Amin Naizar's

Portfolio
Sayangilah Kedua Ibu & Bapa.

Assalamualaikum W.T.H.

Ramai ibu bapa yang mengharapkan legasi atau anak- anak mereka mampu meraih kejayaan dalam hidup- Tidak kira, samada dunia ataupun akhirat. Namun, anak- anak itu sendiri seolah- olah tidak sedar akan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Prinsip ‘ Go easy, then come in handy’ harus dibuang dari mindset, agar tidak  terus membarah dan mencorak hidup ke arah yang lebih negatif.

Tahukah anda, bahawa setiap seorang daripada ibu bapa kita akan merasa cemburu apabila melihat ‘ anak orang lain’ menyayangi kedua orang tua? Dalam waktu sama, mereka menyimpan hajat agar suatu hari nanti, apa yang dilihat itu, berbalik semula kepada diri. Bukan mahu harta benda, tetapi berharap agar anak- anak sendiri mengenang jasa dan tidak mengabaikan mereka di hari tua. Ingat, ‘ Kita membeli rumah dengan wang, tetapi kita membina rumah itu sendiri dengan kasih dan sayang’. ( House vs Home)

Tegasnya, apa yang kedua ibu dan bapa kita rasa itu- Akan turut kita rasai apabila usia menjelang senja nanti.
Adakah adil jika mahukan sesuatu tetapi enggan bergerak dahulu?
Mengharapkan hujan tetapi tempayan tidak ditadahkan?

~ Equivalent Exchange~
That’s just exist in basic knowledge of alchemist.
But, in religions matter,

~ You give more, you tend to receive more ( Better)~.

So, nothing to be lost, just start your effort and istiqamah..,
Insha Allah.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home