'I Love You', atau lebih sinonim dengan- 'Saya Cintakan Awak' dalam Bahasa Melayu. Frasa ini begitu terkenal dan sering diluahkan oleh ramai pasangan serata dunia, tidak kira walau apa pun bangsa mahupun latar belakang mereka.
Perasaan cinta merupakan rasa bahagia yang sering menyelinap dalam diri setiap insan yang bernama manusia. Namun, seperti yang kita sedia maklum- Nothing Happens for No Reason. Setiap sesuatu pasti ada penyebabnya.
Apakah faktor pada- 'I Love You'?
Love is an infection. |
- Rupa Paras.
Majoriti dari kita- Sama ada sedari atau tidak, menjadikan rupa paras sebagai pencetus perasaan cinta dalam hati. Mungkin, ada yang mengatakan dia tidak mungkin menyayangi seseorang kerana fizikalnya, tetapi disebabkan lumrah nurani yang suci lagi menyucikan. Tetapi, apabila bertemu dengan si tampan atau si jelita, apakah muncul gementar di jiwa.
- Tarikan Sosial.
Dalam temu ramah bersama peminat Running Man di Singapura, Ji- Hyo menyatakan bahawa "Kang Gary is attractive". Sebenarnya, apa yang dimaksudkan di sini?
Itulah dia 'tarikan sosial'. Mungkin, Kang Gary ada sesuatu yang membuatkan wanita ini berfikiran sedemikian. Tubuh kakar? Suara merdu? Lawak?. Hanya tuan punya badan yang tahu.
Sebab itulah, ada sesetengah kita mudah jatuh cinta kerana 'Chemistry' atau persamaan yang menserasikan. Tidak kurang juga disebabkan jawatan tinggi dalam organisasi. Contoh- CEO/ MPP Universiti.
- Harta.
Sebenarnya, saya tidak mencampurkan faktor harta dengan tarikan sosial adalah bersebab. Jika tarikan sosial- Kita suka dia kerana dia sendiri ( Jawatan disandang, perawakan), manakala harta pula hanya berfokus pada material atau apa yang dimilikinya bagi ditukarganti dengan sesuatu yang lebih bernilai. Tidak banyak yang boleh saya kupaskan di sini, kecuali:
Mereka yang memburu harta, realitinya bukan kerana cintakan si dia. Tetapi lebih kepada mencintai diri sendiri. Kalau punya wang ringgit, fikirnya segala kehendak boleh dikecap dan ditunai sekelip mata. Rugi sungguh insan pentingkan diri sendiri.
- Pengalaman Bersama.
Sebagai contoh, kisah uda dan dara terlanggar satu sama lain di kafeteria. Masing- masing memohon maaf dan membantu mengangkatkan buku kerana rasa bersalah. Kemudian, secara tidak sengaja , mata mereka bertaut dan mencetus perasaan aneh dalam hati ( Sebagaimana yang kita selalu tonton dalam TV). Seterusnya, memori begini kerap menjengah fikiran sehingga membuak- buakkan perasaan ingin bersama.
- Agama.
Antara banyak faktor yang telah dinyatakan. Inilah terbaik berbanding semuanya.
Berdasarkan hadis:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)Hal ini kerana, sesiapa yang mencintai seseorang kerana agamanya, kebarangkalian untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat adalah besar. Bagaimana sucinya fitrah cinta itu, sebegitulah kita harus menyucikannya dalam kehidupan seharian. Bayangkan, adakah bernilai cinta anda- Andai terhenti di liang lahad saja? Jika diberi peluang untuk menerobos hingga ke syurga. Mengapa kita tidak mencuba?
0 comments:
Post a Comment