Berita Menarik Sepanjang 2010
Assalamualaikum W.T.H
|
Berita Sensasi. |
- Seorang warganegara Malaysia yang berumur 43 tahun, telah memanjat Gunung Kinabalu ( Gunung tertinggi di Asia Tenggara (4,095 meter) ) hingga ke puncak sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari bermula 31 Disember 2009. Jarak perjalanan dari kaki gunung ke puncak ialah 8.7 Kilometer.
- Birmingham- Seorang pemandu bas ditangkap kerana baca novel ketika memandu.Aksi ini dirakamkan oleh seorang penumpang sehingga menyebabkan pemandu ini diberhentikan kerja. (Agensi 22 April 10)
- Kereta Perdana milik ketua polis negeri model V6 yang hilang di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, Shah Alam, ditemui semula di tepi jalan kawasan Prima Damansara. Di dalamnya, tertinggal satu nota yang bertulis "Sorry PDRM, Salah Sapu". (9 Mei 2010)
- Seramai 733 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana kesalahan dadah, 243 orang atas kesalahan dokumen palsu dan kad kredit, 72 kesalahan imigresen, 40 orang penjualan manusia, 93 jenayah komersial, 74 curi, 17 bunuh, 47 penipuan dan 122 atas kesalahan lain. ( Bernama 7 Mei 10)
- Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM 4.4 juta). Pembinaan penjara bernilai AS$22.2 juta (RM 71.1) juta itu mengambil masa selama 10 tahun dan digambarkan sebagai penjara yang paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Ada peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tigkap tanpa jeriji. (Agensi 12 Mei 10)
- Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi tertinggi sepanjang 5 tahun sejak 2005 iaitu sebanyak 105 kes. ( UM 8 Mac 10)
- Massachusetts- Sheila Radziewicz yang kudung kedua- dua belah berjaya memperoleh lesennya pada umur 23 tahun. Dia memandu menggunakan kaki (AP 6 Mei 10)
- Britain- Seorang penuntut sebuah universiti, Richard Newman terbuang sekeping kad kemenangan satu pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak £500, 000 (RM 2.44 juta). (Agensi 6 Mei 10)
- Hakim membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah makhamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai hakim syarie tanpa mengambil kira agamanya. Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama. Victoria, 48, Menfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu . Tarikh pendengaran bekum ditetapkan. (Kosmo 15 Mei 10)
- Britain- Lakshmi Mittal dan keluarganya kekal di tangga pertama dengan aset AS$ 34,5 bilion (110 bilion) sebagai orang paling kaya di Britain. Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich, kekal di tangga kedua dengan aset AS$ 11.3 bilion (RM36 bilion), peningkatan sebanya AS$ 615 juta (RM 2 bilion) berbanding tahun sebelumnya. (AFP 26 April 10 (Bersumberkan Sunday Times))
- Dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009. (UM 2 Julai 10)
- Amerika Syarikat- Lizzie Velasquer makan sebanyak 60 kali sehari, tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak. Dia disahkan menghidap Sindrom Neonatal Progeroid (NPS), menyebabkan dia cepat tua, hilang lemak dan tisu badan. Untuk kekal bertenaga, pelajar perempuan berusia 21 tahun ini makan setiap 15 minit dalam sehari dengan pengambilan tenaga bersamaan 5,000 hingga 8,000 kalori tetapi berat badannya tidak pernah melebihi 27.4 Kilogram. (Agensi 29 Jun 10)
0 comments:
Post a Comment