Amin Naizar's

Portfolio
Showing posts with label ICT. Show all posts
Showing posts with label ICT. Show all posts
Sekarang telahpun bermulanya cuti semester.
Memandangkan saya tidak terikat dengan apa- apa aktiviti, mungkin masa lapang akan diisi dengan slot baru dan terbaharu.

Jika dahulu, kita ada label ICT, sekarang saya akan pecahkannya kepada 2 lagi bahagian kecil iaitu:

ICT- dummies
ICT- Advanced

Pengisian Komputer

Isinya masih sama, cuma pengisiannya agak berbeza. Dari sekecil- kecil hal sehinggalah yang paling kompleks berkaitan ' software' serta teknologi perkomputeran.

Tutorial dalam blog ini menggunakan Bahasa Melayu dan Insha Allah selamanya Bahasa Melayu.
Formatnya pula terpulang pada mood saya, samada formal ataupun ' tidak formal'.

Diharapkan, tutorial Bahasa Melayu ini akan menjadi salah satu dari pusat rujukan tersohor di Malaysia (Hahaaa.., Ok! Tu angan- angan jerk).

SMILE :-)


Dalam sedap-sedap korang berblog tu.Perasaan tak beberape keburukan yang korang terpakse tanggung dalam sedar mahupun tidak sedar?

1.Membahayekan Diri
Cube fikir kenape aku cakap camnie?
Sebabnye simple jerk.Gambar-gambar yang korang uploadkan kat dalam blog korang secare auto-nye akan turut dimuatkan ke dalam 'Google Images Search'.Disebabkan kesedaran nielah,aku tak masukkan sebarang gambar aku sendiri kat dalam blog 'Amin Naizar' nie.Ditakuti,orang yang tak dikenali terus ambil dan diedit-editnye sampai molek lepaztu dijadikan 'Hak Cipta Terpelihare'.

2.Mendedahkan Privacy
Aku pown turut terjebak dalam kategori nie.
Tengoklah berape banyak aku post pasal 'diri aku sendiri' @ 'About Me'.
Bende-bende sebegini bukanlah dikatekan 'haram' tapi biarlah berpade-pade.Cukuplah dengan gambar-gambar yang meng'aib'kan lepaztu dimuatkan jugak perkare-perkare yang tak sepatutnye.
Seperti:
1.Hikayat Aku Berak Sembelit.
2.Kekejaman Akakku.
3.Malam Pertame Aku
   (Merempit)!
Kalau berterusan menceritekan hal-hal yang tak sepatunye nie.Aku sure para pembace yang kenal korang akan tahu bagaimanekah diri korang yang sebenarnye lantas telah menghilangkan 'respect' diorang terhadap korang.Bagi yang tidak mengenali pula,mereke akan membuat penilaian terhad pade gaye penulisan serte perkataan-perkataan yang digunekan.Orang yang macam nie,mereke terpakse men'gudge' korang dari 'cover' jerk.

3.Makan Daging Sedaremu
Yeah!'Mengumpat'!
Ramai yang suke buat bende yang tak berfaedah nie.
Walaupun kite dah sedie maklum bahawe perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai dose besar.Namun,disebabkan kelazatannye telah menguasai diri.
Korang teruslah stay bace serte ber'post' berkenaanye.Blog nie satu platform untuk meluahkan perasaan dan pendapat bukannye mendedahkan keburukan seseorang,Kalau dah tak tahan sangat (nak jugak mengumpat).Aku cadangkan korang wakilkan jerk dengan 'Mr.A' or 'Si Zack (Bukan Name Sebenar)' or gunekan istillah 'Orang Tu' atau sebut dengan gelaran 'Abdullah (Hamba Allah)'.
Banyak-banyakkanlah berdoa supaye orang yang korang umpatkan tak membace 'entry' korang.
(Maklumlah kadang-kadang keburukan orang boleh dibuat teladan).

4.Kemaksiatan
Ohh..,Gosh..,
Janganlah sesekali menggunekan istillah/gambar yang tak baek dalam blog anda semue.Takut-takut orang yang bace nanti akan men'copy-paste'.Then,orang laen yang bace kat blog orang tu akan men'copy-paste' lagie.
Banyak gile,saham yang korang dapat.

                5.Copyright© & Trademark

Kedue-due tande nie bermaksud 'Hak Cipte Terpelihare' yang bermakne korang tak boleh sewenang-wenangnye mengambil ape-ape kandungan dalam sesuatu website tu,tanpe kebenaran pemiliknye.
Kalau nak jugak 'Makan samanlah korang'
(Tak silap aku,tande nie tak boleh diletakkan sesuke hati tanpe ade kebenaran dari pihak berkuase).

"Berhati-hatilah dalam dunie blog nie"
P/S:
Semua post diatas adalah untuk korang dan diri aku jugak
Same-samelah kite mengelakkan diri dari terus menanggung risiko dalam blogger.
Pendapat aku pasal gambar tu:
Ade care yang boleh buat gambar korang tak masuk dalam 'Google Search' (Tapi aku tak tau camne)
Kalau korang nak letak jugak,tanggung risiko arr.Lagipun bertambahlah 'Images' yang aku boleh letak
dalam post aku.
hehe...,
Assalamualaikum kepada semua.

Hari nie,aku nak bawa berita khas dari meja Google selaku majikan besar www.blogger.com,iaitu laman blog yang terkenal di peringkat lokaliti dan globalisasi.

Memperkenalkan design terbaru Blogger anda:

Akan Datang
Ini ialah salah satu contoh skin terbaru daripada pihak google kepada SEMUA ahli Blogger yang aktif mahupun yang sudah tak aktif tetapi akaun diorang masih lagi aktif.

Menurut "Official Google Blog" pada tahun 2010,diorang telahpun dikategorikan dalam laman blog terbesar di dunia serta merupakan salah satu dari website yang paling banyak dilayari dalam peringkat global.

Para pengguna Blogger pula telah menyiarkan lebih dari setengah bilion post yang mana telah dibaca oleh lebih daripada 400 ribu pengguna aktif di seluruh dunia.

Oleh sebab itu,mereka telah menjanjikan sesuatu yang baru kepada para pengguna blog mereka pada tahun 2011 ini dengan skin yang lebih menarik dan moden.

Jom ikuti sneak peek....
Paparan Post Editor sekarang
Tukar...
Paparan Post Editor akan datang
Lawakan?lebih moden dan elegen
Sekarang kita tengok Dashboard pulak
Paparan dashboard sekarang
Tukar Lagi
Paparan Dashboard akan datang
Lagie Smart
So tunggu jerk tak lama lagi,korang akan merasai menggunakan Blogger serba baru..,

(Akhirnya setelah diorang upgrade Chrome,sudi juga nak upgrade Blogger)

P/S:Nantikan nie juge;
Ahaa..,jangan salah anggap,nie bukan Google Chrome Tau (^_^)
Assalamualaikum kepada semua.Selamat tahun baru cina kepada mereka yang beragama buddha dan selamat menyambut bulan baru di tahun baru ini kepada semua pembaca setia sekalian.
Saya mulakan 'Post' 4 Feb ini dengan label 'ICT' dengan sub-topik "VHD"yang mewakili 'Virtual Hard Disk'

Umm..,kepada mereka yang sering menatap skrin komputer,perkataan ini bukanlah sesuatu yang asing.Namun,bagi yang masih tertanya-tanya "Apakah yang dimaksudkan dengan VHD??"
Saya akan perjelas dan memberikan langkah demi langkah untuk mencipta aplikasi ini.

(Click Pada Gambar Untuk Zoom)

Intro
VHD stand for Virtual Hard Disk iaitu sejenis aplikasi tambahan yang hanya terdapat pada Windows 7 sahaja.
Ianya boleh disamakan dengan Local Disk/Hard Disk Drive
Local Disk/Hard Disk Drives
Sekarang saya akan mengajar anda untuk mencipta Local Disk sendiri (seperti yang terdapat di atas)

Langkah-Langkah:
Buka 'Start Menu' kemudian pada 'Icon'Computer' tekan kanan pada mouse anda;

Start Menu

Tekan 'Manage'


 Apabila Computer Management telahpun muncul:



Click pada Disk Management dan seterusnya right click pada action (yang paling atas)
Akhir sekali click,'Create VHD'

Click Action dan Create VHD


Tekan Browse Dan pilih lokasi




Namakan Dan tekan save


Masukkan Saiz yang anda kehendaki dan pilih 'fixed size' seterusnya klik OK


Tunggu Seketika

Apabila 'Disk 1'telah muncul...,right click padanya..,dan tekan intiliaze



Ikut Wizard Yang Diberikan;

Tekan Next


Pilih Huruf Yang Anda Mahu (A/B/C dsb.)



Namakan Disk Anda Dan Tick 'Enable Compression' Serta Tekan Next (Untuk Format)
Tekan Finish

 'Disk 1' 'Online' dan Warnanya Biru Menandakan VHD Anda Telah Sedia Untuk Digunakan



Mudah sajakan?





Assalamualaikum kepada semua.Alhamdulillah kerana kita dapat bertemu sekali lagi dalam post terbaru;


Pada 26 Jan hari ini,saya ingin berkongsi pengetahuan berkenaan teknologi maklumat/Information and Communication Technologies (ICT) .


Kita mulakan dengan  General Shortcut:


 Ini adalah yang paling 'basic' dalam dunia perkomputeran:




Kata Kunci
Fungsi
F1
'Help'
Ctrl+C
Copy 'Item'
Ctrl+X
'Cut Item'
Ctrl+V
'Paste Item'
Ctrl+Z
'Undo'
Ctrl+Y
'Redo'
Delete
'Delete' Item Dan Menempatkannya di 'Recycle Bin'
Shift+Delete
'Delete' Item Tanpa Melalui 'Recycle Bin'
F2
'Rename'
Ctrl+Right Arrow
Menempatkan 'Cursor' Ke Permulaan Huruf Seterusnya
Ctrl+Left Arrow
Menempatkan 'Cursor' Ke Permulaan Huruf Sebelumnya
Ctrl+Down Arrow
Menempatkan 'Cursor' Ke Permulaan  Perenggan Seterusnya
Ctrl+Up Arrow
Menempatkan 'Cursor' Ke Permulaan  Perenggan Sebelumnya
Ctrl+Shift with an arrow key
'Highlight' Text Di 'Explorer'
Shift with any arrow key
Memilih Lebih Dari 1 Item Di Windows (Atau) 'Destkop', (Atau) Memilih Teks Didalam Dokumen
Ctrl with any arrow key+Spacebar
Memilih Pelbagai Items Di Dalam Windows (Atau) Di 'Desktop'
Ctrl+A
'Highlight' Semua Item Di Dalam Dokumen (Atau) Windows
F3
Carian Untuk 'File' Dan 'Folder'
Alt+Enter
Memaparkan 'Properties' Untuk Item Yang Dipilih
Alt+F4
Menutup/Keluar Dari Program Aktif
Alt+Spacebar
Membuka 'Shortcut Menu' Untuk Windows
Alt+Tab
'Switch' Antara Item Aktif
Ctrl+Alt+Tab
Menggunakan 'Arrow Key' Untuk Memilih Item Aktif
Ctrl+Mouse scroll wheel
Mengubah Saiz Ikon Di 'Destkop'(Zoom In/Zoom Out)
Windows logo key  +Tab
Kitaran Pemilihan Item Di Taskbar Menggunakan 'Aero Flip 3-D'
Ctrl+Windows logo key      +Tab
Menggunakan 'Arrow Key' Untuk Memilih Kitaran Item Di Taskbar Menggunakan 'Aero Flip 3-D'
Alt+Esc
Membuka Item Aktif Di 'Explorer'
F6
Membuka Window (Atau) Memaparkan 'Desktop'
F4
Memaparkan 'Address Bar List' Dalam Windows Explorer
Shift+F10
Memaparkan 'Shortcut Menu' (Mouse-Right Click )
Ctrl+Esc
Memaparkan 'Start menu'
F10
Mengaktifkan 'Menu Bar' Di Dalam Program
F5
'Refresh'
Ctrl+Shift+Esc
Membuka 'Task Manager'
  


*Shortcut juga banyak diaplikaksikan dalam pelbagai 'Software' dan aplikasi internet lain.

Contohnya:

Google Chrome-Memadam History "ctrl+shift+delete"

Browser Internet- "F11" -untuk full screen.

*Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut,tekan Help(F1) 


*Windows 7 Starter dan lain-lain Windows Percubaan dikecualikan dari menggunakan (beberapa) Shortcut.





                                                                   
Previous PostOlder Posts Home