Amin Naizar's

Portfolio
Assalamualaikum...

Asasi dibawah IPTA,Matriks dibawah KMP
Hari ini adalah 27 Mei 2013 bersamaan dengan hari pendaftaran matriks serentak seluruh Malaysia.Antara ramai rakan,ada yang memasuki Matriks Johor,Matriks Selangor,Matrik Pahang malah Matriks Kelantan.
Walaupun pada asalnya saya berpendapat
Lebih baik ambil Diploma daripada bersusah payah berhempas pulas dengan matriks/asasi.
Jika difikirkan secara logik,matriks/asasi tiga kali ganda lebih menguntungkan dari diploma.

1.Waktu yang diperlukan untuk asasi/matriks hanyalah 1 atau 2 tahun saja.
2.keluar dari matriks/pusat asasi terus saja boleh menyambung tahap ijazah berkenaan bidang-bidang yang diinginkan.
3.Mendapat elaun dan tidak perlu membuat pinjaman PTPTN.
4.Belajar berdikakri dan tidak terikat dengan cuti semester yang sangat panjang.

Namun,selepas membuat beberapa timbang tara.Saya dapat menyenaraikan beberapa risiko yang perlu ditanggung.

1.Waktu pengajian singkat,jadi waktu untuk mengkaji kelemahan/kemerosotan gred amatlah sedikit.
2. Perlu menjaga pointer atau bakal mendapat jurusan lelong usai tamat pengajian.
3.Sijil matriks hanya boleh digunakan untuk memasuki IPTA namun tidak boleh dirujuk untuk mendapatkan sebarang pekerjaan.
4.Silabus yang banyak,jadi proses pembelajaran akan menjadi pantas.Sesiapa yang lambat 'pick up' berada dalam keadaan yang memerlukan 'struggle' yang tinggi.

Bagi sesiapa yang keliru sama ada hendak matriks/asasi dengan waktu belajar yang singkat ataupun diploma yang panjang tetapi selamat dan selesa.Cara yang terbaik tanyalah dengan sesiapa yang telah melaluinya kerana merekalah yang paling arif akan hal ini.
Nasihat saya,janganlah mengikut telunjuk sesiapa yang hanya pandai bercakap saja,namun tidak lebih dari tin kosong.


JOM!
P/S:Kalau difikirkan STPM juga mempunyai kelebihannya tersendiri,namun bergantung pada aliran apa yang anda turuti.
;)
English

Seriously,I'm jealous with you.For those who can write and read and pronouns in English correctly .For those who can speak it fluently and can communicate with it efficiently.


Borrows From School's Library
I still remember.
My first novel that I had read.It was "Harry Potter And The Philosopher's Stone" by J.K Rowling.
I didn't understand,why it was very difficult to understand.
I could remember these moment which was tucked vividly in my mind.
Every chapter contained many strange word that forced me to refer dictionary.
I had find and wrote these new vocabularies on a piece of paper to be memorised for the hope that it could be applicated on the exam.

But..,
I lost it and all of my effort was futile.
Now..,
I read as many books as I can.I want to leapfrog my previous poor abilities
.My dictionary is now my best friend.
My pens and my books are always by myside and all of my friends give me their moral support.
I still can't understand it well enough.

Ahmad Hanif Rosli,
Muhammad Nazeem Bin Muhammad Nizam,
Muhammad Adib Fikri,
Madam Hailah

I always jealous by your performance in English.
I still can't write those beautiful words,
I still can't do my best.

Someone,please correct my mistakes.


Setiap negara mempunyai bangsa yang berbeza-beza

Mengikut United Nation dan US Census Bureau’s world population clock, anggaran jumlah penduduk dunia yang dikemas kinikan pada 7hb Januari 2012 ialah seramai 6,986,200,000 orang.

Kira-kira 19.18% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia adalah rakyat negara Cina. Manakala rakyat negara India menduduki tangga kedua teramai di dunia iaitu 17.32%. Menduduki tempat ketiga ialah Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk seramai 4.48% daripada keseluruhan penduduk dunia.

Senarai jumlah penduduk di 12 buah negara yang menduduki tangga teratas paling ramai penduduk di dunia adalah seperti berikut:-

1 Cina - 1,339,724,852
2 India - 1,210,193,422 
3 USA - 312,811,000 
4 Indonesia - 237,641,326 
5 Brazil - 192,376,496 
6 Pakistan - 178,297,000 
7 Nigeria - 162,471,000 
8 Rusia - 142,914,136 
9 Bangladesh - 142,319,000 
10 Jepun - 127,760,000 
11 Mexico - 112,336,538 
12 Filipina - 94,013,200 

Malaysia menduduki tangga yang 42 selepas negara Peru iaitu penduduk seramai 28 juta orang mengikut bancian pada tahun 6/7/2010.

India adalah negara yang mempunyai saiz tanah yang tidak begitu besar kini mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih ramai berbanding Amerika Syarikat. Namun begitu, India masih belum lagi tersenarai dalam 10 negara yang paling padat penduduknya di dunia.

Populasi penduduk di seluruh dunia dianggarkan akan mencecah di antara 8 dan 10.5 billion penduduk pada tahun 2040.

sumber : wikipedia

Kredit: 
Yg Menarik.info



Penyakit yang lahiriahnya,tak berapa sakit.

Penyakit yang ingin saya kongsikan bukanlah lebih kepada penyakit fizikal seperti darah tinggi,kencing manis dan lain-lain.Sebaliknya lebih berat kepada 'Penyakit Kita'

1.Penyakit Tak Kenal Jiran Sebelah Rumah.
Saya tak tahu,jika perkara ini berlaku secara berleluasa atau tidak tetapi yang pasti,ia berlaku.Ada sesetengah pula, 'pernah baik' tetapi gaduh sampai tidak bertegur sapa.Ingat mereka pun ada hak sebagai jiran.

2.Penyakit Susah Untuk Melakukan Kebaikan.
Lagu teman pengganti,nyanyian Malik ada berbunyi:
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2LDDRO8O2
(Jumud sinonim dengan Kolot.)
Maksudnya,jika kita hendak melakukan kebaikan akan disindir oleh rakan-rakan yang kolot pemikirannya.
"Cehh!Baiknya,hari-hari pergi masjid,boleh jadi imam nie"
Baru saja hendak berubah sudah digelarnya 'Ustaz'
Jadi,niatnya hendak berubah mudah terumbang-ambing.Jika mereka gagal kembali ke pangkal jalan,Kitalah yang patut dipersalahkan!

3.Penyakit Kerjaya,Kerja Dan Keluangan Masa Bersama Keluarga.
Kalau anak-anak memberontak kita mulalah marah sana,marah sini.Salahkan sana,salahkan sini.tetapi,realitinya mereka tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada ibu bapa.Hati itu mempunyai bekas,ibu bapa mestilah mengisi bekas itu dengan kasih sayang dan kecintaan mereka terhadap anak-anak.
ATAU
anak-anak itu sendiri yang akan mengisinya dengan kasih sayang rakan-rakan.
(Konsep:'Kau ikut apa aku buat,kau disayangi')
Ingat,satu jari anda tunjukkan kepada seseorang,sepuluh jari kembali kepada anda.

4.Penyakit Yang Jauh Didekatkan,Yang Dekat Dijauhkan.
Maklumlah dunia yang canggih dengan teknologi.Kalau anaknya belajar di USA,emaknya masih boleh membuat 'Video Conference' melalui Skype.Suara dan riak muka masing-masing dapat dirasai melalui tatapan skrin komputer.
Malangnya.apabila makan bersama keluarga,tidak kira di luar atau di rumah sendiri.Wadah yang merapatkan ini seolah-olah menjadi benteng pemisah antara mereka.Mana tidaknya,makanan di depan mata tetapi yang ayahnya sibuk menjawab panggilan bisnes,emaknya sibuk mengilatkan kuku dan anak-anaknya sibuk dengan 'Command And Conquer'PSP.

5.Penyakit Otak Tempurung.
Maksud saya,tempurung disini bukanlah bengap atau dungu.Tetapi pemikiran tersekat.Mungkin,kita hanya tahu mencari maklumat tetapi tidak mengkaji maklumat.Maklumlah,semuanya di Google,buku-buku tidaklah dipandang kerana jalan mudahnya sudah terbentang luas.Tapi,saya terfikir,jika hanya tahu mencari,siapa pula yang akan memberi?

6.Penyakit-Penyakit.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.Setiap panggilan perlukan radiasiSetiap yang manis perlukan gula.Setiap yang masin perlukan garam.Setiap yang sedap perlukan perasa 'ajinomoto'.Setiap hiburan perlukan televisyen dan setiap nasi goreng perlukan 'secukup rasa'.

Refleks(jika berlebihan):

Setiap radiasi menyebabkan barah,setiap gula menyebabkan kencing manis,setiap garam menyebabkan darah tinggi,setiap 'ajinomoto' menyebabkan darah tinggi;kelupaan,setiap televisyen menyebabkan rabun dan setiap secukup rasa menyebabkan pelbagai penyakit untuk dirasa.
Jadi,anda pesakit yang mana?



The Writer.Penulis.

Pen & Kertas

Ada apa dengan penulis?


   Penulis ialah sesiapa saja yang mencatatkan segala perancangan minda ke atas sehelai kertas dalam bentuk tulisan (sekarang tafsiran berbeza).Mereka inilah sebenarnya yang banyak memacu ketamadunan manusia serta memperoleh pelbagai kepentingan/faedah sepanjang jalan kehidupan yang ditempuhi.Di sini,saya ingin membincangkan betapa perlunya menjadi seorang penulis.

   Bidang penulisan adalah salah satu dari strategi ataupun teknik bagi memberi sumbangan kepada masyarakat.Kalau zaman dahulu,para pejuang seperti askar dan tentera merupakan penyelamat negara dengan menggunakan senjata.Tetapi kini, kita sendiri boleh menjadi setaraf dengan mereka.Tentera yang berjuang melalui pena dan karya bagi membebaskan masyarakat daripada penjajahan bentuk baru iaitu 'Penjajahan Pemikiran' .Bagi saya inilah cara yang paling berkesan dan dapat memberi faedah kepada alam sekeliling memandangkan kita terikat dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah yang menggunung.Tidak salah kiranya,andai kita lebih banyak memberi berbanding hanya tahu menunggu untuk menerima daripada orang lain.Bukankah tangan yang di atas itu lebih mulia berbanding di bawah?


   Selain itu,penulis juga mampu memantap dan memperkayakan diri dengan pelbagai penguasaan fakta serta ilmu pengetahuan.Karya-karya yang mantap boleh diumpamakan seperti guru-guru cemerlang yang banyak menaburkan jasa serta mempraktik dan merealisasikan  konsep 'Lebih Banyak Diajar,Lebih Berkat dan Lebih Mudah Diingat'.Jika amalan tersebut dilakukan dengan istiqamah,jangan terkejut jika penguasaan tatabahasa serta grammar anda meningkat dengan drastik serta signifikannya.

   Seorang penulis tidak akan mampu menghasilkan karya yang menarik dan bermutu jika mereka tidak membaca terlebih dahulu.Jiwa seorang penulis mempunya pasang dan surutnya,bagaikan ombak di lautan.Idea tidak sentiasa datang dengan sendiri tetapi boleh digapai melalui pembacaan.Bagi mereka,membaca dan menulis mempunyai kaitan yang sangat erat seperti isi dan kuku.Mudahnya saya katakan,jika anda menulis,anda bukan saja memberi tetapi turut memperoleh pengetahuan baru untuk disumbangkan lagi.

   Tahukah anda,penulis mempunyai kebolehan yang sangat unik jika dibandingkan dengan masyarakat di sekelilingnya?Mereka boleh diumpama seperti ahli magis pada alaf baru ini.Kebolehan mereka adalah membawa para pembaca mengembara ke masa lampau ataupun ke masa hadapan melalui karya yang dihasilkan.Contohnya,karya 'Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick' oleh HAMKA.Beliau berjaya membawa minda para pembaca pada zaman sebelum perang dunia ke dua,lantas mendedahakan latar belakang dan sosio budaya masyarakat serta pemikiran pada zaman tersebut.Sungguh ajaib,hanya menggunakan sedikit keringat sudah mampu mencipta dunia baru untuk diterokai.

   Di samping itu,orang Islam yang percaya (wajib percaya) akan wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat) pastinya ingin menyediakan bekalan ke destinasinya.Percayalah,langkah yang paling ampuh bagi menyimpan saham ke sana adalah  (salah satunya) dengan menjadi penulis.Bukan saja dapat meluaskan horizon pemikiran,malah turut berperanan sebagai amal jariah yang dapat membantu kita.Pengkarya berwibawa mampu mentamadunkan manusia ke arah kehidupan beragama yang sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh baginda S.A.W.Baginda menggunakan konsep kepimpinan melalui teladan dengan memaparkan akhlak yang sangat mulia,setaraf dengan tugas serta pangkatnya sebagai kekasih dan utusan Allah.Para penulis moden juga mampu menceburkan diri dalam bidang dakwah dengan cara membuktikan kesahihan Al Quran yang seiringan dengan perkembangan sains dan teknologi.Islam itu sifatnya syumul (menyeluruh) berbeza dengan agama-agama lain yang wujud di dunia ini.Lihat saja pada zaman gelap dahulu apabila ilmu langsung tidak dihargai sebaliknya mereka terlalu fokus dengan keakhiratan.Apakah kesannya?
'Kejatuhan Zaman Eropah'.


   Dibandingkan dengan Islam yang seiringan dengan kehidupan itu sendiri (Islam Is The Way Of Life) telah berjaya mendisiplinkan ummah serta menjadikan mereka berjaya dalam masa yang sangat singkat.Mengapa?
Jawapannya,islam dan sains itu bagaikan roh dan pasangannya (jasad).Jika salah satu darinya hilang,maka tiadalah kehidupan.

   Akhir sekali,apabila karya telah selesai.Kita akan memperolehi keseronokkan dan kepuasan dari hasil titik peluh sendiri.Bagi saya,itulah imbalan yang terbaik sebagai insan yang bergelar penulis.Ya!Saat dimana karya anda dihargai,keseronokkan akan menyusup masuk ke dalam jiwa anda,seolah-olah terbang diudara dan dipuput oleh angin sepoi-sepoi bahasa.Segala-galanya bermula dengan minat yang disulami dengan keinginan yang sangat tinggi untuk berbakti melalui pena dan tulisan.


   Kesimpulannya,janganlah membazirkan waktu anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen,berkaraoeke dan melepak di sana sini.Jadilah seorang penulis,nescaya tiada apa yang dirugikan.Sebaliknya,banyak sumbangan boleh diberi serta masa yang dapat dimanfaatkan.

Time Worth As Golden
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home