Amin Naizar's

Portfolio
Sekadar Gambar Hiasan
Assalamualaikum W.T.H

Sungguh indah cerita Cinderella, sungguh romantis kisah Romeo & Juliet dan pastinya sungguh seronok andai kita dapat merasai kehidupan sehebat mereka. Sungguh! Andai diberikan peluang, mesti setiap seorang daripada kita menginginkan kehidupan idaman, sebuah alam yang penuh dengan apa- apa yang kita ingini, penuh dengan perkara- perkara yang memuaskan hati serta paling penting hidup tidak mati.

Mari kita bayangkan bersama- sama. Sebuah taman yang penuh dengan buah- buahan, pokok- pokok renek yang sentiasa melindungi diri dari selar dan panas matahari. Apabila mahukan sesuatu pula, kita hanya perlu menyebut saja dan pasti muncul di depan mata. Kita boleh mendapat apa yang dikehendaki serta dijauhi dari perkara yang dibenci. Andai impian itu benar, PASTI anda dan saya mahukannya.

Percayalah! Perkara yang anda katakan khayalan itu adalah suatu kebenaran. Namun, harganya bukanlah murah, tidak pula mahal, bahkan sangatlah mahal. Kita sendiri tidak mampu menggapainya sendiri, tidak kira walau berapa banyak harta dimiliki dan 1001 tahun digunakan untuk mengkoreksi diri. Kita masih lagi gagal dan tidak pernah memilikinya. Sungguh! Pemilik segala impian ini ada menyediakan beberapa syarat bagi pengidamnya: 

1.Beriman dan Beramal Soleh [surah Al-Baqarah:82]
2. Bertaqwa (menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya)
[surah Ali-Imran:133]
3. Bertaubat [surah At-Tahrim:8]
4. Rela Berkorban dan Rela Berjuang [Ash-Shaf:10-13]
Marilah sama- sama berjuang di dunia serta selalu mengharapkan bantuan daripada pemilik bantuan tersebut. Ikutlah panduan yang diberi, berpegang teguhlah pada agama Samawi nan suci serta patuhlah akan seruan ilahi.
Ketahuilah:

Dunia yang bukan khayalan itu adalah Syurga Firdaus.
Pemilik Syurga Firdaus pula ialah Allah SWT
Allah SWT-lah yang berkuasa memasukkan kita ke mana- mana tempat yang dikehendaki-Nya.


Ingat!

Bukan diri kita dan bukan juga amalan- amalan kita.


Tetapi

Atas berkat, rahmat serta taufiq hidayah daripada ' DIA- Maha Memiliki Semua-


Rasulullah S.A.W. bersabda:"Seseorang di antara kamu itu tidak akan masuk syurga dengan amalnya kecuali dengan rahmat Allah S.W.T"Para sahabat r.a. bertanya: "Engkau juga wahai Rasulullah?".Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ya, aku juga, kecuali apabila Allah meliputiku dengan rahmat-Nya".(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Assalamualaikum..,

Bersama- samalah menjadi Muslimah sejati


Memandangkan sekarang adalah  cuti semester yang pertama bagi saya, jadi hendak bekerja memang tidak berkesempatan. Oleh itu, masa yang ada ini eloklah dimanfaatkan dengan menulis perkara- perkara yang agak bermanfaat.
Harap anda dapat mesej yang ingin disampaikan melalui madah yang bertajuk 


Nasihat Wanita

Wanita…
Sungguh…
Aku menghormati dirimu…
Kau bagai cahaya yang bergenang dalam geluk kaca yang kukuh nan ampuh…
Tidak memantulkan sinarnya walau kau kaca berharga…
Walau kadangkala keindahanmu mampu menyetarai intan permata…
Aku tetap menyatakan kau paling menyerlah antara semua.

Namun…,
Sayang seribu kali sayang…

Ada diantara kau yang sewenang-wenangnya menjatuhkan martabat diri yang sedia tinggi…
Merenggut penutup di kepala…
Menyingkat kain yang sedia ada;
Menekap sehingga terserlah liuk lekuk susukmu;

Sungguh…
Aku mewakili para lelaki;
Amat sedih melihat bakal isteri kami begini…
Kau seolah-olah melupuskan fitrah kejadianmu yang sedia indah…
Malah,kau jatuhkannya lebih rendah dari kerendahan sang tanah.

Assalamualaikum W.T.H

Setelah agak lama tidak update Blog yang hampir berusia 2 tahun ini.. Saya baru sedar terdapat satu ' Draft' yang agak lama tersimpan.

Tapi, apa yang diutarakan hanyalah biodata ringkas atau 'superficial' yang tidak mencakupi dari A-Z.
Selamat Membaca!



Biodata
-Dilahirkan pada hari Jumaat pada 14 Mac 1879 di Ulm,Selatan Jerman.
-Anak sulung dan lelaki tunggal pasangan Hermann Einstein serta Pauline Koch.
-Meninggal dunia pada 18 April 1955 (74 Tahun)


-Pauline Koch(Ibunya):Pemain piano yang mahir serta seorang yang cergas,bertenaga dan sering bekerja keras.
-Hermann Einstein(Bapanya)-Seorang jurutera dan pemilik kilang di Munich,Jerman

Einstein merupakan ahli sains yang amat terkenal di seantero dunia.Bidang yang berjaya diangkatnya adalah Sains Fizik(Physics) melalui teori Kerelatifan am.Beliau juga turut digelar sebagai bapa permodenan fizik.

Ketika beliau masih kecil,ibunya menyuarakan kebimbangan apabila melihat bentuk kepalanya yang ganjil dan kelembapannya untuk belajar bercakap.Namun,semua kegusaran kian hilang apabila  Einstein meningkat dewasa dengan sihat dan cedas.

Ketika kanak-kanak,sikapnya(Einstein) agak berbeza berbanding rakan-rakannya yang lain.Beliau tidak menyukai permainan sebaliknya lebih gemar menyendiri dan membaca buku-buku ilmiah serta mendengar muzik.

Tanda tangan Einstein
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home