PRK= Pilihan Raya Kampus. |
Ketika anda membaca tajuk ini, apakah perkara pertama yang terlintas di benak dan sanubari anda?
Pilihan Raya Kecil?
Tidak!
Sebenarnya, apa yang ingin saya katakan
sekarang adalah Pilihan Raya Kampus- Yang turut menggunakan singkatan PRK.
Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa konsep antara kedua- duanya adalah
saling berkait dan hampir menyamai antara satu sama lain.
Pilihan
raya memang secara fitrah dicipta untuk mendapatkan suara majoriti dalam
sesuatu kawasan atau populasi penduduk. Hal ini sangat penting kerana segala
kelancaran serta apa- apa perkara berkaitan kepimpinan dapat direalisasi ketika
ini. Mudahnya, boleh saya katakan bahawa- ‘Pilihan Raya Menentukan Pemimpin
yang Layak Memerintah Selama Beberapa Waktu’.
Persoalan
disini, apakah pentingnya pembentangan manifesto sehari sebelum hari mengundi?
Tidak
cukupkah sekadar penampalan poster calon bersama pembaharuan yang ingin
diperlakukan apabila memerintah nanti? Atau apakah relevennya pembentangan
tersebut kepada para pengundi mereka?
Saya
ada jawapannya:
- Matlamat
& Kejujuran Sebenarnya, betapa jelas visi dan misi seorang pemimpin boleh
diketahui apabila dia berucap di khalayak ramai. Jika benar dan jelas
matlamatnya, pasti dia mampu menyampaikan dengan terang dan penuh wibawa.
Analoginya begini- Jika anda sedang marah, pasti secara automatiknya anda akan
mengeluarkan suara marah dan reaksi yang penuh kemarahan. Bagaimana pula dalam
keadaan biasa? Mampukah anda melakukan sedemikian?.
Itulah yang ingin saya sampaikan,
jika kita ada sesuatu yang ingin diekspresi- pasti kita mampu melakukannya dengan mudah. Jadi, semakin jelas perancangan seseorang sebelum memegang pucuk kepimpinan, semakin lantang kemampuannya untuk berbicara. Maklum sajalah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Kebijaksanaan-
Kebiasaannya selepas seseorang calon berucap, dia akan membuka ruang Q&A
ataupun sesi soal jawab. Ketika inilah, kita mampu menguji kebijaksanaan
mereka. Adakah jawapan berbolak- balik
atau terus lancar menuju ke arah manifesto? Kita boleh menilainya.
- Huraian
Konsep: Kalau di poster atau pamphlet- pamphlet yang diedarkan, kita hanya
membaca asas dan beberapa gagasan perubahan yang ingin direalisasi. Contohnya: ‘Menaiktaraf
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan’. Jadi, bagaimana dan di mana
bermulanya penaiktarafan itu akan dibentangkan pada malam sebelum pengundian.
Bukan ini sahaja kepentingan malam manifesto, malah banyak lagi kelebihan yang boleh diekstreks darinya. Peribadi dan perawakan calon yang ingin diundi juga boleh dilihat melalui gaya pembawaan ketika di pentas. Relevan atau tidak manifesto digagaskan, mereka sendiri yang tentukan..,
Apa yang penting..,
Andalah jurinya…,
(Jadi jangan lupa mengundi.)
0 comments:
Post a Comment