Amin Naizar's

Portfolio
The Writer.Penulis.

Pen & Kertas

Ada apa dengan penulis?


   Penulis ialah sesiapa saja yang mencatatkan segala perancangan minda ke atas sehelai kertas dalam bentuk tulisan (sekarang tafsiran berbeza).Mereka inilah sebenarnya yang banyak memacu ketamadunan manusia serta memperoleh pelbagai kepentingan/faedah sepanjang jalan kehidupan yang ditempuhi.Di sini,saya ingin membincangkan betapa perlunya menjadi seorang penulis.

   Bidang penulisan adalah salah satu dari strategi ataupun teknik bagi memberi sumbangan kepada masyarakat.Kalau zaman dahulu,para pejuang seperti askar dan tentera merupakan penyelamat negara dengan menggunakan senjata.Tetapi kini, kita sendiri boleh menjadi setaraf dengan mereka.Tentera yang berjuang melalui pena dan karya bagi membebaskan masyarakat daripada penjajahan bentuk baru iaitu 'Penjajahan Pemikiran' .Bagi saya inilah cara yang paling berkesan dan dapat memberi faedah kepada alam sekeliling memandangkan kita terikat dengan pelbagai tanggungjawab dan amanah yang menggunung.Tidak salah kiranya,andai kita lebih banyak memberi berbanding hanya tahu menunggu untuk menerima daripada orang lain.Bukankah tangan yang di atas itu lebih mulia berbanding di bawah?


   Selain itu,penulis juga mampu memantap dan memperkayakan diri dengan pelbagai penguasaan fakta serta ilmu pengetahuan.Karya-karya yang mantap boleh diumpamakan seperti guru-guru cemerlang yang banyak menaburkan jasa serta mempraktik dan merealisasikan  konsep 'Lebih Banyak Diajar,Lebih Berkat dan Lebih Mudah Diingat'.Jika amalan tersebut dilakukan dengan istiqamah,jangan terkejut jika penguasaan tatabahasa serta grammar anda meningkat dengan drastik serta signifikannya.

   Seorang penulis tidak akan mampu menghasilkan karya yang menarik dan bermutu jika mereka tidak membaca terlebih dahulu.Jiwa seorang penulis mempunya pasang dan surutnya,bagaikan ombak di lautan.Idea tidak sentiasa datang dengan sendiri tetapi boleh digapai melalui pembacaan.Bagi mereka,membaca dan menulis mempunyai kaitan yang sangat erat seperti isi dan kuku.Mudahnya saya katakan,jika anda menulis,anda bukan saja memberi tetapi turut memperoleh pengetahuan baru untuk disumbangkan lagi.

   Tahukah anda,penulis mempunyai kebolehan yang sangat unik jika dibandingkan dengan masyarakat di sekelilingnya?Mereka boleh diumpama seperti ahli magis pada alaf baru ini.Kebolehan mereka adalah membawa para pembaca mengembara ke masa lampau ataupun ke masa hadapan melalui karya yang dihasilkan.Contohnya,karya 'Tenggelamnya Kapal Ven Der Wick' oleh HAMKA.Beliau berjaya membawa minda para pembaca pada zaman sebelum perang dunia ke dua,lantas mendedahakan latar belakang dan sosio budaya masyarakat serta pemikiran pada zaman tersebut.Sungguh ajaib,hanya menggunakan sedikit keringat sudah mampu mencipta dunia baru untuk diterokai.

   Di samping itu,orang Islam yang percaya (wajib percaya) akan wujudnya kehidupan selepas mati (akhirat) pastinya ingin menyediakan bekalan ke destinasinya.Percayalah,langkah yang paling ampuh bagi menyimpan saham ke sana adalah  (salah satunya) dengan menjadi penulis.Bukan saja dapat meluaskan horizon pemikiran,malah turut berperanan sebagai amal jariah yang dapat membantu kita.Pengkarya berwibawa mampu mentamadunkan manusia ke arah kehidupan beragama yang sebenar sebagaimana yang dilakukan oleh baginda S.A.W.Baginda menggunakan konsep kepimpinan melalui teladan dengan memaparkan akhlak yang sangat mulia,setaraf dengan tugas serta pangkatnya sebagai kekasih dan utusan Allah.Para penulis moden juga mampu menceburkan diri dalam bidang dakwah dengan cara membuktikan kesahihan Al Quran yang seiringan dengan perkembangan sains dan teknologi.Islam itu sifatnya syumul (menyeluruh) berbeza dengan agama-agama lain yang wujud di dunia ini.Lihat saja pada zaman gelap dahulu apabila ilmu langsung tidak dihargai sebaliknya mereka terlalu fokus dengan keakhiratan.Apakah kesannya?
'Kejatuhan Zaman Eropah'.


   Dibandingkan dengan Islam yang seiringan dengan kehidupan itu sendiri (Islam Is The Way Of Life) telah berjaya mendisiplinkan ummah serta menjadikan mereka berjaya dalam masa yang sangat singkat.Mengapa?
Jawapannya,islam dan sains itu bagaikan roh dan pasangannya (jasad).Jika salah satu darinya hilang,maka tiadalah kehidupan.

   Akhir sekali,apabila karya telah selesai.Kita akan memperolehi keseronokkan dan kepuasan dari hasil titik peluh sendiri.Bagi saya,itulah imbalan yang terbaik sebagai insan yang bergelar penulis.Ya!Saat dimana karya anda dihargai,keseronokkan akan menyusup masuk ke dalam jiwa anda,seolah-olah terbang diudara dan dipuput oleh angin sepoi-sepoi bahasa.Segala-galanya bermula dengan minat yang disulami dengan keinginan yang sangat tinggi untuk berbakti melalui pena dan tulisan.


   Kesimpulannya,janganlah membazirkan waktu anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen,berkaraoeke dan melepak di sana sini.Jadilah seorang penulis,nescaya tiada apa yang dirugikan.Sebaliknya,banyak sumbangan boleh diberi serta masa yang dapat dimanfaatkan.

Time Worth As Golden
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home