Assalamualaikum W.T.H..,
Kisah ini adalah himpunan pengalaman mereka yang rapat dan rela berkongsinya dengan saya. Jadi, bagi mendapatkan pengajaran dan ibrah, saya menukarkannya dalam bentuk cerita:
|
Bercakap Memang Sedap |
Pernahkan
kita melihat orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukai? Lantas kita terus
mengeji serta berbangga diri? Jika Ya! Tunggulah masanya.
Pernah suatu waktu dulu, saya sangat
pelik kepada rakan-rakan yang mengambil adik dan kakak angkat, tidak kurang
juga yang mempunyai belasan keluarga yang bukan darah daging ini. Jadi, pada
waktu itu, saya cuba untuk mendekati salah seorang daripada mereka dan
mengatakan:
“Kenapa kau suka sangat
berangkat-angkat nie? Kakak dengan adik kau dekat rumah tu tak cukup ke? Kalau
kau angkat-mengangkat pown, itu juz pada istillah tapi realitinya, korang tetap
kawan jugak.Haisshh!”- Lantas berlalu pergi
Beberapa
tahun kemudian…
“Brother, nak ikut kitorang keluar
tak malam nie? Kita jalan-jalan luar, beli barang yokk”- Ajakan salah seorang
daripada kawan rapat perempuan di Universiti.
Mungkin pada waktu itu, saya agak stress
dengan study dan kebetulan juga bekalan makanan di bilik hampir habis, lalu, terus menyatakan: “Ya!”Pada malam itu, kami pun keluar membeli belah.
Entah mengapa, pelbagai peristiwa
berlaku pada malam itu, segala-galanya
sangat menarik dan turut merapatkan lagi tautan persahabatan antara
kami. Secara tiba-tiba, rakan disebelah memanggil dengan kata ganti-“mama”.
Pada mulanya, saya anggap ia biasa-biasa. Namun, segala-galanya berubah apabila
semua penumpang di dalam kereta sewa tersebut mendapat gelaran masing-masing
termasuklah along, angah dan papa.
Lebih malang lagi, panggilan
kekeluargaan ini turut melekat hingga ke bilik kuliah. Kadangkala, kami turut
makan bersama-sama di kafe hampir saban minggu. Betullah kata orang, nak
nasihat boleh, tapi kalau nasihat -dengan- perasaan bangga diri, tunggu
sajalah azab daripada-Nya nanti.
Sekarang, saya menanti masa
untuk menutup dan menghentikan panggilan kekeluargaan ini. Bukan tidak mahu
tetapi, ini semua menyebabkan saya terlalu kerap bersama dengan kaum perempuan.
Malu dengan kawan-kawan satu, malu dengan Allah juga yang paling dirisaukan.“Syaitan
akan memperelokkan perkara yang buruk itu dengan sebaik-baiknya. Riba’
ditukarkan dengan kata faedah- bunga- strategi perniagaan. Manakala, hubungan
lelaki dan perempuan diindahkan dengan perkataan- ‘Couple’. Padahal semuanya
sama dan merujuk pada perkara yang berdosa.
Ingat! Walau apapun istillah, apapun
madah- Yang salah, tetap salah”.
0 comments:
Post a Comment