menjadikan beliau lemah dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah di negeri Yaman.

Keunggulan
-Karyanya telah menjadi rujukan dalam dunia Islam serta barat.
-Beliau telah menjadi Doktor Di Raja pada usia 18 tahun.
-Ilmu-ilmu agama seperti Tafsir,Fiqh,Usuluddin,Tasawuf dapat dikuasai ketika beliau berusia 10 tahun.
-Berjaya menghafal Al-Quran seawal 10 tahun.

Moral
-Usaha,ketekunan dan kegigihan amat diperlukan untuk menggapai kejayaan.
-Minat amat penting dalam menuntut ilmu.
-Ilmu yang telah dipelajari hendaklah diamalkan serta disebarkan agar kehidupan mendapat rahmat dan dikasihi Allah.

Wassalam.

Source:ILuvIslam Bil-43

"Bersama-samalah kita menyebarkan ilmu dan menteladani kebaikan".
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: