Bismillahirrahmanirrahim..,
Assalamualaikum W.T.H
Sudah berbulan-bulan aku tak post ape-ape dekat blog nie.So,pada hari nie aku akan menulis entry berkenaan beberapa fakta penting yang dapat menepis dakwaan saintis barat bahawa alam ini terjadi secara kebetulan serta menyangkal dakwaan golongan ateis ataupun mulhid yang berpegang pada prinsip 'Tuhan Tidak Wujud'
Dipetik dari buku terbitan PTS Publications karya Shopuan Anuar Ahmad yang bertajuk 'Apa Perlunya Tuhan & Agama'
M/s 109-111 (Pembuktian Tauhid Rububiyah:Bukti Dari Alam)
1. Kalaulah ketebalan udara kurang daripada apa yang ada sekarang ini berbagai-bagai implikasi yang dihadapi oleh bumi dan penghuninya.Bumi diancam kemusnahan.Sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli astronomi,terdapat berjuta-juta tahi bintang berada di luar ruang udara bumi setiap hari.Kalaulah ketebalan udara dan kandungannya tidak seperti yang ada sekarang ini,sudah tentu bumi dihujani oleh tahi bintang yang terbakar pada segenap pelosok bumi.Akhirnya bumi terbakar.
2. Kalaulah kandungan oksigen dalam udara melibihi 50% berbanding dengan yang ada sekarang ini sebanyak 21%-akibatnya dunia terbakar.Dengan kata lain segala benda yang boleh terbakar akan terbakar.ini disebabkan sifat oksigen yang mudah terbakar.Hutan adalah antara bahan yang paling awal terbakar.Apabila hutan terbakar keadaan ekosistem alam rosak.Manusia dan penghuni dunia yang lain menerima akibatnya.Alam terdedah pada kemusnahan.
3. Kalaulah matahari memancarkan setengah daripada kepanasannya daripada yang ada sekarang ini,bumi akan beku.Tetapi jika kepanasan matahari ditambah setengah lagi daripada apa yang ada setengah ini,bumi ini akan menjadi abu.
4. Kalaulah malam sepuluh kali ganda panjangnya daripada yang ada pada hari ini,maka pada siangnya matahari akan membakar segala tumbuhan.Sementara pada sebelah malam pula bumi akan menjadi beku.
Sebenarnya banyak lagi rahsia alam yang boleh dijadikan pedoman jika kita berfikir dengan mata hati serta melihat dengan sebenar-benar penglihatan.
Fikir-fikirkanlah,kalaulah alam ini terjadi secara kebetulan atau secara sendirinya.mengapakah segala kemungkinan diatas tidak berlaku?
Sudah terang lagi bersuluh bahawa alam ini mempunyai pentadbirnya iaitu Allah S.W.T
Segala-galanya berjalan mengikut kehendak-Nya.
Tiada istillah 'Kebetulan' dalam kehidupan.
Segala-galanya telah diaturkan oleh Yang Maha Bijaksana.

Apa Perlunya Tuhan Dan Agama |

Banyak Rahsia Alam Yang Perlu Dikaji |