Amin Naizar's

Portfolio

Pointer Bukan Segalanya.

Leave a Comment
Assalamualaikum W.T.H

Baru-baru ini kebanyakkan pelajar universiti telah mendapat keputusan peperiksaan masing- masing. Ada yang senyum gembira dan tidak kurang juga yang gundah gelana. Bagi saya sendiri, keputusan atau result itu bukanlah 'main point' atau segala- galanya bagi seorang siswa/ siswazah.

4 Flat!


Ujian Menguji Kesyukuran

Tidak mengejutkan andai anda mendapat 4.0 ataupun 3.5 ke atas apabila telah berusaha keras dan bermati- matian. Tetapi, tidak dinafikan ada segelintir daripada kita di'anugerah'kan dengan otak yang begitu cekap dan pantas menerima maklumat.Sekali dengar di kuliah tanpa 'stay up' atau ulangan yang kerap, mampu saja menjawab sambil memejam mata. Insan begini kadangkala akan dihinggap dengan virus kufur nikmat ataupun ringkasnya dikatakan sebagai mengabaikan pemberi nikmat itu sendiri. Kepada sesiapa yang terasa bahawa usahanya sendirilah pencetus kejayaan. Saya ingatkan, Fikir semula!
Boleh jadi, apa yang anda kecapi sekarang adalah satu ujian daripada Allah S.W.T sebagai kayu pengukur tahap keimanan anda. Iman itu bukan terletak pada cakap semata tetapi dibuktikan dengan tindakan anda. Jika sesiapa terasa pointer tinggi itu ialah dari mereka, tindakan yang dihasilkan akan turut menyebelahi apa yang dirasa oleh emosi. Lantas, terus bertindak seakan Tuhan kepada diri sendiri.

Ujian Menguji Kesabaran

Tidak semuanya indah di dunia ini, manusia berputar bagaikan roda, kejap di atas, kejap di bawah. Sesungguhnya, kita semua tetap tertakluk dalam kehendak daripada- Nya. Jika kita tidak dapat apa yang dihendaki WALAU telah berusaha keras, ingatlah, itu salah satu dari ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana. Dia mahu menguji sejauh manakah hamba- Nya ini bersangka baik kepada Pencipta dan kembali menghadap diri-Nya walau Dia menguji dengan ujian sedemikian rupa.
Ingat! Pasti ada hikmah besar disebalik apa yang kita tidak tahu. Bukankah ilmu Allah Maha Luas manakala ilmu kita hanyalah sekelumit saja? Jadi mengapa harus bimbang atau berdukacita?

Realiti Sebenar Pada Pointer

Tidak dinafikan ramai yang menganggap pointer adalah segala- galanya. Tanpa pointer yang baik, tiada pekerjaan, tanpa pointer yang baik musnahlah kehidupan. Adakah benar begitu? Tidak dinafikan bahawa peranan pointer agak besar dalam kehidupan para mahasiswa/ siswi sekalian. Tetapi, ingatlah rezeki atau ketentuan kita bukan terletak pada pointer. Anggaplah pointer tidak lebih dari indikasi terhadap komitmen kita kepada amanah yang diberi oleh guru dan ibu bapa. Bagi yang rendah pointernya, jangan diejek mereka kerana mungkin di situ adalah kelemahan yang harus dibaiki. Tiada manusia sempurna sepanjang hari.
Persoalannya, pernahkah kita membuat interospeksi diri?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: