Amin Naizar's

Portfolio



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...
Sekarang, hari raya korban bakal menjelang tiba.
Bagaimana tahap ibadah serta takat keimanan pre dan post Ramadhan yang lalu?
Masih berkekalan atau berkurang momentumya?
Hanya tuan badan yang mampu memberi jawapan.

This is a typical post..
But give a big impact for me.

This recent, two, three days..
I spent a lot of my leisure time to finish up all of my task as the SRC and be a volunteer for my own ideas for our diploma's association.

Actually, to be honest.
I'm not too hardworking to complete any of the task.
But, when I find myself  really immersed in that particular assignment.
For sure, I can't stop.


Everything begins with good intention

One of the quote introduced by my Jr.:

"Practice what you preach"
We easily got bordem if we won't do anything that we like in life.
Asking someone to complete the task that he was not interested at all was almost a futility.
Why we always heard an adage:
" Your heart is the king of your kingdom"
The catalyst for any good deeds was started from the deep side of ourselves.

If we said we want to do something albeit, it looks almost impossible.
Believe me, your heart will guide you through.
At the end, you'll realise...
You're standing on the spot that you once said it is impossible..

Just believe in yourself and you'll achieve it.
Live with your ideas.


Vision


Bismillahirrahmanirrahim....

Meminjam kata- kata mendiang Stephen R. Covey dalam buku beliau The 7 Habits of Highly Effective People yg berbunyi:
" Begin with the end in mind"

- Bermula dengan pengakhiran di fikiran -


Begins with the end in mind

Saya akan menulis berkenaan penyesalan disebabkan silap percaturan dalam kehidupan.

Ceritanya begini...

Sejak dibangku sekolah lagi, aku sangat bercita- cita supaya menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan kerjaya pakar perubatan ini menjadi kegilaan kerana pakej yang dibawa meliputi pengiktirafan menggungung, gaji lumayan dan terkenal di mata masyarakat.
Namun begitu, bagi aku sendiri, bukan ciri- ciri tersebut yang menyebabkan aku ingin menjadi seorang doktor- Tapi adalah kerana karisma dan 'nature of work'nya yang sedikit berbeza dari profesion yang lain.

Mengungkap kata- kata Stephen R. Covey dalam bukunya:
" Begins with The End in Mind" 
Aku terpaku dan bermenung panjang. Kalaulah aku fikirkan quote ini dalam- dalam..
Mesti perjalanan ini menjadi lebih mudah.


Berusaha..

Selepas tamat dari sekolah menengah, aku ditawarkan untuk 2 pilihan sama ada matriks Selangor ataupun Diploma di sebuah universiti dekat Pantai Timur. Bagi sesiapa yang jelas matlamatnya, pasti tiada dilema dan bolak- balik hati berlaku pada waktu ini.
Mudah saja sifirnya:
1. Jika kau hendak belajar dahulu dan kemudian bekerja untuk pengalaman-
Silalah apply untuk Diploma
2. Jika inginkan fast track dan terus ke ijazah.-
Sila cuba matriks.

Tiada istillah Follow The Flow dalam kehidupan seorang manusia- Hanya orang yang tidak berpendirian saja yang menggunakan konsep ini.
Kita sendiri yang membuat keputusan, jika benar kita ikut flow- Pastikan ia adalah acuan dari kita sendiri. Bukan main ikut sahaja...

Ditakdirkan Tuhan, kini aku telah memasuki tahun terakhir pengajian diploma dalam bidang Science Allied untuk program Diploma. Dari satu sudut, perjalanan aku ke arah kerjaya impian sudah semakin mendekat tetapi dari sisi yang lain- Ia kelihatan semakin jauh dari landasan...

Aku telah membuka internet dan melakukan sedikit kajian berkaitan option yang boleh diambil oleh post graduate Diploma dalam IPTA untuk degree nanti.
You Know What...
There's no selection of MBBS or any medical bachelor for Diploma category.
What the ....

Can't you see it?
In ma mind, I've think that I can use ma current Dip. certificate as a milestone towards my one and only ambition. But, everything turns wrong and I'm actually out of the track.......
and the dream is more far- fetched now.


.....

If you want to chase something in your life- make sure you run for it.
Do all your best and never walk alone.
You need someone to guide and assist you through.

Make sure you make some research and construct your own plan of action for it.
Otherwise, you'll be dampen by your own weakness.

For me, I have to extent my journey for another, 4 or 5 years whether through the non- government institute OR with another medium.
And for sure, it needs a lot of perseverance, sacrifice and for sure- higher cost.

I hope, all of you do not repeat the same mistake ever again.
Let me- alone- feels the misery and - you- learn from my journey.

Remember:

"Begins with the end in mind"

Thank you


5 or 6 years to go?


The Circle of 'ME'

"Jika anda ingin menjadi seorang yang hebat, anda haruslah tanamkan tabiat yang berterusan berbanding insan lain"
Itulah antara kata- kata yang diucapkan oleh salah seorang guru saya sewaktu dibangku sekolah dahulu.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, setiap tindakan, percakapan serta niat yang kita persembahkan amat berkait rapat dengan apa yang selalu kita lakukan kepada diri sendiri.

Semuanya Bermula di Sini

Seorang hartawan tidak akan mampu memberi sumbangan kewangan yang besar kecuali dia 'sudah' punyai harta. Begitu juga, seorang motivator tidak mampu untuk memotivasikan orang lain jika dirinya sendiri kelihatan tidak bersemangat dan goyah pegangan kehidupan.
Konsep yang sama juga turut terpalit kepada kita semua.

Jika anda ingin melihat orang lain melayan anda dengan baik- Anda haruslah memulakannya dahulu.
Jika anda ingin menghentikan penularan konsep racisme dan hedonisme, anda mestilah 'menyekatnya' dari hinggap kepada diri anda terlebih dahulu dan seterusnya 'bertindak' menentangnya secara terbuka.

Penutup
Mustahil untuk kita yang tidak terpimpin ini untuk memimpin orang lain.
Pasangkan niat yang betul dan lakukan retrospeksi dan refleksi  diri setiap hari.
Dunia ini boleh berubah jika kita bermula dengan 'diri kita sendiri'.

Jangan Berputus Asa
Epilog..


Epilog

Petang yang bercahaya kian menutup tadbirnya pada sang malam yang bakal menginjak tiba.
Dari tadi, kelihatan seorang perempuan muda yang cantik perawakannya duduk bersandar pada tiang seri rumah warisan Melayu itu.
Entah mengapa, matanya begitu kejap pada dua objek yang betul- betul berada di hadapan halaman.
Dari tadi, dia langsung tidak mengerlip mahupun mengalihkan pandangan.
Seolah terpaku atau berangan akan sesuatu.

" Kak Pah, Kak Paaah, Oooh Kak Pah", panggil seorang wanita berkaca mata yang duduk di sudut paling kanan dalam rumah tradisional itu.
Lamunannya terhenti.

" Sungguh! Potong stim betul budak nie'- Rugut Kak Pah atau Sharifah Nadzirah dalam hatinya.
Pecah berderai segala memori dan cebisan ingatan Kak Pah akan masa lalunya.
Diikutkan hati hendak diluah saja kata- kata itu, namun dia saja pendamkan.
Arif sudah dengan sikap touching anak saudaranya yang seorang ini.

"Kak Pah mengelamun ape tu? Sampai tak perasan maghrib da nak masuk nie..,
Teringat pak we ea?" Usik Azwa dengan sengihan yang begitu menjengkelkan sesiapa pun yang melihat.
" Pakwe? Kau nak kena sekeh dengan aku ke ha?" Marah Sharifah sambil menunjukkan segenggam penumbuk yang bila- bila saja boleh singgah di muka Azwa- Kalau benar dia dalam kemarahan.
" Hahaha.., okay, okay. Guraula, gurau"
Sharifah hanya memberi lirikan mata kepada anak saudaranya itu.
Tiada apa- apa kata dilampias.
Hanya melepaskan keluhan dan berlalu pergi.

Sharifah Nadzirah Binti Syed Yamin merupakan wanita paling ayu dan menjadi rebutan di kampung Kinabalu itu. Dia dilahirkan dari ibu berketurunan Kanada dan bapanya  kacukan Melayu- Cina dari bandaraya Kuala Lumpur.
Namun kini, ternyata rupawan itu terpaksa membawa dirinya ke rumah wan dan opah kerana menjadi mangsa penceraian kedua orang tua.
Dia sendiri pun tidak pasti, adakah kehilangannya semenjak 3 hari lalu sudah dikesan oleh mama dan papa?

' Mungkin belum', bisiknya dalam hati.
Jika ya, masakan dia masih lagi berada di kampung yang serba kekurangan ini?

'Atau mereka tahu, namun saja tak nak ambil tahu'.
Kenyataan itu seolah mencengkam benak sanubarinya. 
Walau ingin ditolak mentah- mentah, dirasakan sebahagian dari hati kecilnya seolah- olah mengiyakan bisikan itu..

'Haaaaah! Biarlah, malas aku nak mikir'
Terus dia menghenyakkan badan di tilam pembaringan.
Sejadah yang digunakan untuk solat dibiarkan saja di lantai tanpa dilipat- lipat sebagaimana selalu.
Tidak dinafikan, fikirannya agak serabut pada hari dan detik itu.















Aku bukanlah orang yang dilahirkan dengan senang lenang dan mendapat segala hajat yang diingini.
Aku juga bukanlah anak jati negeri ini.
Aku adalah saudagar yang merantau dari kawasan yang jauh.
Jauh yang dimaksudkan adalah sangat jauh.
Nun jauh di Arab sana.

Detik dan ketika itu masih lagi tersimpan indah dalam lipatan memori silamku.
Saat dimana ALLAH menemukan aku dengan si dia.
Seorang yang cantik perawakan serta luhur peribadinya.

Matahari memancar terik dan menyengat kulitku yang kemerah- merahan pada hari itu. Tidak diketahui mengapa, tetapi keadaan di sini seolah- olah tidak mengalu- alukan lelaki perantauan ini masuk ke mukimnya.
Burung yang berkicau berganti- ganti menandakan betapa kayanya flora dan fauna pada pelabuhan Kedah Tua ini.
Walaupun baru tiga hari, aku memerlukan sedikit masa bagi menyesuaikan diri.

"Assalamualaikum, tuan hamba- Adakah tuan hamba memerlukan air minuman", sapa seseorang yang amat gemersik suaranya.
Ini adalah pertama kali aku ditegur oleh anak watan kawasan ini.
" Aaah! Biarkan, aku tidak punya wang. Nanti jika dibiar, pergilah dia", bisikku dalam hati.

Banyak kali juga aku mendengar panggilan daripada makhluk Tuhan itu.
Sengajaku biarkan, bukan tidak biasa dengan karenah penduduk tempatan:
" Habis madu, sepah dibuang"
Aku meneruskan usahaku memasang umpan pada mata kail mancing lama itu.
Segalanya tampak mudah sehinggalah ku merasakan sesuatu yang mengganggu konsentrasiku padanya.

"Aduuh!"
Kepala ini tiba- tiba saja terasa pusing dan kesakitannya bukan kepalang.
Tidak ku ketahui mengapa dan bagaimana, segalanya menjadi gelap dan kosong dalam satu kerdipan mata.

-----------------------------------------------------------------------------------------

" Tuan... bangun tuan..."
Sekali lagi suara itu menjengah corong telingaku.
Tidak puas hati lagikah ia mengangguku di pelabuhan tadi? Dan kini...., berbisik lagi?

Kepalaku terasa sangat berat dan membebankan.
Apa yang berlaku sebenarnya? Tidak pernah perkara sebegini terjadi.
Bukan saja mengangkat kepala, menggerakkan sendi- sendi juga terasa sukar.
Ya Tuhan! Apa yang sedang berlaku?

" Tuan perlu berehat, maafkan saya! Maafkan saya! "
Dari nada yang rendah tiba- tiba saja berubah pada serak kebasah- basahan dan kini ia menjadi esak tangisan.
Tidak semena- mena, aku menjadi serba salah- Tangisan wanita adalah kelemahanku yang  utama. Ingin digerakkan bibir ini mengatur kalimah, "Tidak Mengapa, Tidak Mengapa".
Namun semuanya terasa berat dan sia- sia.
Kesedaranku hilang untuk kesekian kali.
Gelap sekali lagi menyelubungi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Chip.., Chip.., Chip..,
Burung tekukur membuka paruhnya mengeluarkan bunyi yang sedikit berbeza dari biasa.
Aku membuka mata dan melirik ke sekeliling.
Ku lihat sebuah rumah Melayu Lama dikelilingi oleh pelbagai bunga Mawar dan Kasturi.
Di luar jendelanya sungguh nian dengan keindahan alam semula jadi.
Segalanya sungguh asing bagi perantau sepertiku.
Aku berusaha bangun....
Ku gagahkan diri dan menujah ke hadapan dengan segenap tenaga 4 keratku ini.
Tubuhku terasa agak malas bagai tertidur untuk masa yang panjang.

Segenap tenaga digunakan bagi bangun di atas kaki sendiri.
Baru saja beberapa saat. Aku hilang keseimbangan dan hampir jatuh terperosok ke hadapan...
Dan ketika itulah bidadari itu menerpa...

Wajahnya sungguh jelita bak sang puteri dalam hikayat Gunung Ledang.
Hidungnya lebih mancung dari gadis Anglo- Saxon yang pernah kutemui sepanjang perantauan.
Dan tangannya itu sungguh gebu bagai sutera.

" Tuan Syeikh, harap tuan bersabar, tuan perlu sedikit masa lagi"
Aku ditolak semula agar duduk di atas tikar mengkuang yang menyakitkan badan.

"Nama patik Kenanga dan patik gadis dari perkampungan melayu ini, patik mohon maaf kerana adik patiklah yang menghunjam tuanku dengan damaknya".
Aku terkelu dan terdiam seketika.
"Ooh.., perawan ini bernama Kenanga", bisikku dalam hati.
Mata ini terus terpaku pada susuk di hadapanku.
Dia menghiasi wajahnya dengan senyuman dan menjarakkan sedikit bibir bak delima merekah itu untuk menyambung perbicaraan.

" Adik patik fikir, tuan hamba adalah budak- budak nakal yang  menganggu patik di sini, walhal patiklah yang menganggu tuan hamba di pelabuhan tadi, maafkan patik"
Bicaranya ringkas lantas menutup kalam dengan sekuntum lagi senyuman.

" Ohh.., tidak mengapa..."
Jawabku ringkas.
Hendak berbicara Bahasa Melayu penuh terasa sungguh berat....





Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home